MUZIK DAN PEMBANGUNAN SOSIAL: PAPARAN DASAR INDUSTRI HIBURAN DALAM AKAHBARAKHBAR DI MALAYSIA
Abstract
Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi asas muzik adalah sebagai hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai salah satu bidang budaya jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi, muzik mengandungi utusan dalam bentuk lirik. Gabungan keduadua melodi dan lirik boleh meletakkan muzik sebagai salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam kehidupan manusia. Kerana itu, ada juga pihak yang melihat muzik sebagai khazanah budaya sesuatu bangsa yang mampu menggambarkan imej dan ketamadunan budaya sesuatu bangsa itu. Ada juga yang melihatnya sebagai salah satu cabang aktiviti ekonomi yang boleh membentuk industrinya sendiri seterusnya membantu perkembangan pembangunan sosial. Industri muzik di Malaysia wujud atas faktor kedua-dua keadaan tersebut. Tetapi, sejauhmanakah masyarakat umum sedar tentang keadaan ini? Sejauhmanakah, aspek ini diberi perhatian oleh media cetak dalam memberi bentuk terhadap aplikasi muzik dalam dasar awam negara yang boleh memberi makna kepada pengguna-penggunanya? Dengan kata lain, sejauhmana isu yang berkaitan dengan industri muzik diberi perhatian oleh akhbar di Malaysia? Dengan menggunakan perspektif kajian isu dasar yang berkaitan industri muzik, makalah ini meneroka isu-isu tersebut melalui data yang dikumpul melalui kaedah analisis kandungan akhbar. Kesemua akhbar telah dipilih secara rawak daripada ketiga-tiga bahasa utama di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis secara kuantitatif untuk melihat aliran pemaparan maklumat tentang industri muzik and implikasi polisi yang berkaitan. Hasil kajian mendapati akhbar-akhbar yang dikaji memberi perhatian yang sangat minimal terhadap aspek dasar berkaitan industri muzik di Malaysia.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528