PEMINJAMAN LEKSIKAL DALAM BLOG BAHASA INGGERIS REMAJA MALAYSIA

Christina Ong Sook Beng, Dr Yuen Chee Keong

Abstract


Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, bidang linguistik juga turut mengalami transformasi dan situasi ini boleh dilihat melalui penglibatan remaja Malaysia hari ini yang gemar menulis blog di internet. Dengan menganalisis blog yang ditulis oleh remaja Malaysia yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan fasih dalam beberapa bahasa, kewujudan ciri dan aspek tertentu dalam Bahasa Inggeris yang digunakan oleh masyarakat Malaysia boleh dikenalpasti. Kaedah kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk menganalisis dan mengintepretasi data. Sejumlah 40 blog telah dipilih. Berpandukan perisian WordSmith Tools 5, sebanyak 10 perkataan dipilih yang mencatat nilai penggunaan tertinggi dari blog terpilih telah dianalisis berdasarkan rangka kerja Baskaran. Untuk tujuan memurnikan data, soal selidik dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data melalui mel elektronik. Hasil kajian menunjukkan bahawa bentuk bahasa tempatan sering digunakan dalam blog dan 10 perkataan yang terpilih menepati rangka kerja Baskaran. Walaupun ciri blog tersebut agak unik kerana menggabungkan elemen pertuturan lisan ke dalam bentuk penulisan (blog), namun blog ini tetap mendapat sambutan dalam kalangan golongan remaja di Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528