ANALISIS KEBERKESANAN PEMBINAAN PASUKAN (TEAM BUILDING): IMPAK KE ATAS SUMBER DAYA MANUSIA

Wan Idros Wan Sulaiman, Dr. Maizatul Haizan Mahbob

Abstract


Perbincangan kajian merangkumi aspek pengurusan dan pentadbiran sumber daya manusia yang memfokuskan kepada keberkesanan pembinaan pasukan (team building) dengan matlamat untuk melahirkan kakitangan yang mahir, berinovasi, kreatif, berdaya saing dan peka terhadap keperluan organisasi. Dalam konteks ini, pengkaji cuba menilai dan menganalisis keberkesanan fungsi pembinaan pasukan sumber daya manusia dengan melihat sumbangannya terhadap tiga faktor peranan utama iaitu Faktor Peranan Berorientasikan Tugas, Faktor Peranan Berorientasikan Hubungan dan Faktor Peranan Berorientasikan Kendiri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 150 kakitangan kumpulan sokongan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikenalpasti secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini cuba menganalisis sejauhmanakah keberkesanan fungsi pembinaan pasukan yang dilaksanakan menjurus kepada semangat dan motivasi kerja serta kemahiran yang tinggi dalam kalangan kakitangan dan secara tidak langsung mencerminkan kedudukan dan kekukuhan aspek pengurusan sumber daya manusia. Kajian ini berharap dapat menyumbangkan idea dan pandangan dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperkemaskan fungsi pembangunan sumber daya manusia dalam kalangan kakitangan awam.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528