PENENTUAN BINGKAI BERITA KESELAMATAN AWAM DARI PENELITIAN RESPON KOGNISI DAN EKSPRESI AUDIENS

Julia Wirza Mohd Zawawi, Chang Peng Kee

Abstract


Penggunaan media massa seperti surat khabar masih lagi dianggap berkesan kepada khalayak pada masa kini, walaupun bersaing dengan penggunaan media baru seperti internet. Laporan Media 2012 melaporkan sepanjang tahun 2012, rating penggunaan surat khabar masih lagi menyumbang kepada peratusan tertinggi berbanding bentuk media yang lain. Surat khabar juga mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada khalayak terutamanya untuk membentuk pendapat umum dan persepsi. Justeru itu, pembingkaian dilihat sebagai salah satu indikator yang berkesan untuk membentuk persepsi mengenai realiti sosial yang berlaku dalam masyarakat, pada masa yang sama juga turut mempengaruhi kepada ekspresi, kognisi dan tingkah laku pembaca. Kajian ini mengenalpasti kesan pembingkaian kepada perubahan kognisi dan ekspresi pembaca. Kajian yang mengfokuskan kepada daya ingatan jangka pendek dan menggunakan contoh bingkai berita positif, neutral dan negatif ini mempunyai dua objektif utama. Pertamanya ialah untuk melihat kesan penentuan pembingkaian bingkai berita keselamatan awam yang berbentuk positif, negatif dan neutral terhadap perubahan kognisi pembaca. Keduanya, bagi melihat kesan penentuan pembingkaian bingkai berita keselamatan awam yang berbentuk positif, negatif dan neutral terhadap perubahan ekspresi pembaca. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kuasi eksperimen. Analisis kajian dijalankan dalam bentuk kuantitatif iaitu dengan menggunakan ujian analisis variat multivariat. Di akhir kajian ini, pendedahan akan diperolehi dengan mengetahui bentuk bingkai yang paling mempengaruhi perubahan kognisi dan ekspresi pembaca. Selain itu, hasil kajian ini juga akan mengetahui perubahan yang berlaku antara kognisi dan ekspresi melalui pembingkaian dalam jangka masa pendek.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528