TEPAK SIRIH: KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Norhuda Salleh

Abstract


Tepak sirih merupakan peralatan adat yang dominan dalam perlakuan adat masyarakat Melayu terutama dalam adat perkahwinan Melayu. Tepak sirih wujud dalam masyarakat pengamal makan sirih yang terletak dalam Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) lebih 1000 tahun lalu. Makalah ini membincangkan peranan tepak sirih sebaga simbol komunikasi bukan lisan dalam adat perkahwinan Melayu khususnya dalam adat meminang dan bertunang. Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan. Lokasi kajian di Kampung Seri Kedah, Sungai Leman Sekinchan Selangor. Temu bual mendalam bersama mak andam iaitu orang yang terlibat dalam adat perkahwinan dilakukan pada tahun 2010. Analisa data menggunakan pendekatan semiotik kerana sirih yang digunakan dalam pelakuan adat dilihat sebagai satu kesatuan secara menyeluruh bukan terpisah. Pendekatan kajian teks ialah mengkaji sirih dan bahan sampingan yang digunakan serta tingkah laku semasa sesuatu acara dilaksanakan sebagai satu sistem tanda menyampaikan makna yang berkaitan. Hasil kajian mendapati tepak sirih bertekad benang emas digunakan dalam perlakuan adat meminang dan bertunang masyarakat Melayu. Tepak sirih sebagai simbol komunikasi bukan lisan membawa makna sebagai pembuka kata, persetujuan, penerimaan dan penolakan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528