ANALISIS ELEMEN PATUH SYARIAH DALAM FILEM NUR KASIH THE MOVIE (2011) BERDASARKAN TEORI FILEM AR-RISALAH

ROSMAWATI MOHAMAD RASIT, AZIMAH MISROM

Abstract


Pembikinan filem memberikan nilai kepada masyarakat. Berdasarkan teori filem arRisalah, filem yang bergenre keagamaan perlu menepati konsep akidah, ibadah, syariat dan akhlak Islam yang betul. Walaubagaimanapun konsep ini seharusnya sejajar dengan perbahasan patuh syariah yang dibawa ke arah penghasilan filem dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana filem kajian menepati elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis isi kandungan filem. Data filem dikutip menggunakan borang pengekodan dan borang penilaian makna serta dianalisis menggunakan analisis tema dan analisis naratif. Hasil kajian mendapati bahawa filem kajian mengandungi elemen-elemen patuh syariah berdasarkan teori filem ar-Risalah walaupun tidak secara keseluruhan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528