PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PORTAL IPBL DI POLITEKNIK BRUNEI

ALIFF NAWI, GAMAL ABDUL NASIR ZAKARIA

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai Portal iPBL (Islamic Problem Based-Learning) bagi bertujuan untuk digunakan di dalam kursus Pendidikan Islam di Politeknik Brunei Darussalam. Kajian ini mengadaptasi Model ADDIE yang membahagikan proses pembangunan portal kepada lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik bagi menilai kebolehgunaan portal dalam aspek reka bentuk antara muka, organisasi kandungan, multimedia dan kemudahgunaan portal. Seramai 41 orang pelajar terlibat dalam menilai kebolehgunaan portal. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif (frekuensi, peratus dan min) menggunakan perisian SPSS. Hasil dari pandangan dan komen yang diberikan dapat membantu penyelidik untuk membangunkan portal dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala dapatan penilaian kebolehgunaan menunjukkan bahawa keempat-empat aspek ini berjaya diterapkan di dalam portal yang dibangunkan berdasarkan kepada purata bagi setiap aspek mencapai tahap sangat tinggi (min > 4.23). Hanya aspek reka bentuk sahaja mendapat skor yang kurang berbanding dengan aspek-aspek yang lain. Namun, aspek ini tidaklah berbeza jurang skornya kerana ianya berjaya mendapat skor tinggi (min=4.14). Bagaimanapun, kesemua aspek ini telah berjaya diterapkan di dalam portal dan dapat dikatakan telah melepasi tahap standart piawaian sesuatu bahan. Di akhir kajian, pengkaji telah membahaskan beberapa aspek yang perlu diberi perhatian kepada penyelidik terutamanya pada proses pembangunan bahan dalam memastikan kandungan yang dibina dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528