MSS 3492 SYAIR PUTERI NILAM JUITA: SATU ANALISIS FEMINISME DARI PERSPEKTIF CITRA WANITA
Abstract
MSS 3492 Syair Puteri Nilam Juita, yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia, adalah manuskrip ketatanegaraan dan merupakan cerita yang memiliki nilai-nilai tentang gaya hidup masyarakat. Makalah ini bertujuan untuk meneliti pelbagai imej wanita melalui peristiwa dan pengalaman yang dilalui oleh watak-watak wanita seperti yang terserlah dalam syair ini. Kajian menggunakan kaedah kepustakaan dalam menyempurnakan analisis. Penelitian yang terperinci terhadap bahan-bahan rujukan tambahan juga diutamakan supaya analisis yang dilakukan menepati objektif. Dalam penganalisisan data, syair yang dikaji mengandungi pelbagai kisah yang memaparkan watak-watak wanita yang diceritakan secara dominan. Hasil penelitian mendapati syair ini menyerlahkan pelbagai citra wanita yang berkaitan dengan teori feminisme yang diperkenalkan oleh Elaine Showalter (1979); antara pendekatan dalam teorinya adalah pendekatan biologi, pendekatan pengalaman, pendekatan psikologi dan pendekatan linguistik. Analisis citra wanita secara umum yang berpaksikan teori beliau antaranya ialah wanita yang bertanggungjawab, wanita yang bermuafakat, wanita yang sanggup berkorban, wanita yang taat dan setia serta wanita yang berkasih sayang. Syair Puteri Nilam Juita menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan penting pada zaman dahulu dan mempunyai kesamarataan tanggungjawab yang serupa dengan kaum lelaki. Perihal yang diperlihatkan oleh syair ini diharap dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada khalayak pembaca dalam menjalani kehidupan mereka sendiri.
Kata Kunci: Citra wanita; Elaine Showalter; feminisme; manuskrip; Syair Puteri Nilam Juita.
Kata Kunci: Citra wanita; Elaine Showalter; feminisme; manuskrip; Syair Puteri Nilam Juita.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.