STRATEGI VISUAL DALAM PEMEROLEHAN KOSA KATA SAMA-BAJAU

SAIDATUL NORNIS MAHALI, ROSMAH DERAK, NOORAFINI KASSIM

Abstract


Bahasa Sama-Bajau merupakan bahasa Ibunda bagi penuturnya yang tersebar di sepanjang Pantai barat dan timur Sabah. Tidak seperti bahasa KadazanDusun yang telah mula diajar di sekolah dan di Pusat Pengajian Tinggi dan secara tidak langsung bahasa itu terjaga sebaliknya, para penutur bahasa Sama-Bajau menyaksikan penurunan jumlah penutur apatah lagi semakin ramai penuturnya yang terdiri dalam kalangan generasi Alfa mulai tidak fasih, malah ada yang langsung tidak tahu bertutur bahasa Sama-Bajau. Kemerosotan penutur dan ketidakfasihan para penutur muda Sama-Bajau berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak mahu bertutur dalam bahasa berkenaan di rumah dan lebih mementingkan penggunaan bahasa dominan seperti bahasa Sabah, bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris telah membantu mempercepatkan kehilangan bahasa itu. Rentetan isu berkenaan, maka satu penelitian awal telah dilakukan untuk meninjau keupayaan berbahasa dalam kalangan generasi Alfa khususnya. Penelitian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan pemudah cara kad gambar dan permainan teka kata secara digital yang berasaskan leksis asas Sama-Bajau. Penelitian dini ini dilaksanakan dalam kalangan murid-murid berketurunan Sama-Bajau khususnya mereka yang telah berhijrah ke bandar namun mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Sama-Bajau. Seramai 10 orang murid dari kelas kafa di Universiti Malaysia Sabah terlibat dalam penelitian ini dan mereka merupakan generasi Alfa (11 tahun ke bawah). Didapati, pemerolehan leksis Sama-Bajau mudah dipelajari berasaskan kesemua pemudah cara berkenaan. Strategi sedemikian sangat disenangi oleh para murid kerana ia memberi dampak dan kesan positif terhadap proses pemberdayaan dan pelestarian penggunaan bahasa ini dalam kalangan penutur mudanya.

Kata Kunci: Etnik; Sama-Bajau; Leksis; Pembelajaran bahasa etnik; Pemugaran bahasa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.