ANALISIS SEJARAH FONOLOGI DAN PENGELOMPOKAN DALAMAN DIALEK HULU PERAK UTARA PURBA (DHPUP)

NUR HABIBAH C.R, SHAHIDI A.H, RAHIM AMAN

Abstract


Kajian ini merupakan suatu rentetan daripada kajian rekonstruksi Dialek Hulu Perak Utara Purba (DHPUP) yang telah dilakukan sebelum ini. Penelitian ini akan membincangkan pula aspek klasifikasi atau pengelompokan menggunakan pendekatan kualitatif dalam bidang linguistik sejarawi perbandingan. Usaha rekonstruksi dan klasifikasi ini dilakukan bertujuan untuk menentukan perkaitan kekeluargaan antara bahasa dan hubungan jauh-dekatnya bahasa- bahasa yang dibandingkan. Dalam kajian ini, perbandingan dan klasifikasi aspek fonologi dan leksikal akan dilakukan pada dua tahap. Tahap pertamanya meneliti perbezaan fonologi dan leksikal di antara bahasa Melayik Purba (MP) dengan Dialek Hulu Perak Utara Purba (DHPUP). Seterusnya, tahap kedua melakukan perbandingan secara sinkronik terhadap subdialek-subdialek turunan DHPUP. Akhir sekali melakukan klasifikasi dalaman terhadap DHPUP. Klasifikasi dalaman dilakukan berdasarkan inovasi dan retensi fonologi serta leksikal yang telah dikenal pasti, kemudian dipaparkan dengan rajah pohon Augus Schleicher. Hasil dapatan daripada klasifikasi yang dilakukan, DHPUP tidaklah begitu jauh terpisah daripada MP, dan 9 varian turunan DHPUP dikelompokkan kepada 4 cabang utama yang berkongsi beberapa ciri fonologi bersama. Analisis sejarah fonologi dan klasifikasi dalaman DHPUP ini dapat membantu menjelaskan secara linguistik hubungan kekerabatan antara DHPUP dengan subdialek turunannya di samping melihat keterikatannya dengan hubungan MP, bahasa induknya.

Kata kunci: dialek purba; Hulu Perak; inovasi; linguistik sejarah; perubahan bahasa


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.