PENYEBARAN KONSONAN HENTIAN GLOTIS DALAM DIALEK HULU ROMPIN: TINJAUAN AWAL

MOHD TARMIZI HASRAH, KHAIRUL FAIZ ALIMI, MOHAMAD ZAKUAN TUAN IBHARIM

Abstract


Berbeza dengan varian Malayik di Borneo, dalam dialek Melayu semenanjung, konsonan hentian glotis dianalisis sebagai alofon kepada konsonan hentian plosif /p/, /k/ dan /t/ di akhir kata. Dengan statusnya sebagai alofon, hal ini bermaksud, (i) di kedudukan akhir kata, udara yang dikeluarkan bagi menghasilkan bunyi plosif /p/, /k/, /t/ disekat justeru direalisasikan sebagai [ʔ], dan (ii) realisasi tersebut tidak memperlihatkan perbezaan makna. Walau bagaimanapun, Collins (1985) mendapati bahawa generalisasi tentang status [ʔ] yang dicerap hanya sebagai alofon kepada plosif /p/, /t/ dan /k/ di kedudukan akhir kata tidak berlaku secara menyeluruh. Hal ini dibuktikan dengan data yang dikumpul di Pulau Tioman yang menunjukkan status [ʔ] bukan sebagai alofon tetapi sebagai fonem. Persoalannya ialah dengan mengambil kira konteks dialek Melayu semenanjung, adakah dialek lain yang memperlihatkan gejala yang serupa dengan dialek Melayu Pulau Tioman? Tinjauan lapangan di Hulu Rompin mendapati bahawa penyebaran konsonan hentian glotis adalah sangat meluas dalam daftar kata yang dikumpulkan terutama di posisi antara vokal dan akhir kata. Makalah ini bertujuan menganalisis penyebaran konsonan hentian glotis dalam dialek tersebut. Analisis dilakukan dengan menerapkan pendekatan deskriptif-struktural yang berpaksikan kepada penyebaran konsonan tersebut dalam leksikal dan proses fonologi yang mendasarinya. Hasil analisis menunjukkan konsonan hentian glotis dalam dialek hulu Rompin dikategorikan sebagai alofon dalam tiga keadaan iaitu (i) fonem plosif akhir, (ii) geseran antara vokal dan (iii) penambahan akhir dalam etimon yang berakhir dengan vokal. Dapatan ini menunjukkan dialek hulu Rompin memiliki beberapa ciri linguistik yang berlainan dengan dialek Pahang am dan dialek Melayu secara umum justeru mengundang kelihan baru dari segi pengelompokan.

Kata kunci: dialek Melayu; dialek Hulu Rompin; konsonan hentian glottis; fonologi; alofon


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.