JENIS-JENIS AYAT DALAM NOVEL SEJAMBAK BAKTI: SATU ANALISIS TEORI UBAH ALFA

RUSYDIAH ABD SALAM, HANI MUNIRAH MOHD SUBEHI, NASRUN ALIAS

Abstract


Kajian ini memfokuskan tentang analisis struktur ayat bagi keempat-empat jenis ayat yang ada dalam bahasa Melayu berdasarkan novel alam kajian ini iaitu, kaedah kualitatif dan kuantitatif. Teknik Kajian ini memfokuskan tentang analisis struktur ayat bagi keempat-empat jenis ayat yang ada dalam bahasa Melayu berdasarkan novel Sejambak Bakti yang ditulis oleh Rejab F.I. Berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan analisis struktur ayat banyak menggunakan teori Transformasi Generatif yang agak keterbelakang. Kajian ini akan memanfaatkan penggunaan teori Ubah Alfa yang lebih moden untuk menganalisis struktur ayat dalam novel tersebut. Selain  itu, kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu, kaedah kualitatif dan kuantitatif. Teknik analisis teks digunakan bagi mengenal pasti jenis-jenis ayat yang terdapat dalam novel, manakala kaedah kuantitatif terlibat dalam mencari taburan ayat dalam novel. Sebanyak lima muka surat awal, lima muka surat tengah dan lima muka surat akhir dijadikan skop bagi tujuan analisis kajian ini. Ketiga-tiga bahagian tersebut merupakan wakil bagi keseluruhan novel tersebut. Taburan ayat dalam novel tersebut dipaparkan dalam rajah carta pai bagi memudahkan pembacaan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebanyak 259 ayat telah dikenal pasti. Jenis ayat yang paling banyak dalam novel tersebut adalah jenis ayat penyata dan jenis ayat yang paling sedikit adalah jenis ayat seruan. Selain itu, analisis struktur ayat juga menampakkan berlakunya banyak proses transformasi bagi ayat-ayat tersebut. Antara proses transformasi yang berlaku termasuklah proses pengguguran, proses penyusunan semula dan proses peluasan. Oleh itu, diharap kajian ini membantu dalam memberi idea bagi kajian-kajian akan datang dalam menggunakan teori Ubah Alfa serta kajian menggunakan teks-teks lama. Hal Ini kerana, tidak banyak pengkaji yang menggunakan teks lama sebagai bahan kajian teori Ubah Alfa.

Kata kunci: bahasa Melayu; jenis ayat; sintaksis; teori Transformasi Generatif; teori ubah alfa


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.