PENYEBARAN FONEM KONSONAN MELANAU BALINGIAN SARAWAK
Abstract
Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Balingian (VM BLGN). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM BLGN terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM BLGN dengan hanya memaparkan penyebaran bunyi konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam VM BLGN ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa derivasi VM BLGN mempunyai 21 fonem konsonan; tujuh buah konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, dan //, dua konsonan letusan /tS, dZ/, empat konsonan geseran /v, s, Ä, h/, empat konsonan nasal /m, n, ø, N/ satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Sehubungan itu, hasil kajian turut memperlihat adanya rangkap konsonan (gugus konsonan) dalam VM BLGN. Tujuh jenis rangkap konsonan yang ditemui iaitu bukan homorganik nasal /-rg- dan -ÄdZ-/ dan homorganik nasal pada posisi tengah kata. Pada posisi ini, rangkap homorganik nasal ini wujud dalam bentuk nasal + letupan dengan membentuk konstruksi seperti berikut; /-mb-, -Nk-, -Ng- dan -nt-/. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat mengungkap segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian terdahulu dan memelihara jati diri warisan bangsa Melanau Balingian melalui penggunaan bahasa.
Kata kunci: fonem; fonologi; Melanau Balingian; penyebaran; struktural
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.