PEMILIHAN BAHASA: PROSES PERALIHAN BAHASA MASYARAKAT ORANG ASLI CHE WONG

SA’ADIAH MA’ALIP

Abstract


Masyarakat Orang Asli terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu kelompok Melayu-Proto, Senoi dan Negrito. Kelompok Senoi merupakan kelompok terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok Negrito. Setiap kelompok terbahagi lagi kepada suku-suku kaum tertentu. Suku kaum Che Wong merupakan suku kaum bagi kelompok masyarakat kaum Senoi. Namun begitu masyarakat bahasa Che Wong mempunyai bilangan yang kecil. Kajian ini akan berkaitan dengan pemilihan bahasa masyarakat Che Wong dalam melihat proses peralihan bahasa. Kajian tertumpu di perkampungan Orang Asli Che Wong, Kuala Gandah. Analisis yang dibuat terhadap data yang diperoleh berfokuskan kepada pemilihan bahasa Che Wong dengan mengaplikasikan kaedah deskriptif menggunakan pendekatan analisis domain. Berdasarkan data yang telah diperoleh, ternyata masyarakat bahasa Che Wong masih cenderung memilih bahasa mereka dalam berinteraksi walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar antara mereka dengan masyarakat setempat. Fenomena ini merupakan suatu yang positif kerana sesuatu bahasa terutamanya bahasa masyarakat minoriti dapat dikekalkan.

Kata kunci: sosiolinguistik; pemilihan bahasa; peralihan dan pengekalan bahasa; Orang Asli; Che Wong


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.