Pengurusan Persembahan: Pengalaman Peribadi di Belakang Tabir Penerbitan Sitkom Pi mai Pi Mai Tang Tu

ABD. GHANI BIN AHMAD

Abstract


Makalah ini merupakan rakaman pengamalan peribadi di belakang tabir pengurusan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Akan dikupas faktor-faktor kejayaan sitkom ini berasaskan pemerhatian-pengalaman sepanjang penglibatan penulis sebagai pengurus pentas sitkom tersebut. Fakta-fakta dianalisiskan berlandaskan lima elemen utama penentu kejayaan sesebuah produksi televisyen iaitu pemilihan idea, pemilihan pelakon, kumpulan produksi, peralatan yang digunakan dan kepuasan penonton. Penekanan diberikan berlandaskan falsafah pengurusan pementasannya. Didapati apa pun kaedah yang digunakan namun kejayaan pengurusan pentas adalah terletak pada disiplin, dedikasi, ketekunan dan komited di kalangan seluruh tenaga produksi. Terbukti seluruh anggota sitkom ini, dari peringkat atas hingga di peringkat bawah, begitu akrab dan hubungan mereka mempunyai chemistry. Ini ketara sekali di kalangan pelakonnya hinggakan kombinasi pelakonnya yang mantap itu ditanggapi oleh para pemerhati sebagai persembahan secara improvatif.Di samping itu,kekuatannya terletak pada tema, topik dan dialognya. Secara keseluruhannya, sitkom ini dapat bertahan begitu lama dan menjadikan land-mark kepada genre persembahan sehingga ke hari ini adalah kerana, selain mengengahkan isu-isu yang menarik, ia dibarisi barisan pelakon yang begitu mantap.

Kata Kunci: Sejarah, Idea, Pelakon, Pengurusan dan Falsafah Pengurusan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.