Komuniti Melayu Pulau Tioman : Isu dan Cabaran Dalam Konteks Pembangunan Pelancongan
Abstract
Komuniti Melayu Pulau Tioman merupakan sebuah komuniti kecil yang begitu aktif 
dengan aktiviti ekonomi berkaitan sektor pelancongan. Komuniti Melayu ini 
merupakan sebuah komuniti yang gigih dan terawal membuka minda untuk 
membangunkan sektor ini setelah melihat prospek yang baik daripada sambutan dan 
kedatangan pelancong, terutama dari luar negara. Mereka bermula tanpa sebarang 
bantuan, tunjuk ajar, maupun kursus, namun kesungguhan melalui kesukaran untuk 
maju, kesediaan menghadapi risiko, tekun belajar daripada pengalaman serta 
dorongan rakan, seterusnya pemilikan tanah warisan, telah membuktikan pada hari ini 
bahawa merekalah pencetus dan pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan 
di pulau ini. Fakta yang paling membanggakan ialah 85 peratus daripada bilangan 
resort yang dibangunkan di sini adalah milik komuniti tempatan walaupun bertaraf 
sederhana. Namun kini status Pulau Tioman sebagai pulau pelancongan berasaskan 
alam semulajadi yang tersohor di Pantai Timur telah diwartakan sebagai Pulau Bebas 
Cukai. Kini Pulau Tioman bukan sahaja boleh dibangga sebagai lokasi pelancongan, 
malah juga mula dikenali sebagai ’tempat jualan murah’. Oleh itu, beberapa persoalan 
yang terbangkit ekoran daripada peristiharan sebagai ‘Pulau Bebas Cukai’, ialah 
adakah komuniti Melayu tempatan benar-benar mendapat manfaat daripada 
perubahan status tersebut ? Sejauhmanakah berlakunya peningkatan kedatangan 
pelancong terutama yang akan mendiami resort-resort milik pengusaha tempatan ? 
Apakah implikasi sosial yang sedang dan akan berlaku ke atas komuniti ini bilamana 
barangan yang benar-benar murah hanyalah rokok dan minuman keras ? Apakah yang 
akan terjadi kepada pengusaha tempatan bila kini para pengusaha luar yang bermodal 
besar telah berlumba-lumba masuk dan membuka perniagaanya di sini ? Melihat 
kepada apa yang sedang berlaku, kini komuniti Melayu Pulau Tioman seolah-olah 
sedang menghadapi suatu gelombang besar yang mungkin bakal menghakis serta 
menghanyutkan apa yang telah dibina daripada kegigihan dan kesungguhan mereka 
sebelum ini. Kertas kerja ini cuba mengimbau persolan-persolan tersebut hasil 
daripada satu kajian impirik yang telah dilakukan di Pulau Tioman. 
 
 
Kata kunci: komuniti tempatan; pengusaha; pelancongan; implikasi sosial.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.