ANALISIS VERBAL BERITA TERPILIH DALAM AKHBAR MALAYSIAKINI

DARWALIS BINTI SAZAN, NORIAH BINTI MOHAMED, MD ZAHRIL NIZAM BIN MD YUSOFF, SA’ADIAH BINTI MA’ALIP

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu usaha untuk membuktikan nilai berita dapat dijelaskan berdasarkan displin linguistik. Nilai berita merupakan salah satu kriteria penting dalam akhbar dan aspek ini berupaya menjelaskan fenomena yang mempengaruhi ciri linguistiknya. Berdasarkan penelitian khusus dalam aspek yang dibincangkan ini, kajian lanjut perlu dilaksanakan. Kelompangan kajian lepas terhadap aspek yang akan dibincangkan ini menyumbang signifikasi kajian selain persoalan tentang kebolehsanaan aspek kajian yang mampu dijelaskan secara linguistik kini terjawab. Bagi melaksanakan kajian ini secara sistematik dan mencapai objektif yang ditetapkan, penyelidik mengaplikasi pendekatan secara kualitatif. Berdasarkan pendekatan kualitatif ini, tiga kaedah digunakan iaitu kaedah kepustakaan, kaedah laman sesawang dan analisis kandungan. Data dalam kajian juga dihuraikan secara deskriptif. Dalam kajian ini, perbincangan dan penganalisisan hanya melibatkan empat kategori utama nilai berita, yakni keelitan, impak, negatif dan positif. Selain itu, kajian dijalankan berlandaskan Analisis Nilai Berita Diskursif (Discursive News Value Analysis) mengikut kerangka Bednarek & Caple (2017). Sebanyak 30 data dianalisis dalam kajian ini dan kesemua data hanya melibatkan data isu sosial. Dapatan analisis kajian dalam sumber verbal berita akhbar Malaysiakini menunjukkan bahawa setiap empat kategori nilai berita ini terdiri daripada ciri linguistik yang tertentu. Setiap ciri linguistik yang telah dikenal pasti ini menyerlahkan ideologi penulis yang mempengaruhi pembentukan empat kategori nilai berita dalam akhbar Malaysiakini. Kajian ini juga berjaya mencungkil latar belakang akhbar Malaysiakini bagi setiap isu sosial yang diketengahkan dalam teks berita. Bentuk, ciri dan kandungan bagi setiap nilai berita dalam akhbar ini, sememangnya telah diadun oleh penulis berdasarkan ideologinya untuk disampaikan kepada pembaca.

Kata kunci: Analisis verbal; ideologi; Malaysiakini; nilai berita; sosial


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.