PRAANDAIAN DALAM UCAPAN PERBAHASAN PARLIMEN MAHASISWA SESI PERTAMA DI MALAYSIA

NURUL AFIFAH ADILA MOHD SALLEH, MASLIDA YUSOF

Abstract


ABSTRAK

Strategi penggunaan bahasa perlu diambil kira dalam sesuatu perucapan selain memastikan maklumat yang disampaikan jelas dan difahami. Sekiranya seseorang perucap berjaya menggunakan strategi berbahasa dengan baik, maka penyampaiannya akan menarik minat pendengar sekaligus dapat memahaminya. Kajian ini menganalisis praandaian sebagai salah satu daripada strategi penggunaan bahasa dalam komunikasi. Penggunaan praandaian ini akan tertumpu kepada ucapan Perbahasan Parlimen Mahasiswa Sesi Pertama di Malaysia sebagai bahan kajian. Ucapan perbahasan parlimen mahasiswa yang dipilih ini akan diteliti dan diasingkan ujaran-ujaran yang mengandungi praandaian. Perbahasan parlimen mahasiswa merupakan platform mahasiswa untuk mengutarakan pendapat dan berbincang tentang isu-isu terpilih yang telah ditetapkan oleh pengajur program iaitu Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pendekatan Yule (1996) digunakan sebagai garis panduan dalam menentukan dan mengkategori ujaran yang mengandungi praandaian. Hasil kajian mendapati terdapat empat Pencetus Praandaian yang digunakan dalam teks ucapan perbahasan parlimen mahasiswa iaitu praandaian eksistensial, faktif, struktural dan kaunterfaktual. Manakala dua lagi jenis praandaian iaitu non faktif dan leksikal tidak digunakan oleh pembahas dalam perbahasan ini. Praandaian yang digunakan dalam perbahasan parlimen mahasiswa mampu memberikan kefahaman maklumat kepada pembaca atau pendengar sekiranya mereka dapat memahami strategi-strategi yang digariskan. Kajian ini berjaya melihat pencetus praandaian yang digunakan dalam ucapan perbahasan dan bentuk bahasa yang digunakan.

Kata kunci: Praandaiaan; pencetus praandaian; strategi berbahasa; ucapan; Perbahasan Parlimen Mahasiswa


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.