PEMILIHAN BAHASA MASYARAKAT CHETTI DI MELAKA

RAHILAH OMAR, NASRUN ALIAS, TEO KOK SEONG

Abstract


Masyarakat Chetti merupakan golongan etnik minoriti yang terdapat di Melaka. Masyarakat ini merupakan golongan masyarakat bahasa yang unik kerana walaupun mereka adalah daripada suku kaum India tetapi mereka tidak bertutur dalam bahasa Tamil, sebaliknya mereka bertutur dalam bahasa Chetti. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan melihat pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat ini. Pemilihan bahasa oleh masyarakat bahasa Chetti ini dijalankan di kawasan perkampungan mereka di Kampung Gajah Berang, Melaka. Metodologi penyelidikan yang digunakan termasuklah soal-selidik, temu-bual dan pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat bahasa Chetti masih aktif menggunakan bahasa mereka terutamanya dalam domain rumah atau keluarga. Namun mereka juga mempunyai kebolehan berbahasa Inggeris dengan baik dan menggunakannya dalam interaksi seharian mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahasa Chetti merupakan bahasa yang masih dipilih sebagai bahasa pertuturan dalam masyarakat minoriti ini dan ia merupakan suatu keadaan yang amat positif bagi sebuah masyarakat yang berada dalam lingkungan golongan majoriti di Melaka khususnya.

Kata kunci: bahasa minoriti; Masyarakat Chetti; kepupusan bahasa; pemilihan bahasa; sosiolinguistik


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.