KHASIAT KEROPOK IKAN REBUS TERHADAP KESIHATAN: SATU KAJIAN DI TERENGGANU
Abstract
Artikel ini membincangkan keistimewaan keropok ikan Terengganu yang diusahakan oleh masyarakat tempatan dengan mengekalkan ramuan dan pemprosesan warisan tradisi turun-temurun. Keunikan keropok ikan Terengganu terletak pada penggunaan ikan laut segar dan komposisi isi ikan yang tinggi, sekali gus membezakan profil rasanya daripada produk lain di pasaran. Kedudukan geografi di pesisir pantai memberikan kelebihan logistik pendaratan hasil laut yang membolehkan pemprosesan pantas dijalankan, lantas meminimumkan kemerosotan kualiti protein miofibril (Huda et al., 2010). Manakala aspek formulasi, keropok ini berasaskan nisbah isi ikan tinggi berbanding kanji seperti nisbah 4:1 yang memenuhi dan melepasi ambang minimum 15 peratus kandungan protein mengikut peraturan-peraturan makanan 1985 (Norizah et al., 2018). Kajian ini bertujuan meneliti faktor penerimaan masyarakat terhadap keropok ikan Terengganu dan menganalisis kebaikan keropok ikan rebus terhadap kesihatan. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian di lapangan dan temu bual bersama pengusaha aktif di daerah Setiu, Besut, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perebusan tradisi berupaya mengekalkan keaslian nutrisi berprotein tinggi yang bermanfaat untuk kesihatan. Selain menjadi daya tarikan pelancongan, perusahaan ini turut menyumbang kepada penjanaan pendapatan dan peluang pekerjaan penduduk tempatan. Pendokumentasian kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan rintis bagi penyelidik pada masa hadapan.
Kata kunci: keropok ikan; Terengganu; makanan tradisi; gastronomi sihat; kesihatan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.