KONFLIK MIMIKRI DAN CABARAN IDENTITI DALAM CERPEN PARRETTE KARYA S.M ZAKIR.

FATIN FARAH ADLINA MAZLAN, MAS RYNNA WATI AHMAD

Abstract


Pendekatan pascakolonial memberikan perhatian pada pengalaman masyarakat bekas tanah jajahan yang berhadapan dengan perubahan identitas, budaya, bahasa, dan sistem pemikiran akibat pengaruh kolonial. Dalam kesusasteraan Melayu, pendekatan ini sering diaplikasikan dalam penelitian karya moden, khususnya novel dan cerpen, untuk menghuraikan persoalan hubungan kuasa, pembentukan identitas, serta pertembungan antara budaya tempatan dan budaya kolonial. Antara sarjana yang memberikan sumbangan penting terhadap perkembangan pendekatan ini ialah Homi K. Bhabha melalui konsep mimikri yang menjelaskan kecenderungan masyarakat pascakolonial meniru budaya dominan sehingga membentuk identiti yang hampir menyerupai budaya kolonial tanpa menghapuskan sepenuhnya identiti asal. Berdasarkan konsep tersebut, artikel ini bertujuan untuk menganalisis bentuk mimikri yang ditampilkan dalam cerpen "Parrette" karya S.M. Zakir. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan memberikan tumpuan terhadap penggunaan bahasa dan pembinaan watak yang dianalisis melalui tiga bahagian, iaitu penyesuaian, peniruan, dan penyindiran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perubahan penggunaan bahasa, penamaan ruang, pembentukan identiti watak, dan penerimaan simbol budaya Barat menggambarkan masyarakat Melayu menerima nilai dan budaya yang dibawa oleh kuasa dominan. Keadaan tersebut dimanfaatkan oleh pengarang untuk menyindir masyarakat yang semakin mengutamakan budaya luar, sehingga bahasa, budaya, dan jati diri Melayu semakin menghilang. Penelitian ini mengukuhkan kesesuaian konsep mimikri Homi K. Bhabha sebagai pendekatan untuk mentafsir identiti masyarakat pascakolonial serta memperluas penerapan teori pascakolonial dalam penelitian karya sastera Melayu.


Kata kunci: pascakolonial, kesusasteraan Melayu, mimikri, cerpen, S.M. Zakir

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.