PANDANGAN IBU BAPA TERHADAP TEORI VYGOTSKY DALAM PEMEROLEHAN BAHASA MELAYU MURID BERKEPERLUAN KHAS

KAVENIA KUNASEGRAN, NURDENNA KHIRIL ANUWAR

Abstract


Kajian ini bertujuan meneliti pandangan ibu bapa terhadap keberkesanan Teori Interaksi Sosial Vygotsky dalam menyokong pemerolehan bahasa Melayu murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),  khususnya murid yang mengalami masalah pembelajaran dan kelewatan pertuturan. Murid PPKI sering berdepan kekangan komunikasi seperti kesukaran memahami arahan, membina ayat dan berinteraksi secara lisan, sekali gus menjejaskan penguasaan bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah gabungan yang melibatkan soal selidik terhadap 30 orang ibu bapa serta temu bual separa berstruktur dengan lima orang responden terpilih. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif meliputi kekerapan, peratusan dan min, manakala data kualitatif dianalisis melalui analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan tahap persetujuan yang sangat tinggi dalam kalangan ibu bapa terhadap peranan interaksi sosial dan komunikasi dua hala dalam meningkatkan kosa kata, kefahaman makna dan keyakinan bertutur anak PPKI dengan nilai min keseluruhan yang tinggi bagi domain interaksi sosial dan keberkesanan pendekatan. Walau bagaimanapun, kajian turut mengenal pasti cabaran seperti kekangan masa, beban kerja, ketidakstabilan emosi anak, pengaruh media digital serta kekurangan panduan daripada pihak sekolah. Bagi mengatasi cabaran tersebut, ibu bapa menggunakan pelbagai strategi termasuk permainan bahasa, penggunaan teknologi, pemilihan waktu yang sesuai dan pengukuhan kendiri. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa interaksi sosial yang konsisten dan bermakna memainkan peranan signifikan dalam menyokong pemerolehan bahasa Melayu murid PPKI serta menekankan keperluan kerjasama sistematik antara ibu bapa dan pihak sekolah bagi memperkukuh perkembangan bahasa secara holistik dan berterusan.

Kata kunci: Interaksi Sosial; Pemerolehan Bahasa Melayu; Murid PPKI; Ibu Bapa.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.