Inovasi dan Variasi Produk Hibah dalam Perancangan Harta Orang Islam di Malaysia
Abstract
Perancangan harta merupakan aspek penting dalam kehidupan orang Islam di Malaysia bagi memastikan pengurusan harta semasa hidup dan pengagihan harta selepas kematian dilaksanakan secara teratur serta mematuhi prinsip syariah. Seiring dengan peningkatan kes harta pusaka terbeku saban tahun, hibah semakin mendapat perhatian sebagai instrumen perancangan harta yang berkesan. Persoalan utama yang timbul ialah sejauh mana jenis hibah dan produk yang ditawarkan mampu memenuhi keperluan orang Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti inovasi dan variasi produk hibah yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan agensi perancangan harta di Malaysia, di samping menilai implikasinya terhadap pengurusan harta umat Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dokumen rasmi, risalah produk, laman web institusi berkaitan dan artikel jurnal. Hasil kajian menunjukkan bahawa inovasi dalam amalan hibah di Malaysia meliputi penerapan teknologi digital dan peningkatan fleksibiliti syarat. Pelbagai bentuk hibah seperti hibah mutlak, hibah bersyarat dan hibah amanah turut diaplikasikan bagi memenuhi keperluan masyarakat. Namun, pelaksanaannya masih berdepan cabaran seperti tahap literasi masyarakat yang rendah, kos pentadbiran yang tinggi serta isu pematuhan syariah. Secara keseluruhan, inovasi dan variasi produk hibah berpotensi memperkukuh perancangan harta Islam serta mengurangkan risiko pertikaian pusaka. Kajian ini turut mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan untuk menilai kesan penggunaan teknologi digital, khususnya platform hibah atas talian, terhadap kecekapan, keselamatan dan keberkesanan keseluruhan proses hibah di Malaysia.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abdullah, A., & Moidin, R. (2025). Perancangan harta Islam: Pendekatan hibah dan amanah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdullah, A., Azmi, N., Mohd Izzat, M., & Azhar, A. (2024). Hibah sebagai instrumen perancangan harta Islam: Kajian kontemporari. Jurnal Perancangan Harta Islam, 12(1), 45–62.
Abdullah, M. M., Awang, A. B., & Zakaria, M. S. (2023). Analysis of trust instrument in Islamic estate planning: A study case at Amanah Raya Berhad, Malaysia. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 14(8), 1404–1425. https://doi.org/10.1108/JIABR-02-2022-0057
Abdullah, M. M., Awang, A. B., Zakaria, M. S., & Nor Muhamad, N. H. (2023). Analisis kefahaman instrumen amanah (trust) dalam pentadbiran harta pusaka di negeri Perlis. Akademika, 93(1), 117–136. https://doi.org/10.17576/akad-2023-9301-10
As‑Salihin Trustee Berhad. (2023). Perkhidmatan wasiat dan amanah. https://www.assalihin.com.my
Amanah Saham Nasional Berhad. (2024). Hibah Amanah. https://www.asnb.com.my/hibahamanah.php
Azmi, A. F., Abdullah, N., & Mohd Izzat, M. (2021). Konsep dan jenis hibah dalam perancangan harta Islam. Jurnal Hukum Islam, 9(2), 55–72.
CIMB Islamik. (2025). Rancang hibah. https://www.cimb.com.my/bm/personal/islamic-banking/islamic-wealth-management/wealth-distribution/hibah-harta/rancang-hibah.html
Dagang News. (2021, September 14). Jumlah kes pusaka kecil tertunggak meningkat. https://www.dagangnews.com
Dagang News. (2024, April 1). Hibah digital UsraHDD disahkan Mahkamah Syariah Johor. https://www.dagangnews.com
Dagang News. (2024, April 3). Pengalaman digital Wasiyyah Shoppe tidak mudah tetapi berjaya direalisasikan. https://www.dagangnews.com
Dagang News. (2024, Disember 18). Pengalaman proses pendigitalan hibah Wasiyyah Shoppe Berhad. https://www.dagangnews.com
Ghalid, S. N., & Muhamad Zuhaili, B. (2023). The level of awareness of hibah among Muslim residents in Raub, Pahang. Journal of Contemporary Islamic Studies, 9(2). https://doi.org/10.24191/jcis.v9i2.10
Halim, F., & Ahmad Bustami, A. (2019). Hibah sebagai instrumen perancangan harta: Analisis undang-undang dan syariah. Jurnal Syariah Malaysia, 11(1), 60–78.
Halim, A. H., Yusoff, R. M., Arshad, A., Noor, N. A. M., & Sanek, S. K. A. (2025). Unclaimed estates in West Malaysia: A legal analysis and reform proposals on non‑administered estates. IIUM Law Journal, 33(2), 39–68.
Harian Metro. (2020, Januari 15). Nilai harta pusaka tidak dituntut capai RM70 bilion. https://www.hmetro.com.my
Ibnu Manzur, Muhammad bin Makram bin Ali. 1414. Lisan al-Arab. Beirut: Dar Sadir
Ibrahim, N., Ismail, S., Sapian, R., Ramli, R., & Idris Shazali, M. (2024). Kesan pindaan Akta Harta Pusaka Kecil terhadap sistem pengurusan pusaka. Jurnal Undang-Undang dan Pusaka, 6(1), 33–52.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). (2023). Laporan tahunan pentadbiran pusaka kecil. Putrajaya: JKPTG.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan. (2025). Soalan Lazim: Pusaka Kecil. https://www.jkptg.gov.my/my/47-faq/pusaka-kecil/1084-pusaka-kecil
Jaapar, A., Moidin, R., & Arif, M. (2024). Hibah amanah dan pembangunan lestari: Implikasi sosial-ekonomi. Jurnal Pembangunan Sosial, 5(2), 88–107.
Kamal, I. M. M., & Said, N. L. M. (2025). Examining hibah contracts in Islamic law: Insights from the 2021 Selangor State Fatwa. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 15(5), 154–160. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v15-i5/25316
Kamarudin, M. K., & Nor Muhamad, N. H. (2018). Islamic estate planning and management: Malaysian experience. International Journal of Management Applications, 1(1), 8–16.
Kementerian Sumber Asli, Tenaga dan Air. (2022). Klinik tunggakan kes pusaka: Laporan program. Putrajaya: Kementerian Sumber Asli, Tenaga dan Air.
Lembaga Tabung Haji. (2025). Terma & Syarat Hibah Amanah. https://thstaging.pocketpixel.com/ms/terma-syarat-hibah-amanah
Mahmod, W. A., Abdullah, R., & Noh, M. (2022). Digitalisation trends in Islamic wealth management. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 13(5), 802–818.
Moidin, S., Mat Rani, M. A., Adenan, F., Mohd Arif, M. I. A., Saiman, M. Z., Suyurno, S. S., Mamat, N., Ab. Hamid, M. H., & Rosli, M. S. D. (2023). Maslahah standards in the implementation of hibah amanah in Malaysia: Piawaian maslahah dalam pelaksanaan hibah amanah di Malaysia. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 30(2), 207–214
Mohd Izzat, M., Azmi, A., & Abdullah, N. (2023). Hibah sebagai alat perancangan harta di Malaysia. Jurnal Kewangan dan Perancangan Harta, 12(2), 101–119.
Mokhtar, M. F., Wan Ismail, W. A. F., & Baharuddin, A. S. (2020). Pembuktian melalui dokumen dalam kes-kes pengesahan hibah di Mahkamah Syariah di Malaysia. INSLA e-Proceeding, 1(1), 45–60
Muda, Z., Rosdi, N., & Mohamed Said, N. L. (2022). Hibah amanah dan pengurusan harta bercagar. Jurnal Pengurusan Harta Islam, 10(3), 55–74.
Muda, Z., et al. (2023). Pengurusan harta tak alih melalui hibah mutlak dan amanah. Jurnal Ekonomi dan Syariah, 11(2), 45–63.
Nor Muhamad, N. H. (2009). Elemen Qabd (Pindahan Milikan) dalam Hibah: Analisis Terhadap Keperluan dan Pelaksanaannya Mengikut Perspektif Undang‑Undang Islam. Jurnal Syariah, 17(2), 243–266
Nor Muhamad, N. H., Che Yaacob, A., & Mat Hussain, N. (2017). Konsep hibah bersyarat dan aplikasinya dalam perancangan harta. UMRAN. Journal of Islamic and Civilizational Studies, 4(3-1), 32–41. https://doi.org/10.11113/umran2017.4n3-1.251
Othman, N. S., Mohamed Said, N. L., Muda, M. Z., & Nor Muhamad, N. H. (2017). Analisis kes amalan hibah bersyarat di Malaysia. Islamiyyat, 39(2), 135–142. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2017-3902-05
Parlimen Malaysia. (2023, 28 November). Penyata Rasmi Dewan Rakyat: Perbahasan penyelesaian backlog kes pusaka. Dewan Rakyat. https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/DR-28112023.pdf
Roslan, N. F., & Ahmad, A. A. (2022). Pentadbiran harta pusaka dan implikasi negatif harta tidak dituntut. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001453. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1453
Said, N. L. M., Yusoff, A. M., Muda, M. Z., & Zakaria, Z. (2022). The Implementation of Hibah Ruqba in Malaysia Asset Management Planning Industry in Accordance to Maqasid Shariah. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 12(9), 560–568. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v12-i9/14641
Waqaf An-Nur Corporation Berhad. (2024). Hibah lil waqaf. https://waqafannur.com.my/Hibah-Lil-Waqaf
Wasiyyah Shoppe Berhad. (2019). Dah hibah, masih dapat manfaat?. https://wasiyyahshoppe.com.my/archives/16430
Wasiyyah Shoppe Berhad. (2022). Penyediaan dan perlaksanaan dokumen hibah. https://wasiyyahshoppe.com.my/hibah
Yaacob, A. M. (2019). Mahkamah Syariah di Malaysia: Shariah court in Malaysia. Jurnal Syariah, 21(1), 75–88
al-Zuhayli, Wahbah. 2004. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh. Jil V. Damsyik: Dar al- Fikr
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2026 Nurul Huda Abdullah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.