Melaka: Geografi dan Alam Sekitar Berdasarkan Teks Sejarah Melayu Ras Raffles Malay 18 (Malacca: Geography and Environment Based on the Malay Historical Text Ras Raffles Malay 18)

Mohd Tarmizi Mahidin, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, ‘Aisyah Kamaruddin

Abstract


ABSTRAK: Manuskrip Sejarah Melayu RAS Raffles Malay 18 merupakan antara versi Sejarah Melayu terawal dan dikarang atau disalin sekitar tahun 1612. Teks ini menggambarkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang gah dan pesat membangun. Proses pembangunan ini sudah tentu melibatkan interaksi antara manusia dan persekitarannya iaitu manusia perlu beradaptasi dengan persekitaran yang baharu diteroka. Kajian pustaka berkaitan teks Sejarah Melayu kebiasaannya menumpukan terhadap bidang sastera, politik, undang-undang dan sejarah. Isu berkaitan geografi dan alam sekitar masih kurang diketengahkan. Justeru itu, objektif kertas ini ialah untuk mengetengahkan isu-isu berkaitan geografi dan alam sekitar seperti yang digambarkan oleh teks. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, kajian teks manuskrip Sejarah Melayu RAS Raffles Malay 18 dan kajian pustaka. Sumber-sumber sekunder yang lain seperti buku-buku sejarah. Berdasarkan kajian, didapati bahawa Tun Sri Lanang telah menggambarkan tentang geografi Melaka seperti keadaan hutan, gunung-ganang dan sebagainya secara langsung dan tidak langsung dalam penulisannya. Gambaran mengenai populasi dan penempatan pula agak jelas manakala isu berkaitan pertanian pula kurang diberikan perhatian. Istilah yang digunakan bagi penentuan jarak adalah bersifat subjektif. Manakala bagi arah mata angin, istilah seperti ‘atas angin’ dan ‘bawah angin’ lebih menjadi pilihan berbanding istilah yang formal seperti barat dan timur.

Kata Kunci: Melaka; RAS Raffles Malay 18; Sejarah Melayu; Geografi; Tun Sri Lanang.

ABSTRACT: The Malay historical manuscripts of RAS Raffles Malay 18 is one of earliest versions of the Sejarah Melayu. It was composed or copied around 1612. This text describes the Malay Sultanate of Malacca as a powerful and rapidly developing kingdom. This development process certainly involves the interaction between human and their environment where human need to adapt to the newly explored environment. Literary, studies related to the Sejarah Melayu text usually focus on the fields of literature, politics, law and history. Issues related to geography and environment are still underrepresented. Therefore, the objective of this paper is to highlight issues related to geography and the environment as depicted by the text. This study uses qualitative methods, document analysist and literature research. Based on the study, it was found that Tun Sri Lanang had directly and indirectly described the geography of Malacca such as the conditions of forests, mountains and others in his writing. The description of the population and settlements is quite clear while issues related to agriculture are given less attention. The terms used to determine distance are subjective. Meanwhile, for wind direction, term such as “upwind” and “downwind” are preferred over formal terms such as west and east.


Keywords: Malacca; RAS Raffles Malay 18; Sejarah Melayu; Geography; Tun Sri Lanang

Keywords


Melaka; RAS Raffles Malay 18; Sejarah Melayu; Geografi; Tun Sri Lanang

Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Ismail. 1998. Sejarah Melayu The Malay Annals: MS. Raffles No. 18 Edisi Rumi Baru/New Romanised Edition. Cheah Boon Kheng. The Malayan Branch of the Royal Asiatic Society.

Ahmad Jelani Halimi. 2021. Perkapalan dan perdagangan di Melaka pada Zaman Kesultanan. Dlm. Azmi Ariffin, Abdul Rahman Ismail, Abu Talib Ahmad. Kesultanan MelayuMelaka: Warisan, Tradisi dan Persejarahan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. 177-200.

Andaya Barbara Watson & Andaya Leonard Y. 1982. A History of Malaysia. Macmillan Asian Histories Series. Houndmills: Macmillan Press LTD.

Balwi M.K.M. 2003. Ketamadunan Melayu dan sains: Satu analisis awal ke atas pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang sains. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering)47-60.

Hasan H., Idrus N.H., Zainudin N.F., Abidin N.A.Z. & Noor N.J.M. 2022. Kesultanan Melayu Melaka: Pengasasan dan pengukuhan. International Journal of Social Science Research 4(2): 240-250.

Hill R.D. 1983. The History of Rice Cultivation in Melaka. Melaka: The Transformation of a Malay capital c. 1400-1980.

Hussin N. 2008. Geografi dan perdagangan: Kepentingan selat Melaka kepada perdagangan dunia, Asia dan dunia Melayu 1700-1800. Akademika 73(1): 3-26.

Johor National Parks. 2025. Gunung Ledang Lagenda. Muhammad Salleh. 2017. Pengenalan. Dlm. Tun Sri Lanang. Sulalat al-Salatin yaˈni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu). Zainal Abidin Borhan. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. xvii-1vi.

Muhammad Salleh. 2020. Tamadun laut dan sungai dalam Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Dlm. Muhammad Salleh. Akal Budi Adikarya Sulalat al-Salatin. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Hlm. 177-203.

Muhammad Yusoff Hashim. 2015. Kesultanan Melayu Melaka. ed. kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rivers P.J. 2005. Negeri below and above the wind: Malacca and Cathay. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society: 1-32.

Sandhu K.S. & Wheatley P. 1983. Melaka: The transformation of a Malay capital, c. 1400-1980.

Sutrisno S. 1979. Hikayat Hang Tuah analisis struktur dan fungsi.

Tun Sri Lanang. 2017. Sulalat al-Salatin yaˈni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu). Muhammad Salleh. Zainal Abidin Borhan. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wake C.H. 1975. Raffles and the rajas: the founding of Singapore in Malayan and British colonial history. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 48(1 (227): 47-73.

Yock F.L. & Ahmad H. 2003. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Yayasan Karyawan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia