Analisis Lakuan Pertuturan dalam Filem Yek Icin Mahak Menggunakan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969) (Speech Act Analysis in the Film Yek Icin Mahak Using Searle’s Speech Act Theory (1969))

Wan Nor Azlina Abdullah, Mohamad Rozi Kasim

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis lakuan pertuturan dalam filem ‘Yek Icin Mahak’ menggunakan teori lakuan pertuturan Searle (1969). Kajian ini melibatkan analisis kandungan teks ujaran dialog watak-watak yang terdapat dalam filem ‘Yek Icin Mahak’ menggunakan reka bentuk kualitatif. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan Teori Lakuan Pertuturan Searle (1969). Terdapat lima jenis lakuan pertuturan yang telah dikategorikan oleh Searle (1969) iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif, komisif dan deklaratif. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat 539lakuan pertuturan dalam filem ini. Lakuan pertuturan yang mencatatkan kekerapan yang paling tinggi ialah lakuan lakuan direktif iaitu sebanyak 265 ujaran, diikuti dengan lakuan asertif sebanyak 165 ujaran dan lakuan ekspresif sebanyak 95 ujaran. Lakuan yang paling kurang digunakan ialah lakuan komisif iaitu sebanyak 14 ujaran. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan hanya terdapat empat jenis lakuan pertuturan yang diujarkan oleh watak-watak dalam filem ini iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif dan komisif. Lakuan deklaratif tidak terdapat dalam kajian ini. Dari segi implikasi, kajian ini menunjukkan kepentingan memahami lakuan pertuturan yang sering dituturkan dalam konteks ini dapat diketahui untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Kata kunci: Lakuan pertuturan; ujaran; filem; Yek Icin Mahak; Teori Searle (1969)

ABSTRACT: This study aims to analyze speech acts in the film ‘Yek Icin Mahak’ using Searle’s (1969) speech act theory. The study involves analyzing the dialogue texts of characters in the film ‘Yek Icin Mahak’ using a qualitative design. The data obtained will be analyzed using Searle’s (1969) Speech Act Theory. Searle (1969) categorized speech acts into five types which are directive, assertive, expressive, commissive, and declarative acts. The findings indicate that there are 539 speech acts in the film. The most frequently occurring speech act is the directive act, with 265 utterances, followed by the assertive act with 165 utterances and the expressive act with 95 utterances. The least used speech act is the commissive act, with only 14 utterances. The results also reveal that only four types of speech acts are present in the film: directive, assertive, expressive, and commissive. The declarative speech act is not found in this study. In terms of implications, this study highlights the importance of understanding commonly used speech acts in this context, which can be applied in real-life situations.

Keywords: Speech act; speech; film; Yek Icin Mahak; Searle’s Theory (1969)

Keywords


Lakuan pertuturan; ujaran; filem; Yek Icin Mahak; Teori Searle (1969)

Full Text:

PDF

References


Abd Ganing Laengkang, Ab Razak Ab Karim & Rohaidah Haron. 2020. Lakuan bahasa janji dan ekspresi: Kajian terhadap ucapan lisan Tun Dr. Mahathir dalam isu 1MDB.INSANIAH:Online Journal of Language, Communication and Humanities 3(2): 73-91.

Abd Ganing Laengkang, Rohaidah Haron & Ab Razak Ab Karim. 2019. Lakuan bahasa ekspresif Tun Dr. Mahathir: Kajian kes terhadap 40 artikel Chedet. cc. Malaysian Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 4(1): 19-27.

Abd Ganing Laengkang. 2018. Analisis lakuan bahasa terhadap teks khutbah jumaat Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor 2(1): 1-18.

Aminnudin Saimon. 2019. Lakuan bahasa dalam filem Melayu terpilih. [Tesis PhD]. Universiti Putra Malaysia, Selangor. Aminnudin Saimon. 2021. Lakuan pertuturan dalam filem Nordin Ahmad. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 4(1): 033-052.

Aswadi Mohamad & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2018. Struktur bahasa dalam situasi banjir di Kelantan dari sudut lakuan pertuturan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 3(3): 17-25.

Normah Ahmad, Amirah Ahmad & Sharina Shaharuddin. 2020. Lakuan bahasa permintaan dalam kalangan pelajar Melayu di Akademi Pengajian Bahasa Di UiTM Shah Alam. Jurnal Linguistik 24 (2): 1-16.

Nur Jannah Ab Rahman & Maslida Yusof. 2017. Strategi berkomunikasi generasi muda Melayu: Analisis lakuan bahasa penolakan. Jurnal Melayu (Isu Khas): 254-274.

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh. Maslida Yudof. & Karim Harun. 2021. Kajian lakuan bahasa di Malaysia: Analisis terhadap trend data. Jurnal Linguistik Malaysia 25 (2): 96- 110.

Nurul Syuhada Shuib & Maslida Yusof. 2019. Lakuan bahasa dalam ceramah agama. Akademika 89 (Isu Khas): 41-53.

Searle J.R. 1969. Speech Acts: An Essay in the Philosophy of Language. New York: Cambridge University Press.Siti Nur Adibah Sabarudin & Aminnudin Saimon. 2021. Lakuan pertuturan dalam video infografik COVID-19. Jurnal Bahasa21(2): 325-352.

Wan Nur Azira & Maslida Yusof. 2021. Lakuan bahasa meme dalam komunikasi internet gen Z. Jurnal Melayu 20(1): 1-18.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia