Unsur Anatomi dalam Kumpulan Puisi Parabel Tubuh (Anatomical Elements in the Group of Parabel Tubuh Poems)

Rabiatul Nur Naajwa Hassan, Arba’ie Sujud, Rahimah Hamdan

Abstract


ABSTRAK: Parabel Tubuh ialah karya sastera yang menyatukan dua disiplin ilmu iaitu sains dan sastera. Kumpulan puisi Parabel Tubuh (2018) merupakan karya Taufiq Roslan yang memiliki latar belakang dalam jurusan Sains Pertuturan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kecintaan beliau terhadap bidang sains dan sastera ini dijelmakan dalam bentuk puisi. Parabel Tubuh memperkenalkan konsep anatomi dalam menyampaikan isu puisinya. Unsur-unsur anatomi dalam Parabel Tubuh mendominasi pengucapan puisinya dan mempamerkan keindahan. Permasalahan kajian ini bertitik tolak daripada bagaimana penulis berlatar bidang sains mengaplikasikan unsur anatomi dalam karya. Oleh itu, kajian ini menetapkan dua objektif kajian iaitu mengenal pasti unsur-unsur anatomi yang terdapat dalam kumpulan puisi Parabel Tubuh dan menganalisis unsur-unsur anatomi berdasarkan perspektif estetika. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan membataskan puisi yang melibatkan struktur anatomi tubuh manusia sahaja. Analisis dan dapatan kajian mendapati bahawa unsur-unsur anatomi yang diketengahkan ialah mata, jantung, tubuh, otak, gigi, telinga, dan lidah sebagai konsep idea. Unsur anatomi yang digunakan ini mampu meninggalkan kesan keindahan dalam penyampaian puisinya sekali gus mempamerkan dinamik dari sudut gaya penyampaian puisi. Kajian ini diharap dapat memperkayakan sumber dokumentasi sastera.

Kata kunci: Unsur Anatomi; Puisi; Parabel Tubuh

ABSTRACT: The Parabel Tubuh is a literary work that unites two scientific fields, namely science and literature. The poetry of Parabel Tubuh (2018) is the work of Taufiq Roslan, who has a background in Speech Science at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). His love for science and literature is embodied in the form of poetry. Parabel Tubuh introduces the concept of anatomy in conveying the issue of poetry. The anatomical elements in the Parabel Tubuh dominate the enunciation of his poetry and exhibit beauty. The problem of this study is based on how writers with a background in science apply anatomical elements in their work. Therefore, this study sets two research objectives, which are to identify the anatomical elements found in the Parabel Tubuh poetry collection and to analyze the anatomical elements based on an aesthetic perspective. This study uses the method of text analysis and limits poetry that involves the anatomical structure of the human body only. The analysis and findings of the study found that the anatomical elements highlighted our eyes, heart, body, brain, teeth, ears, and tongue as concepts of ideas. The anatomical elements used can leave animpression of beauty in the delivery of his poetry. At the same time, exhibiting dynamics from the point of view of poetry delivery style. This study hopes to enrich the source of literary documentation.

Keywords: Anatomical Elements; Poetry; Parabel Tubuh

Keywords


Unsur Anatomi; Puisi; Parabel Tubuh

Full Text:

PDF

References


Daniel S. Wibowo. 2009. Anatomi Tubuh Manusia. Yogyakarta:

Grasindo.

Frankie Latiti. 2022. Unsur perubatan tradisional dalam novel penulis Sarawak. Utusan Borneo Online.

Muhammad Haji Salleh. 2000. Puitika Sastera Melayu. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nabilah Mohd Nasir, Ghazali Din & Abdul Razak. 2020. Unsur kosmos dalam kumpulan puisi Selamat Pulang Juita karya Muhammad Haji Salleh. Muallim Journal of Social Science Humanities Online 4(4): 97-112.

Nazmi Yaakub. 2017. Kumpulan Puisi Cikgu Biologi Sarat Istilah Sains. Berita Harian.

Noor Hasnoor Mohamad Nor. 2017. Metafora Anatomi dalam Bahasa Melayu. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Ramzah Dambul. 2021. Bagaimana Sains Meramu dan Mengadun Kulinari Sastera? Dewan Sastera.

Roshan Thiran. 2018. Pengaruh penting untuk kejayaan kepimpinan. Utusan Borneo online.

Rosli K. Matari. 2023. Puisi sains dan teknologi: bagaimana seharusnya? Bahagian 1 Dewan Sastera.

Rosli K. Matari. 2023b. Puisi sains dan teknologi: bagaimana seharusnya? Bahagian 2. Dewan Sastera.

Rosnani Md Zain & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2019. Unsur Sains dan Sastera dalam Novel Remaja Terpilih. Jurnal Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu 10: 166-182.

Ruzaini Awang. 2022. Bahasa dan Sastera Mempunyai Nilai Estetik? Tunas Cipta.

Taufiq Roslan. 2018. Kumpulan Puisi Parabel Tubuh. Terengganu: Kata-Pilar.

Tukang Puisi. 2018. Laporan Hakim Sayembara Puisi Kata Pilar 1.0. Terengganu: Kata-Pilar.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia