Kritikan Kaum Muda Terhadap Pentadbiran Pendidikan di Kelantan dalam Majalah Pengasuh (Modernis Criticism of the Administration of Education in Kelantan in Pengasuh’s Magazine)

Mohamad Firdaus Mohamad, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Abstract


ABSTRAK: Artikel ini membincangkan kritikan kaum muda terhadap pentadbiran pendidikan di Kelantan dalam majalah Pengasuh. Fokus utama Kaum Muda adalah terhadap pentadbiran pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan. Kaum Muda menggunakan majalah Pengasuh sebagai medium utama untuk menyebarkan reformasi pendidikan kepada masyarakat Melayu abad ke-20. Artikel ini akan membincangkan kritikan terhadap pentadbiran pendidikan masyarakat Melayu di Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Perpustakaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) seperti majalah Pengasuh. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Data yang diperoleh akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan kajian yang dilakukan. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif analisis dokumen majalah Pengasuh. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Kaum Muda telah menggerakkan suatu pemikiran kritis berkenaan kritikan dalam pendidikan yang dibawakan oleh pihak Inggeris serta dalam masa yang sama berupaya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu mengenai kepentingan pendidikan sebagai lambang kemelayuan sejati menerusi majalah Pengasuh.

Kata kunci: Kaum Muda; Pendidikan; Majalah Pengasuh; Kelantan

ABSTRACT: This article highlights the role of Kaum Muda in critiquing the education administration in Kelantan, specifically targeting the challenges faced by the Malay community in the early 20th century. The group used Pengasuh magazine as a tool to spread their message about the need for educational reform. By examining the criticisms presented in the magazine, the study explores how Kaum Muda viewed the education system under British influence and how they advocated for the revitalization of the Malay language as an essential cultural marker. The research employs qualitativemethods, primarily document analysis, to explore the content of Pengasuh and other sources like journals and books. This methodological approach provides an in-depth understanding of the concerns raised by Kaum Muda regarding education and its role in shaping Malay identity. The article underlines the importance of Pengasuh in mobilizing public awareness about these critical issues, particularly emphasizing how the Malay language was seen as a vital symbol of cultural identity during a period of British colonial rule. Overall, the study shows how Kaum Muda soughtto challenge the existing educational structures and raise consciousness among the Malay community about preserving and promoting their education and culture through education reform.

Keywords: Modernis; Education; Pengasuh Magazine; Kelantan

Keywords


Kaum Muda; Pendidikan; Majalah Pengasuh; Kelantan

Full Text:

PDF

References


Abdul Kadir Adabi. 1930. Perbelanjaan kerana pelajaran. Pengasuh.

Abdul Kadir Ahmadi. 1930. Apakah tujuan murid-murid ke sekolah. Pengasuh.

Abdul Rahman. 1930. Masalah kemajuan dunia. Pengasuh.

Abdul Razak Mahmud. 2015. Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga). Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Cetakan Pertama.

Abu Mansur. 1930a. Fikiran Raja Chulan. Pengasuh.

Abu Mansur.1930b. Nasib Umat Melayu. Pengasuh.

Abu Mansur, 1930c. Suatu teladan yang baik tetapi tiada siapa gemar mengingatnya. Pengasuh.

Dato’ Seri Paduka Raja Kelantan. 1918. Pengasuh.

Fauzan. 2021. Konsep Ad-din menurut Syed Naquib al-Attas. Jurnal al-Madaris. 2(1): 120-129.

Hamilton. 1987. Monetary Factors in the great depression. Journal of Monetary Economics. 19(2): 145-169.

Muhamad Said. 1918. Madrasah al-Muhamadiah. Pengasuh.Patriot. 1919. Leteran pelajaran agama. Pengasuh.

Patriot. 1919. Seruan. Pengasuh.

Pikan.1930. Orang-orang yang berpangkat. Pengasuh.

Shellabear. W.G. 2016. Sejarah Melayu. Dewan Bahasa Pustaka.

Swettenham., F. A. 2016. Malay sketches. John Lane.

Yusoff Zaky Yacob. 1975. Tok Kenali dalam kenangan. Pengasuh.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia