Isu dan Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Penulisan Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Rendah (Issues and Challenges in the Implementation of Malay Language Essay Writing Instruction in Primary Schools)

Nur Atikah Mohd Noor, Zamri Mahamod, Nurfaradilla Mohamad Nasri

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk meneroka isu dan cabaran dalam pelaksanaan pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian telah dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai empat orang guru cemerlang Bahasa Melayu sekolah rendah yang mengajar Tahap 2 telah dipilih dalam kajian ini dan ditemu bual secara separa berstruktur. Protokol temu bual terlebih dahulu disahkan oleh tiga orang pakar. Setelah pengkaji selesai menemu bual peserta kajian, audio suara telah ditukar ke bentuk teks untuk dianalisis menggunakan perisian NVivo12. Data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi memastikan triangulasi data dicapai. Hasil dapatan kajian menunjukkan cabaran dalam pelaksanaan pengajaran penulisan karangan di sekolah rendah melibatkan isu murid itu sendiri termasuklah sikap murid, kehadiran murid, tahap pengetahuan sedia ada murid dan jurang tahap penguasaan murid di dalam kelas. Selain cabaran yang berpunca daripada murid, terdapat juga cabaran yang berkaitan dengan pihak ibu bapa, misalnya ibu bapa kurang mementingkan pendidikan serta tiada pantauan terhadap pelajaran anak. Bagi pihak guru pula, cabaran yang dihadapi melibatkan kekangan kekurangan guru di sekolah terutamanya bagi sekolah kurang murid. Pergerakan guru keluar ke bengkel atau aktiviti di luar sekolah menyebabkan sesi PdP tersebut tidak dapat dijalankan, lebih-lebih lagi peruntukan masa untuk mata pelajaran Bahasa Melayu telah dikurangkan. Perubahan format pentaksiran juga menjadi salah satu daripada cabaran dalam pelaksanaan pengajaran penulisan. Akhir sekali, cabaran yang melibatkan aspek bahasa itu sendiri yang terdiri daripada kesalahan tatabahasa, kesalahan struktur ayat, penguasaan kosa kata yang terhad dan ayat tidak dapat dikembangkan dengan baik semasa menulis karangan. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu di sekolah rendah.


Kata kunci: Penulisan karangan; pengajaran; bahasa Melayu; kajian kes; sekolah rendah


ABSTRACT: This study was conducted to explore the issues and challenges in implementing the teaching of Malay language essay writing in primary schools. This case study employs a qualitative approach. Participants were selected using purposive sampling techniques. Four outstanding Malay language teachers from primary schools teaching Level 2 were chosen and interviewed using semi-structured interviews. The interview protocol was validated by three experts. Upon completion of the interviews, the audio recordings were transcribed into text for analysis using NVivo12 software. Data were obtained through interviews, observations, and document analysis to ensure data triangulation. The findings reveal that the challenges in implementing essay writing instruction in primary schools involve student-related issues, including student attitudes, attendance, prior knowledge levels, and proficiency gaps within the classroom. In addition to challenges arising from students, there are also challenges related to parents, such as parents not prioritizing education and not monitoring their children’s studies. For teachers, the challenges included a shortage of teachers in schools, particularly in those with low student enrollment. Teacher absences due to workshops or activities outside the school disrupted the teaching sessions, especially since the allocated time for the Malay language subject has been reduced. Changes in assessment formats also pose challenges in the implementation of essay writing instruction. Finally, language-related challenges such as grammatical errors, sentence structure mistakes, limited vocabulary mastery, and the inability to effectively develop sentences while writing essays were identified. This study is expected to serve as a guide to addressing the issues and challenges faced in improving the quality.


Keywords: Essay writing; teaching; Malay language; case study; primary school


Keywords


Penulisan karangan; pengajaran; bahasa Melayu; kajian kes; sekolah rendah

Full Text:

PDF

References


A. Rahman Haron. 2016. Pembangunan dan keberkesanan modul salak didik dalam aktiviti penulisan karangan murid sekolah rendah. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, Rozita Radhiah Said, Azhar Md Sabil, Yusfarina Mohd Yussof. 2016. Pembinaan Negara Bangsa dan Identiti Kebangsaan dalam Pemerkasaan Bahasa Melayu melalui Sistem Persekolahan. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu ASEAN Ke-3, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Fatoni. Thailand, 25-26 Mei.

Ahmad Fikri Ab Rahman & Zamri Mahamod. 2019. Teknik lakaran bersama peta alir i-think meningkatkankan kemahiran menjana idea pelajar etnik Lun Bawang dalam karangan autobiografi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 9(l): 12-22.

Ahmed Hafizainol Ahmed Adris & Karim Harun. 2020. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar pondok Bantan Thailand. Jurnal Melayu Isu Khas 457-477.

Che Zanariah & Fadzillah Abdul Rahman. 2011. Pelaksanaan kemahiran pengajaran dan pembelajaran penulisan kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 67-87.

Creswell, J. W. & Poth, C. N. 2018. Qualitative Inquiry and Research Design. Choosing Among Five Approaches (4th ed.). Thousand Oak, California: Sage Publications.

Hasnah Mohamed. 2016. Meningkatkan kemahiran menulis karangan melalui penggunaan track changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction 13: 135-159.

Irma, M., Ugartini, M. & Intan Nur Syuhada, H. 2021. Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian sepanjang perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11(1): 16-28.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Lima. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Enam. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Layang Ugek dan Jamaludin Badusah. 2018. Amalan dan masalah pengajaran literasi bahasa guru bahasa Melayu ketika mengajar pelajar Penan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 8(2): 25-38.

Muttalip, D. A. A. 2020. Pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(2): 29-42.

Nor Hadibah Hushaini, Zulkifli Osman & Anida Sarudin. 2020. Pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(1): 1-13.

Norliza Abdullah, Zulkifli Osman dan Abdul Munir Ismail. 2021. Kesan penggunaan petapemikiran terhadap pengajaran penulisan karangan murid tahun lima. MANU 32(1): 1-17.

Noor Suhailah Ibrahim & Nor Azwahanum Mohd Shaid. 2024. Perlalihan format karangan baharu sekolah rendah: sejauh mana kesesuaiannya? International Jounal of Advanced Research in Education and Society 6(2): 320-335.

Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. 2016. Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 6(2): 1-9.

Nurul Ashikin Md Yatim, Chew Fong Peng & Zuraidah Abdullah. 2020. Tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(2): 43-53.

Rozana Jaafar. 2020. Strategi Pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Cina dan India ketika belajar Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 10(1): 64–76.

Rozita Radhiah Said. 2012. Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah: Kajian satu kes pelbagai lokasi. Asia Pacific Journal of Educators and Education 27: 51-68.

Rubiaton Ibrahim. 2020. Pengaplikasian teknik bograf dalam penulisan karangan fakta murid tahun lima. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syazwan Mohd Sanosi & Zamri Mahamod. 2021. Keberkesanan penggunaan jejari penanda wacana (JPW) dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 102-110.

Ugartini Magesvaran, Zamri Mahamod, Irma Mahad & Intan Nur Syuhada. 2021. Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah San Min (SUWA) Teluk Intan (Sekolah Persendirian Cina). International Conference on Business

Studies and Education (ICBE). ICBE Publication.

Wan Nurzuliana Wan Ahmad. 2019. Amalan guru dalam melaksanakan kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi program linus di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1: 1-11.

Zamri Mahamod. 2021. Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia