Gaya Kepengarangan dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Berdasarkan Metafora Konsepsi (The Authorial Style in the Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Based on Conceptual Metaphors)

Ummi Syaza Nabilah Mohamad Suhaimi, Rozita binti Che Rodi

Abstract


ABSTRAK: Dalam penghasilan sesebuah karya sastera, idea pemikiran yang dizahirkan oleh pengarang disampaikan dengan kata-kata yang indah dan mempunyai gaya bahasa yang berbunga. Sekiranya masyarakat kurang penghayatan dan pemahaman bagi memahami maksud tersurat dan tersirat yang disampaikan melalui metafora maka mereka akan menghadapi masalah dalam proses pentafsiran makna bagi kepengarangan ini. Hal ini demikian kerana sesuatu makna dan pemikiran itu tidak boleh lari untuk diteliti dari segi semantik kognitif. Melalui acuan semantik kognitif, setiap idea pemikiran yang mempunyai kepelbagaian makna secara implisit dalam kepengarangan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka ini dapat difahami. Dalam menjalankan kajian ini, pertama sekali ujaran watak yang menonjolkan elemen metafora konsepsi telah dikenal pasti bagi mengelompokkan berdasarkan jenis-jenisnya. Seterusnya, data bagi elemen metafora konsepsi diinterpretasi. Kemudian, penggunaan metafora konsepsi dalam kepengarangan novel ini dirumuskan pemaknaannya. Rentetan itu, Teori Metafora Konsepsi yang dipelopori Lakoff dan Johnson (1980) menjadi pegangan untuk merungkai objektif kajian ini. Kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpul data dan menganalisis teks. Hasil kajian mendapati bahawa metafora konsepsi yang paling dominan ialah metafora konsepsi ontologi, iaitu sebanyak 106 atau 48%. Kekerapan penggunaan metafora konsepsi yang kedua tinggi ialah metafora konsepsi struktural, iaitu sebanyak 76 atau 34% manakala penggunaan kekerapan paling rendah adalah sebanyak 40 atau 18%, iaitu metafora konsepsi orientasi. Kajian ini menunjukkan bahawa elemen metafora konsepsi yang diselitkan dalam kepengarangan sastera ini dibantu oleh kognitif manusia bagi memproses sesuatu perkara abstrak di dalam minda kepada bentuk pemikiran yang konkrit.


Kata kunci: Semantik kognitif; metafora konsepsi struktural; metafora konsepsi ontologi; metafora konsepsi orientasi; Hamka; Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


ABSTRACT: In the creation of literary works, the ideas and thoughts expressed by the author are conveyed through beautiful and ornate language. If society lacks the appreciation and understanding to grasp both the explicit and implicit meanings conveyed through metaphors, they will encounter difficulties in interpreting the intended meanings of the authorship. This is because meaning and thought cannot be divorced from an examination through the lens of cognitive semantics. Through the framework of cognitive semantics, the diverse implicit meanings embedded in the authorship of Hamka’s novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck can be understood. In conducting this study, the first step involved identifying character dialogues that prominently feature elements of conceptual metaphors, which were then categorized according to their types. Subsequently, the data pertaining to conceptual metaphor elements were interpreted. Following this, the usage of conceptual metaphors within the authorship of the novel was analyzed to elucidate their meanings. In this regard, the Conceptual Metaphor Theory pioneered by Lakoff and Johnson (1980) served as the foundation for unravelling the study’s objectives. A qualitative method was employed to gather data and analyze the text. The study’s findings revealed that the most dominant conceptual metaphor was the ontological metaphor, with 106 occurrences or 48%. The second most frequent conceptual metaphor was the structural metaphor, with 76 occurrences or 34%, while the least frequent was the orientation metaphor, with 40 occurrences or 18%. This study demonstrates that the conceptual metaphor elements embedded in this literary authorship are facilitated by human cognition, which processes abstract concepts in the mind into concrete thoughts.


Keywords: Cognitive semantic; structural conceptual metaphor; ontological conceptual metaphor; orientational conceptual metaphor; Hamka; Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Keywords


Semantik kognitif; metafora konsepsi struktural; metafora konsepsi ontologi; metafora konsepsi orientasi; Hamka; Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Full Text:

PDF

References


Aini Karim & Muhamad Fadzllah Zaini. 2017. Analisis metafora

konsepsi kemuliaan manusia dalam syair nasihat nukilan

Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan Negara Brunei Darussalam Ke-28: Perspektif Awalan

Semantik Kognitif. Jurnal Komunikasi Borneo 5: 1-16.

Amirah Ahmad & Rozaimah Rashidin. 2011. Terjemahan

‘air’ dalam peribahasa Melayu-Inggeris: analisis semantik

kognitif. Jurnal Linguistik 13(6): 1-12.

Chew Fong Peng & Nurmaziah Majelan. 2019. Pelaksanaan

pendidikan perpaduan menerusi teks KOMSAS dalam

kalangan pelajar tingkatan dua. PENDETA Journal of Malay

Language, Education and Literature 10: 75-90.

Clinton Ringit, Hamidah Abdul Wahab & Remmy Gedat.

Domain kepercayaan bahasa halus masyarakat Iban

Sebuyau: analisis metafora konsepsi. Asian People Journal

(2): 18-30.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2015. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Dinie Asyraf Salehan. 2017. Metafora konsepsi dan pemikiran

dalam peribahasa Melayu dan Perancis berkaitan haiwan.

Tesis Ijazah Master, Universiti Putra Malaysia.

Hamidah Abdul Wahab, Imran Ho Abdullah, Mohammed Azlan

Mis & Khazriyati Salehuddin. 2016. Analisis eufemisme

kematian masyarakat Melayu Sarawak dari perspektif

semantik kognitif. GEMA Online: Journal of Language

Studies 16(2): 53-71.

Hamka. 2023. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Publishing

House Sdn Bhd.

Khairulanwar Abdul Ghani. 2021. Analisis semantik kognitif

dalam puisi cinta tanpa tanda: konsep metafora dan ikon

dari perspektif teori ruang mental. International Journal of

Education 6(38): 237-256.

Mala Varadan. 2018. Metafora dalam novel selancar empat.

Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Malaya.

Marjannah, Aswandikari & Johan Mahyudi. 2023. Kajian

metafora novel “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”

karya Hamka. Jurnal Cahaya Mandalika 2023: 316-326.

Marwan Mas. 2020. Pengaruh Sosial dan Budaya dalam Karya

Sastra Hamka: Kajian terhadap Tenggelamnya Van Der

Wijck. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Merry Lapasau & Arbak Othman. 2022. Metafora haiwan: Kajian

perbandingan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Jurnal

Bahasa 10(1): 162-194.

Mohd Radzi Mustafa. 2002. Bahasa Alam Satu Perspektif.

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Muhamad Aniq Azlan & Mohd Syuhaidi Abu Bakar. 2019.

Persepsi dan motivasi khalayak untuk membaca karya

sastera dalam akhbar bercetak. Forum Komunikasi 14(2):

-115.

Nirwana Sudirman, Zulkifley Hamid, Masitah Mad Daud & Nik

Zulaiha Zakaria. 2017. Metafora konsepsi dan skema imej

sebagai cerminan pemikiran dan kehidupan orang Melayu.

Journal of Science and Humanities 12(3): 1-17.

Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. 2010. Remaja

Malaysia dan peribahasa Melayu. Jurnal Linguistik 10(1):

-172.

Nor Hashimah Jalaluddin, Anida Sarudin & Zaharani Ahmad.

Peluasan makna alim: analisis semantik kognitif.

GEMA: Online Journal of Language Studies 12(2):

-473.

Norsimah Mat Awal & Nur Liyana Zulkffle. 2012. Analisis

semantik kata kerja gerak dan campak dalam dialek Negeri

Sembilan. Jurnal Linguistik 16: 37-48.

Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mahamod, Afendi Hamat

& Mohamed Amin Embi. 2012. Persepsi pelajar terhadap

aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran komsas

bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu 2(1): 1-16.

Nur Amirah Che Soh & Che Ibrahim Salleh. 2014. Keindahan

bahasa dalam lirik lagu P. Ramlee. International Journal of

the Malay World and Civilisation 2(1): 103-111.

Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. 2013.

Metafora KASIH dalam teks Melayu tradisional: analisis

teori hibrid. Jurnal Linguistik 17(1): 19-28.

Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. 2015.

Metafora konsepsi emosi marah dalam data korpus teks

tradisional Melayu. Jurnal Linguistik 19(1): 029-047.

Rozaimah Rashidin, Nor Umiumairah Mohamad & Zuraidah

Jantan. 2023. Metafora akal, kehidupan dan fikiran dalam

buku falsafah hidup karya Hamka. Jurnal Bahasa 23(1):

-146.

Sharwinthiran Thavarajah, Anida Sarudin, Zulkifli Osman,

Husna Faredza Mohamed Redzwan, Wiwiek Afifah & Mohd

Amir Mohd Zahari. 2020. Pentaksiran analitik dan holistik

elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam penulisan

berdasarkan teori metafora konsepsi. Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu 11(1): 1-15.

Siti Farida Salleh, Yazid Yahya, Mary Fatimah Subet &

Muhammad Zaid Daud. 2020. Analisis semantik leksikal

dalam novel sangkar karya Samsiah Mohd. Nor. Asian

People Journal 3(1): 45-63.

Siti Zainon Ismail. 1991. Seni dan Budaya dalam Novel Hamka.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1994. Seni dan Pemikiran

Dalam Karya Hamka. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zawiyah Baba & Zuraidah Hassan. 2014. Analisis bibliografi

karya HAMKA dalam koleksi Perpustakaan Negara

Malaysia. International Journal of the Malay World and

Civilisation 2(1): 93-101.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia