Cerakinan Bahasa Ubian Mantanani: Satu Rungkasan Awal (The Description of Ubian Language: A Preliminary Discussion)
Abstract
ABSTRAK: Orang Ubian boleh ditemui bukan hanya di negeri Sabah. Mereka juga boleh ditemui di seluruh pulau pesisir sepanjang kepulauan di selatan Filipina, Timur Sabah dan Barat Sabah. Kebanyakan orang Ubian awalnya mendiami kawasan kepulauan sebelum mereka berpindah ke pinggir pantai di daratan. Meskipun mereka sudah menjadi sebahagian daripada kumpulan suku minoriti di Sabah namun, tulisan atau catatan mengenai mereka belum banyak dibuat. Kebanyakan tulisan mengkhususkan kepada kelompok majoriti dalam rumpun bahasa ini, iaitu orang Bajau. Memandangkan belum ada sebarang tulisan yang memerihalkan bahasa Ubian maka, perbincangan dalam makalah ini hanya akan memfokuskan tentang inventori fonem dan leksikal asas bahasa Ubian. Data bahasa Ubian dalam perbincangan ini merupakan hasil kerja lapangan di pulau Mantanani, Kota Belud. Pulau Mantanani terletak 140km daripada Bandaraya Kota Kinabalu yang di dominasi oleh orang-orang Ubian yang menjadikan laut sebagai sumber kehidupan mereka. Turut dipaparkan adalah senarai leksikal bahasa Ubian yang diubah suai daripada senarai kata Swadesh sebagai catatan dan dokumentasi awal tentang bahasa masyarakat ini.
Kata kunci: Bahasa Ubian; Pulau Mantanan; fonologi; inventori fonem; Kota Belud
ABSTRACT: Ubian community can be found not only in the state of Sabah. They can also be found throughout coastal islands along the southern Philippines archipelago, Sabah east coast and west coast. Originally most Ubian inhabited the archipelagos before they moved to the coast on the mainland. Although they have become part of a minority group in Sabah, however, not much-written work yet been made for them. Most of the writing focused on the Bajau people who are the majority in the Bajau family language group. Therefore, the discussion in this paper will only focus on the phoneme inventory and basic lexical language of Ubian. The Ubian language data in this discussion is a result of fieldwork on the island of Mantanani, Kota Belud. The island of Mantanani is located 140km from the city of Kota Kinabalu which is dominated by the Ubian people who make the sea as sources of living. Also to display a list of the modified Ubian lexical languages from the Swadesh word list as an early entry and documentation of the language of the community.
Keywords: Ubian language; Mantanani Island; phonology; inventory phoneme; Kota Belud
Full Text:
PDFReferences
Abdullah Hassan. 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Asmah Hj. Omar. 1983. The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Alwasilah, A. Chaedar. 2011. Linguistik: Suatu Pengantar. Bandung: Angkasa.
Buku Tahunan Perangkaan Sabah. 2015. Kota Kinabalu: Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sabah.
Collins, J. T. 1983a. Dialek Pahang: Rangka Pengenalan. Jurnal Dewan Bahasa 27: 7-118.
Collins, J. T. 1983b. Dialek Ulu Terengganu. Monograf 8. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J. T. 1985. Dialek Melayu Pulau Tioman dan Rekonstruksi Bahasa Melayu Purba. Jurnal Dewan Bahasa 5: 369-383.
Collins, J. T. 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J. T. 2005. Ibanic Languages in Kalimantan Barat, Indonesia: Exploring Nomenclature, Distribution and Characteristics. Borneo Research Bulletin 35: 17-47.
Collins, J. T & Chong Shin (eds.). 2010. Bahasa di Selat Makassar dan Samudera Pasifik. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu.
Ethnologue – Ubian [https://www.ethnologue.com/language/ssb]
Fisiak, Jacek. 1992. Language and Languages: Contrastive Linguistics; Study and Teaching. New York: Pergamon.
Halina Sendera Mohd Yakin. 2003. Akulturasi Imigiran Filipina Generasi Pertama dan Kedua di Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Harimurti, Kridalaksana. 2008. Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Hock, H. Henrich. 1986. Principle of Historical Linguistics. Berlin: Mouton de Gruyter.
Ismail Ibrahim, Mohamad Azareen Aminullah, Humin Jusilin, Mohammad Pu’ad Bebit & Zaimie Sahibil. 2013. Warisan Seni dan Budaya: Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Mohd Jirey Kumalah, Gusni Saat, Jabil Mapjabil, Rosazman Hussin, Teuku Afrizal, Mustapa Abu Talip. 2015. Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah. GEOGRAFIA: Malaysian Journal of Society and Space11(12): 112 - 128.
Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A. H., Rahim Aman. 2013. Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. GEMA Online® Journal of Language Studies 13(3): 211-222.
Norfazila Ab. Hamid & Rahim Aman. 2014. Proses Pemanjangan Vokal dalam Dialek Hulu Sik Kedah: Satu Penerapan Teori Fonologi Generative Model Non-Linear. e-BANGI. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan 9(2):195-205.
Noriah Mohamed & Rohani Mohd Yusof. 2011. Pengelompokan Leksikostatistik Bahasa-Bahasa Peribumi di Sarawak. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Nurliayana Zainal Abidin & Adi Yasran Abdul Aziz. 2016. Perbandingan Inventori Vokal Dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN) 4(2): 73-81.
Rosazman Hussin & Velan Kunjuraman. 2015. Work Transformation from Fisherman to Homestay Tourism Entrepreneur: A Study in Mantanani Island Kota Belud, Sabah, East Malaysia. Jurnal Kemanusiaan 24(1): 15-29.
Saussure, de Ferdinand. 1981. Course in General Linguistics Ferdinand de Saussure. Sufolk: Montana.
Sidi Gazalba. 1981. Pengantar sejarah sebagai ilmu. Jakarta: Bhratara.
Warren, James. F. 1971. The North Borneo Chartered Company’s Administration of the Bajau 1878-1909: The Pacificationof a Maritime Nomadic Peoples. International Series of Southeast Asia no. 22.
Yusriadi. 2006. Batas Etnik Dayak-Melayu di Kalbar: Perspektif Linguistik. Dlm. Chong Shin, Karim Harun & Yabit Alas (eds.). Reflections in Borneo Rivers. Pontianak: STAIN Pontianak Press.
Zaimie Sahibil. 2016. Ritual Adat Korban dalam Adat Masyarakat Ubian. Gendang Alam 6: 17-26.
Informan
En. Albi Alat (63 tahun) Kampung Padang, Pulau Mantanani, Kota Belud.
Puan Harbia binti Saiani (39 tahun) Kampung Padang, Pulau Mantanani, Kota Belud
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia