Retorik Naratif dalam Novel “Orang Kota Bharu” (Narrative Rhetoric in Novel “Orang Kota Bharu”)

NURUL AIN ABDUL RAZAK, CHE IBRAHIM SALLEH

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini merupakan penelitian secara tekstual dan kontekstual terhadap novel Orang Kota Bharu karya Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis retorik dan meneliti beberapa elemen retorik yang digunakan. Pengkaji memanfaatkan teori retorik moden oleh Enos dan Brown (1993) untuk menjelaskan makna kata yang halus sifatnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengarang mementingkan retorik jenis naratif untuk menyampaikan pemikiran beliau. Novel ini bertemakan sejarah masyarakat Kota Bharu selepas kemerdekaan negara dengan mengetengahkan beberapa isu politik, ekonomi, keagamaan dan sosial. Berdasarkan analisis elemen retorik, didapati pengarang memanfaatkan bahasa figuratif yang merangkumi elemen metafora, anafora, repeten, epifora, simile, personifikasi, hiperbola, dan hibrida dengan berkesan. Pemanfaatan elemen ini dalam penulisan novel menjadikan bahasa yang digunakan halus dan mendalam. Tahap pemikiran yang tinggi diperlukan untuk memastikan bahawa pembaca memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh pengarang.

Kata kunci: Jenis retorik; elemen retori; makna kata; naratif; isu; bahasa figuratif

 

ABSTRACT: This study is an in-depth textual and contextual study of the novel Orang Kota Bharu authored by the national laureate S. Othman’s Kelantan. The focus of the study is the identification of the type of rhetoric and rhetoric elements used in the novel. The researcher employs modern rhetoric developed by Enos and Brown (1993) to explicate meaning. Finding suggest that the author places importance on rhetoric of a narrative structure. The theme in the novel forwards history of the Kelantan people and discusses issues related to independences, politics and economies and religious and social issues. The study also showed that the author used metaphorical elements, such as anaphoric, repeten, epiphora, simile, personification, hyperbola, and hybrid language as choices for figurative language effectively. This seems to show that these language element helped in making the language ‘soft’. However this means that a high level of critical and logical thinking is required for a true appreciation of the novel.

Keyword: Rhetoric type; rhetoric element; meaning of specific words; issue; figurative language


Full Text:

PDF

References


Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. 2007. Pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Hj. Omar. 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jasudin Mamat. 2000. Kajian Gaya Bahasa dalam Novel Tivi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keraf, Gorys. 2004. Argumentasi dan Narasi: Lanjutan komposisi III. Jakarta: Fukuzawa Pustaka Utama.

Lehmann, Alise & Françoise Martin-Berthet. 2000. Lettre Sup. Introduction à la Lexicologie - Sémantique Et Morphologie. Dunod: Nathan/HER

Letteri, R. 2002. A Handbook of Public Speaking. Boston: Ally and Bacon.

Rosli bin Abdullah. 2002. Analisis pembuka perbualan dalam novel-novel Melayu: Satu kajian makna. Tesis Master Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

S. Othman Kelantan, Abdullah Tahir. 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan. 2006. Orang Kota Bharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sobariah binti Baharum. 2008. Retorik dalam nove-novel Abdullah Hussain. Disertasi Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Zoriati binti Osman. 2005. Retorik pujukan: Kajian kes ceramah Haji Hadi Awang. Tesis Master Sastera, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia