Kamus dan Peranannya dalam Meningkatkan Minat Kanak-Kanak Mempelajari Bahasa (Dictionaries and Its Role in Increasing Interest in Children Language Learning)

NURUL AMINAH BASHARUDDIN, HASNAH MOHAMAD

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini berfokus kepada peranan dan pencarian ciri kamus yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa khususnya dari aspek leksikal. Leksikal diertikan sebagai perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, dalam erti kata yang lebih mudah leksikal merupakan kata-kata isi (content word), ertinya kata-kata yang mempunyai makna dan dapat berdiri dengan sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam sesuatu ayat. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengesahkan peranan kamus dalam menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dengan penerapan teori Behaviorisme Bertujuan. Objektif berikutnya pula adalah untuk mengenal pasti ciri kamus yang dapat membantu memperkembang kosa kata kanak-kanak. Penekanan pembelajaran bahasa hanya melibatkan penguasaan bahasa pada aspek leksikal sahaja, manakala ciri kamus pula dilihat pada lemma kamus. Penghuraian data akan dilakukan secara kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada 50 responden kanak-kanak berumur 6 tahun. Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan tinjauan, pemerhatian, rakaman dan soal selidik terhadap responden kajian. Soal selidik mencakupi soalan tentang pengetahuan berkaitan kamus serta maklumat berkaitan faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi penguasaan leksikal kanak-kanak. Responden juga diberi ujian kosa kata bagi mengenal pasti ciri kamus. Dapatan kajian membuktikan bahawa kamus merupakan medium yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari bahasa, manakala kamus yang mempunyai entri atau lemma yang sesuai didapati berupaya membantu kanak-kanak memperkembang kosa kata.

Kata kunci: Leksikal; kanak-kanak; teori Behaviorisme Bertujuan; kamus

 

ABSTRACT: This study focuses on the role and the search of dictionary’s characteristic that can attract children learning language, especially in terms of lexical. Lexical is defined as words or vocabulary of a language which in much easier words lexical is content word, which means words that have meaning and can stand on its own without looking at its use in a sentence. The main objective of this study was to verify the role of the dictionary in order to attract children to learn the language by applying the theory of Aim Behaviorism. The next objective was to identify dictionary’s characteristic that can help to expand children’s vocabulary. Emphasis on language learning only involves the mastery of language on lexical aspect, whereas the dictionary’s characteristic is seen in dictionary lemma. Description of data will be done qualitatively. The sample consisted of 50 respondents of 6 years old children. Researcher used field studies method by surveys, observation, recording and questionnaire towards research respondents. The questionnaire covers questions about knowledge of dictionary and information related to linguistic environmental factors that influence children’s lexical mastery. Respondents were also given the vocabulary test to identify dictionary’s character. The findings proved that dictionary is a medium that can attract children to learn the language, while the dictionary that has the appropriate entry is able to help children develop their vocabulary.

Keywords: Lexical; child; Aim Behaviorism theory; dictionary


Full Text:

PDF

References


Ahmad Hasbullah, Abd Rauf & Che’ Radiah. 2005. Penggunaan Kamus dalam Proses Pembelajaran Bahasa Arab di Kalangan individu Sekolah Menengah Tinggi Agama.

Carter, R. & McCarthy, M. 1988. Vocabulary and Language Teaching. London: Longman.

Diab, T. A. & Jihad M. Hamdan. 1999. Interacting with worlds and dictionaries: The case of Jordanian EFL students. International Journal of Lexicography 12.

Halliday, M.A.K. 1978. Language as a Social Semiotic. London: Edward Arnold Publication.

Izard C.E. 1977. Human Emotions. New York. Plenum Press.

Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Kanak-kanak dan Dewasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lew Teck Onn. 1994. Perkembangan dan pemasalahan perkamusan Melayu untuk KBSR dan KBSM. Seminar Perkamusan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Melayu. 20-21 Disember.

Mat Nor Hussin dan Abdul Rashid Daing Melebek. 2010. Pemerolehan dan pembelajaran bahasa. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Noraziah Ahmad Ghazali. 2000. Kecekapan Pengguna Kamus Ekabahasa Dalam Meningkatkan Pengembangan Kosa Kata. Tesis Sarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. 2010. Sosisokognitif pelajar remaja terhadap Bahasa Melayu. GEMA Journal of Language Studies10(3).

Nunan, D. 1991. Language Teaching Methodology. Hertfordshire: Phoenix ELT.

Puteri Roslina Abdul Wahid. 2004. Bahasa Antara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Summers, D. 1998. The role of dictionaries in language teaching. Dlm. Vocabulary and Language Teaching, disunting oleh Carter, R. & McCarthy, M. London: Longman.

Tomaszcyk. J. & Lewandowska, B., sunt. 1990. Meaning and Lexicography Philadelpia: J. Benjamin Publication.co

Wild, K., Kilgarriff, A. & Tugwell, D. 2012. The Oxford Children’s Corpus: Using a children’s corpus in lexicography. International Journal of Lexicography 26(2): 190-218.

Yusof bin Mat. 1995. Dictionary Use in the Teaching of English. Fakulti Linguistik dan Bahasa Moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2004. Penggunaan kata ganti nama ‘dia’ dan ‘kita’ dalam pertuturan kanak-kanak Melayu: Satu analisis pragmatik. Jurnal Dewan Bahasa 4(1): 187.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Normaliza Abd. Rahim, 2007. Penggunaan Gambar Dalam Pembelajaran Bahasa. Cendekia. Jabatan Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia