Metafora Konsep MANUSIA IALAH HAIWAN dalam Peribahasa Melayu dan Perancis Berkaitan Metafora Haiwan Kesayangan (Conceptual Metaphor of PEOPLE ARE ANIMALS in Malay and French Proverbs Related to Pets Metaphor)
Abstract
ABSTRAK: Peribahasa sebagai medium penyampaian mesej secara tersirat telah menjadi fokus kajian ramai penyelidik. Metafora, khususnya metafora konsep menjadi salah satu lapangan kajian peribahasa yang menjadi tumpuan. Unsur-unsur alam yang berada di sekeliling manusia seperti yang terdapat dalam Rantaian Utama Kejadian diadaptasi oleh manusia untuk digunakan sebagai perlambangan kepada konsep, atau dalam kata lainnya sebagai metafora konsep dalam peribahasa. Salah satu daripada jenis-jenis metafora yang digunakan dalam bahasa-bahasa dunia termasuk bahasa Melayu dan Perancis untuk menzahirkan metafora konsep MANUSIA IALAH HAIWAN, ialah metafora haiwan kesayangan, iaitu metafora kucing dan anjing. Penggunaan metafora kucing dan anjing dalam dua bahasa menimbulkan persoalan sekiranya terdapat persamaan dari sudut metafora konsep dalam peribahasa ataupun hanya perbezaan semata-mata oleh sebab perbezaan bahasa itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan 4 metafora konsep yang sama dianalisis dalam peribahasa Melayu dan Perancis di samping perbezaan metafora konsep yang pelbagai. Persamaan-persamaan dengan jumlah yang kecil berbanding perbezaan metafora konsep ini membuktikan kesejagatan metafora bukanlah dalam bentuk yang menyeluruh. Di samping itu, metafora konsep ini juga menambahkan lagi skema metaforikal haiwan sedia ada.
Kata Kunci: Metafora konsep; MANUSIA IALAH HAIWAN; haiwan kesayangan; peribahasa Melayu; peribahasa Perancis
ABSTRACT: Proverbs as a medium to deliver messages in an implicit manner has become the focus of many researchers. Metaphor, particularly conceptual metaphor is one of the research domains in the study of proverbs. Elements of nature which surround humans as stated in The Great Chain of Being were adopted by people to be utilized as symbols to concepts; or in another term, as conceptual metaphors in proverbs. Pets, namely feline and canine metaphors, is a type of metaphor used in proverbs in world languages; including Malay and French to represent humans, thus contributing to conceptual metaphor People Are Animals. Behind the existence of cat and dog metaphors, a question arises whether there are similarities of conceptual metaphor, or only variances are available due to the difference in the language itself. The results show that there are four similarities in Malay and French proverbs but with a higher number of differences in conceptual metaphors. This small amount of similarities compared to the differences demonstrates the noncomprehensive form of metaphor’s universality. The study concludes that the conceptual metaphors analysed will add to the present animal metaphorical schemes.
Keywords: Conceptual metaphors; PEOPLE ARE ANIMALS; pets; Malay proverbs; French proverbs
Full Text:
PDFReferences
Ashliman, D.L. 2013. Cat and Mouse. Diambil daripada http://www.pitt.edu/
Asri Selamat. 2009. Kesamarataan gender dalam bidang industri di Malaysia: Adakah wanita telah bersedia? Tesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Berkovic, D. 2014. Beware of the dogs: The position and role of dogs in biblical discourse. International Journal of Literature and Arts 3(1): 7-11.
Gentner, D., Bowdle, B.F., Wolff, P., & Boronat, C. 2001. Metaphor is like analogy. In Gentner, D, Holyonk, K.J. & Kokinov, B.N. (Eds.) The analogical mind: Perspectives from cognitive sciences. Cambridge MA: MIT Press.
Bulman, F. 1998. Dictionnaire des Proverbes : AnglaisFrançais et Français-Anglais. Diambil daripada https://books.google.com.my/.
Chen, S.F., & Chen, L.C.L. 2011. What animals reveal about grammar and culture: A study of animal metaphors in Mandarin Chinese and English. Journal of National Taiwan Normal University: Linguistics & Literature 56(2): 121-152.
Chollet, I., & Robert, J. 2011. Les Expressions Idiomatiques. Paris : CLE International.
Hashim Musa, Normahdiah Sheik Said, Rozita Che Rodi & Siti Sarah Ab Karim. 2012. Hati budi Melayu: Kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang. GEMA Online Journal of Language Studies 12(1): 163-182.
Jiang, F., & Wen, X. 2014. A comparative study of English and Chinese animal “rooster” metaphor from the cognitive perspective. Canadian Social Science 10(4): 66-70.
Kiełtyka, R., & Kleparski, G.A. 2005. The ups and downs of the great chain of being: the case of canine zoosemy in the history of English. SKASE Journal of Theoretical Linguistics 2(1): 22-41.
Kövecses, Z. 2008. Universality and variation in the use of metaphor. Dalam Johannesson, N.L. &. Minugh, D.C (Ed.). Selected Papers from the 2006 and 2007 Stockholm Metaphor Festivals. Stockholm: Stockholm University.
Kövecses, Z. 2010. Metaphor and culture. Philologica 2(2): 197-220.
La Mésangère, P.A.L. 1823. Dictionnaire des Proverbes Français. Diambil daripada https://books.google.com.my/.
Lakoff, G., & Johnson, M. 1980. Metaphors we live by. Chicago: University of Chicago Press.
Lakoff, G., & Turner, M. 1989. More than cool reason: a field guide to poetic metaphor. Chicago: Chicago University Press.
Linternaute Proverbe. Diambil daripada www.linternaute.com/proverbe.
Muammar Ghaddafi Hanafiah & Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. 2015. Kontroversi program “I want to touch a dog” dalam media kontemporari daripada perspektif Melayu. Jurnal Komunikasi 31(2): 195-210.
Noor Aina Dani. 2005. Peribahasa bahasa Melayu-peribahasa bahasa Cina: merungkaikan persamaan makna dan pertentangan dedua. Jurnal Bahasa 5(3): 132-161.
Nurul Nadia Muhammad dan Sabariah Md. Rashid. 2014. Cat metaphors in Malay and English proverbs. Procedia -Social and Behavioral Sciences 118: 335 – 342.
Sommer, R., & Sommer, B.A. 2011. Zoomorphy: Animal metaphors for human personality. Anthrozoös 24(3): 237–248.
Wan Norasikin Wan Ismail. (t.t.) Kucing dalam peribahasa Melayu. Diambil daripada http://klikweb.dbp.my/
Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011. Peribahasa Melayu: Penelitian makna dan nilai. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia