Faktor Ekstralinguistik terhadap Sikap Pembelajaran Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Asing di Universiti Terpilih di Malaysia (Extralinguistics Factors: Attitudes in Second Language Learning Among Foreign Students in 5 University of Malaysia)

NURUL AIN AHMAD, ROHAIDAH KAMARUDDIN

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini melibatkan faktor ektralinguistik iaitu sikap dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di lima buah universiti di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan menganalisis faktor yang paling dominan dalam sikap instrumental dan integratif berdasarkan pelajar asing yang dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati sikap positif pelajar asing dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Responden kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam kajian ini pengkaji mengaplikasikan Teori Sikap terhadap Bahasa oleh Zimbardo & Leippe (1991) dalam Rohaidah Kamaruddin (2012). Teori Sikap terhadap Bahasa oleh Zimbardo & Leippe (1991) membicarakan tentang unsur - unsur yang mempengaruhi keseluruhan sikap seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Keseluruhan sampel kajian adalah seramai 150 orang daripada 27 buah negara. Dalam kajian ini didapati asas sikap ini terbahagi kepada instrumental dan integratif. Sekiranya seseorang itu belajar bahasa untuk mengenali sesuatu bangsa, memahami budaya melalui bahasa bangsa tersebut, ianya dipanggil integratif. Manakala instrumental pula merujuk kepada keinginan mempelajari bahasa tanpa ingin menjadi sebahagian daripada bangsa tersebut atau untuk sesuatu tujuan. Hasil daripada dapatan dan kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih pemboleh ubah sikap integratif sebagai pemboleh ubah yang paling dominan. Hal ini menunjukkan pembelajaran bahasa Melayu sangat berguna dan menggembirakan mereka. Secara keseluruhannya, sikap integratif dalam kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding sikap instrumental.

Kata kunci: Ekstralinguistik; sikap; bahasa Melayu; intrumental; integratif; penutur asing

 

ABSTRACT: This study involves extracurricular factors which are the attitude of learning second language among foreign students in five universities in Malaysia. The first objective of this study is to identify the factors that influenced the attitude of foreign students towards learning Malay language. Secondly, the research analyzes the most dominant factor in instrumental and integrative attitudes based on the foreign students studied. In this study, researchers found positive attitude of foreign students in learning Malay as a second language. The respondents were a group of foreign students from five local universities namely, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), University of Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), and Universiti Sains Malaysia (USM). The research applied the Attitudes Theory of Language by Zimbardo & Leippe.This theory discuses about the elements that influence one’s overall attitude toward the language learned. The domain gathered from the attitude studied are divided into instrumental and integrative. In this research, the understanding to the culture through the language of the nation, is called integration. While the instrumental refers to the desire to learn the language without wanting to be part of the nation or for any purpose. Research results indicate that foreign students choose integrative attitude as the main variables. This implies that learning of Malay language is very useful and encouraging to the respondents. Overall, the research concludes that integrative attitudes among foreign students are at the highest level compared to instrumental attitudes.

Keywords: Extralinguistic; attitude; Malay language; instrumental; integrative; foreign student


Full Text:

PDF

References


Ab. Halim Mohamad dan Wan Mohammad Wan Sulung. 2006. Antara Minat dan Sikap Pelajar terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian ke Atas Pelajar Sarjana Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-5. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Halaman 9 - 18.

Akta Pendidikan. 1996. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ellis, R. 1985. Understanding Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press.

Gardner, R.C. 2005. Integrative Motivation and Second Language Acquisition. Canadian Association of Applied Linguistics/ Canadian Linguistics Association Joint Plenary Talk. London, Canada: The University of Western Ontario.

Gardner, H. 1978. Development Psychology: An Introduction. Boston: Little Brown.

Krashen. 1981. Second Language Acquisition and Second Language Learning. Oxford: Pergamond Press

Noor Aina Dani. 2000. “Statistik Asas” Modul Kaedah Penyelidikan dalam bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2006. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rohaidah Kamaruddin. 2012. Hubungan Faktor Ekstralinguistik Bahasa Kedua dengan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar-pelajar Melayu di Negeri Sembilan. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Roshidah Hassan. 2017. Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Perancis. GEMA Online Journal of Language Studies 17.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia