Latar Geografi Maritim dan Akal Budi Melayu dalam Pantun (Maritime Geographical Setting and Malay Mind in Pantun)

MAULANA AL-FIN CHE MAN, NOR HASHIMAH JALALUDDIN, JUNAINI KASDAN

Abstract


ABSTRAK: Struktur latar geografi maritim di Nusantara banyak dicatatkan dalam pantun-pantun tradisional Melayu. Alam geografi terbahagi kepada dua, iaitu geografi fizikal dan geografi manusia. Masyarakat Melayu lebih banyak menggunakan latar geografi fizikal yang melibatkan alam sekeliling dalam penciptaan pantun. Nilai estetika pantun dapat dilihat melalui pemilihan leksikal dan makna yang tepat, pemikiran dan falsafah yang keseluruhannya terkandung dalam rangkap pantun. Walaupun telah banyak kajian lalu berkaitan pantun dijalankan, namun kebanyakan kajian hanya menghuraikan makna pantun secara deskriptif berpandukan bait-bait pantun. Kajian pantun berasaskan teori, seperti Teori Relevans dan Teori Medan Makna hanya terhenti pada peringkat kognitif. Kajian pantun yang berlandaskan pendekatan semantik inkuisitif pula lebih tertumpu kepada elemen flora dan fauna berbanding latar geografi maritim. Bagi mengisi kelompangan kajian lalu, maka kajian ini akan memberikan tumpuan kepada unsur maritim dalam pantun, khususnya latar geografi maritim berteraskan pendekatan semantik inkuisitif. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk (1) mengenal pasti geografi tempat (maritim) berdasarkan unsur geografi yang terdapat dalam pantun tradisional Melayu, seperti pulau, tanjung, kuala, teluk, laut dan pantai; (2) menghuraikan hubung kait pembayang dan makna pantun yang mengandungi unsur geografi tempat (maritim) secara lebih mendalam, sehingga menemui falsafah dan akal budi Melayu. Data kajian ini difokuskan kepada pantun yang berunsurkan geografi tempat (maritim) daripada buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2013). Sebanyak 408 pantun yang mempunyai leksikal geografi tempat (maritim) dianalisis menggunakan konsep ad-hoc dan pendekatan semantik inkuisitif. Hasil kajian mendapati bahawa objek ‘tanjung’ bersifat metafora dan dianalogikan kepada ‘tapak kasih sayang’, manakala objek ‘pulau’ pula dianalogikan kepada ‘jarak kasih sayang’. Pemilihan objek ‘tanjung’ dan ‘pulau’ membuktikan kehalusan akal budi Melayu yang mengasosiasikan objek tersebut dengan pemeringkatan dan kesantunan dalam amalan berkasih sayang masyarakat Melayu terdahulu.

Kata kunci: Geografi; maritim; pantun; akal budi; semantik inkuisitif

ABSTRACT: The Malay pantuns illustrate the structure of the Malay archipelago’s geographical setting (maritime). Geography is classified into two categories: physical and human geography. Malay society makes more use of physical geographical contexts in the writing of pantuns. The aesthetic value of pantuns can be determined by the lexical choice and the specific meanings, concepts, and philosophies contained solely within the pantun’s verses. Although much research has been carried out on pantuns, most merely elaborate the meaning descriptively based on the words themselves. Theories such as Relevance Theory and Mean-Field Theory only emphasize the cognitive level. Meanwhile, an inquisitive semantic approach focuses more on flora and fauna. Therefore, this study concentrates on maritime elements found in the pantun based on an inquisitive semantic approach. Specifically, this study aims to (1) identify the geographical settings (maritime) based on the elements found in Malay pantun, such as islands, headlands, estuaries, bays, seas, and beaches; and (2) to describe the relationship of allusion and the meaning of pantun that contain geographical settings (maritime) concerning the Malay philosophy and mind. The data was gathered based on the book entitled Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (2013) that contains geographical settings (maritime). 408 pantuns, including lexical geographical settings (maritime), were analyzed using ad-hoc concepts and an inquisitive semantic approach. The findings indicate that the ‘headland’ is metaphorical and comparable to a ‘love setting,’ but the ‘island’ is equivalent to a ‘love distance.’ The selection of ‘headland’ and ‘island’ demonstrates the intricacy of the Malay mind, which relates the object with the degree and decency of the love practices of the olden Malay community.

Keywords: Geography; maritime; pantun; Malay mind; inquisitive semantics


Full Text:

PDF

References


Asep Saefullah. 2016. Tumasik: Sejarah Awal Islam di Singapura (1200-1511 M). Jurnal Lektur Keagamaan 14 (2): 419-456.

Azhari Muda. 2021. Pengalaman dan kerjaya sebagai nelayan di Pantai Timur, Terengganu. Temu bual, 5 April.

Cakkarudie. 28 April 2012. Gunung Daik. https://www.flickr.com/photos/cakkarudie/6985302368. html [28 Oktober 2021].

Carston, R. 2002. Thought and Utterance. Oxford: Blackwell.

Dragos Simandan. 2020. Distance. Dlm. International Encyclopedia of Human GeographyEdisi kedua. hlm. 393-397. Canada: Brock University.

Hassan Ahmad. 2003. Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk Epistemologinya. Bangi. Akademi Kajian Ketamadunan.

Ibrahim Komoo. 2016. Geotapak batu jatuh Tanjung Mali. https://ibrahimkomoo.com/2016/09/12/geotapak-batujatuh-tanjung-mali/. Html [18 Julai 2021].

Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan. 2017. Refleksi dualisme ‘durian timun’ dalam peribahasa Melayu: pendekatan semantik inkuisitif. Jurnal Linguistik 21(2): 1-14.

Jusoh bin Embong. 2021. Pengalaman dan kerjaya sebagai nelayan di Pantai Timur, Terengganu. Temu bual, 4 April.

Kamal Roslan Mohamed. 2014. Pembangunan lestari sumber warisan untuk kesejahteraan masyarakat setempat. AP2014-007. https://www.ukm.my/lestari/news/warisan semulajadi-Tanjung-Mali/ html [17 Julai 2021].

Kamus Dewan Perdana. 2020. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalila Ilia & Mohd Faizal. 2014. Makanan dalam pembayang pantun Melayu berdasarkan Kumpulan Kurik Kundi Merah Saga: satu pengamatan awal. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 167-180.

Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Lingga. 25 Mei 2014. Patahnya Gunung Daik. https://linggabundatanahmelayu.wordpress.com/2014/05/25/patahnya-gunung-daik/. html [28 Oktober 2021].

Madiawati Mamat@Mustaffa, Nurhamizah Hashim dan Eizah Mat Hussain. 2020. Manifestasi perpaduan dalam era Malaysia baharu melalui kumpulan pantun warisan. Jurnal Melayu 19(1).

Maizura dan Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Metafora kritikan dalam mitos peminangan Puteri Gunung Ledang: Analisis pragmatik. MELAYU: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 11(1).

Majlis Perbandaran Port Dickson. 18 Julai 2021. Rumah Api Tanjung Tuan. http://www.mppd.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/rumah-api-tanjung-tuan. [22Julai 2021].

Maulana Al-Fin dan Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Unsur burung dalam pantun: analisis semantik inkuisitif. Jurnal Wacana Sarjana 2(1). Bangi. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Rashid Md Idris. 2011. Nilai Melayu dalam Pantun. Perak: Penerbit UPSI.

Muhamad Fadzllah Hj Zaini. 2015. Analisis pemetaan metafora unsur flora dan fauna dalam pantun Melayu: satu tinjauan awal. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu IX. UPM.

Muhammad Haji Salleh. 2011. Sailing the archipelago in a boat of rhymes pantun in the Malay world. Vol. 13(1) (April 2011):78-104. Indonesia. Faculty of Humanities, University of Indonesia.

N. Suratno. 1994. Peta Geologi dan Potensi Bahan Galian NusaTenggara Barat. Lembar Lombok dan Sumbawa. Sekala 1: 250.000. Kanwil DPE, NTB, Mataram.

Ngah Mat Zin. 2021. Pengalaman dan kerjaya sebagai nelayan di Pantai Timur, Terengganu. Temu bual, 5 April.

Nik Safiah Karim. 2006. Keindahan Bahasa Melayu dalam Pantun. Rogayah A. Hamid dan Jumaah Ilias, Pandangan Semesta Melayu Pantun. 1-32. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2007. Budaya penyelidikan bertamadun. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman (pnyt). Linguistik: Teori dan Aplikasi, hlm. 16-37. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2014. Semantik dan Akal Budi Melayu. Syarahan Perdana Jawatan Proffesor. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2019. Ulam-ulaman dan akal budi Melayu. Prosiding Seminar Gastronomi Melayu Kebangsaan (SEGEMUK 2019), hlm. 59-76. Bangi. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2020a. Objek dalam metafora dan akal budi Melayu. MELAYU: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 13(2): 199-222.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2020b. Kecendekiaan Melayu Melalui Bahasa Sastera dan Budaya Sumbangsih untuk Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Nur Ain Nasir, Zuraidah Jantan dan Rozaimah Rashidin. 2019. Imej Wanita Dalam Pantun Melayu. Prosiding Seminar Linguistik Kebangsaan (SLiK2019), hlm. 496-503 Kuala Lumpur. Persatuan Linguistik Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

P. Astjario dan I.N. Astawa. 2005. Proses terbentuknya Pulaupulau Wisata, Gili Trawangan, meno dan air, akibat aktifitas gunung api bawah laut di Pamenang, Kabupaten Lombok Barat. Bandung: Jurnal Geologi Kelautan 3(1): 28-34.

Reenow, Linda L. 1995. World Geography. N.J. Neelham: Silver Burdett Ginn Town.

Salinah Jaafar. 2018. Unsur alam dalam pantun peribahasa bahasa Melayu. Dlm. Nor Hashimah Jalaluddin dan Maslida Yusof (pnyt.) Kiasan Kognitif dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit UKM.

Sinclair. J. 2004. Trust the Text: Language, Corpus and Discourse. (pnyt.) Ronald Carter: London & New York. Routledge & Francis e-library.

Siti Khairiah. 2012. Unsur feminisme dalam pantun Melayu. PENDETA: Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu Jilid 3. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suharyono F. V. & Moch. Amien. 1994. Pengantar Geografi Filsafat. Jakarta: Direktorat Jendral Pendidikan Tinggi Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

UNCLOS, Malaysia. 1982. Hukum laut antarabangsa fasal 121. Dlm. Garis Panduan Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-pulau dan Taman Laut 2015. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Xu You Nian. 2015. Kajian Perbandingan Pantun Melayu dengan Nyanyian Rakyat Cina / (Penulis). Ding Choo Ming dan Goh Sang Seong (Penterjemah). Selangor: Strategic Information and Research Development Centre.

Za’ba. 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan Teh dan Nik Hassan Shuhaimi. 2016. Sejarah Tamadun Alam Melayu - Asal Usul Melayu, Induknya Di Benua Sunda. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zahir Ahmad. 2005. Pantun Melayu sebagai manifestasi sosiobudaya dan pensejarahan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu 16: 241-254.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia