Aktiviti Riadah Kesultanan Melayu Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa Berdasarkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu (Recreational Activities of The Sultanate of Kedah in Hikayat Merong Mahawangsa Based on The Individual Leisure Spectrum Theory)

KHAIRUL ZAINIE JASNI, SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD

Abstract


ABSTRAK: Riadah merupakan aktiviti masa lapang yang membolehkan individu untuk memilih terlibat dengan aktiviti lasak mahupun yang bersifat santai. Dalam karya agung Melayu mencatatkan tentang aktiviti riadah golongan pemerintah. Namun demikian, kajian terhadap aspek ini sukar diperoleh kerana keterbatasan penulisan mengenainya. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan tentang topik ini dengan meneliti Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan perbincangan. Objektif kajian adalah mengenal pasti dan menganalisis aktiviti riadah yang dijalankan oleh pemerintah Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Kaedah kepustakaan akan digunakan dalam penulisan ini dengan menerapkan Teori Spektrum Kesenggangan Individu yang diperkenalkan oleh Bammel, G dan Bammel L.L.B. Hasil kajian mendapati lima daripada tujuh prinsip adalah selari dan diperoleh menerusi naskhah kajian iaitu pemuliharaan diri, kecergasan fizikal, berehat, sosialisasi, dan refleksi. Kesimpulannya, aktiviti riadah yang dijalankan oleh raja-raja Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa mampu memberi satu dapatan baharu dalam kepustakaan Melayu dan seterusnya memberikan informasi terhadap pembaca mengenai bentuk aktiviti riadah yang diamalkan oleh raja-raja Melayu suatu ketika dahulu.

Kata kunci: Riadah; Hikayat Merong Mahawangsa; Kesultanan Melayu Kedah; Teori Spektrum Kesenggangan Individu; Melayu

 

ABSTRACT: Recreational activities are either recreational and leisure activities to choose to engage in extreme activities and relaxing activities. In the Malay masterpiece, the ruling class recorded recreational activities. However, studies on this aspect are difficult to obtain due to the limitations of writing about it. Therefore, this study will focus on this topic by researching Hikayat Merong Mahawangsa as a discussion material. The objectives of this study are to identify and analyze recreational activities carried out by the Malay rulers in Hikayat Merong Mahawangsa. The method of extinction will be used in this writing by applying The Individual Leisure Spectrum Theory introduced by Bammel, G and Bammel L.L.B. The findings showed that five of the seven principles were aligned and obtained through the study, namely self-preservation, physical fitness, rest, socialization, and reflection. In conclusion, recreational activities carried out by Malay rulers in the study copies were able to provide a new finding and thus inform to readers on the forms of recreational activities practiced by the Malay rulers a long time ago.

Keywords: Recreational; Hikayat Merong Mahawangsa; The Sultanate of Kedah; The theory of the Individual Spectrum; Malay


Full Text:

PDF

References


Azilah Kasim & Raslinda Mohd. Ghazali. 2006. Kepentingan, Peranan dan Isu-isu Pengurusan Rekreasi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Bammel, G. & Bammel L.L.B. 1996. Leisure & Human Behavior. Madison: Brown & Benchmark.

Boon Pong Ying. 2006. Amalan reflektif ke arah peningkatan profesionalisme diri guru. Jurnal IPBA 3(2): 102-109.

Dwita Oktaria. 2015. Refleksi Diri sebagai Salah Satu Metode Pembelajaran di Fakultas Kedokteran. Prosiding Seminar Presentasi Artikel Ilmiah Dies Natalis FK Unila ke-13.

Hasrina Baharum. 2016. Variasi landskap taman dalam karya melayu tradisional. Tunas Cipta 2: 08-11.

Hilmi Ibrahim.1991. Leisure and Islam. Leisure Studies 1(2): 197-210.

Jelani Harun. 2018. Riadah dalam Hikayat Misa Melayu. Dewan Sastera 8: 45-47.

K.H Choer Affandi. 2007. La Tahzan Innallaha Ma’ana: Bersama Allah di setiap Tempat dan Waktu. Bandung: Pt Mizan Pustaka.

M. Fadholi Moer. 2014. Menuntut ilmu sebagai transformasi perubahan paradigma. Jurnal Qathruna 1(1): 1-22.

Mohd Aizat Shamsuddin. Dimuat turun pada 9 Disember 2020. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/12/510373/memanah-sebagai-sukan-dan-simbol-kekuatantentera-islam

Mohd Shahrizal Nasir. 2015. Bersukan menurut Syarak. Dewan Tamadun Islam 12: 04-08.

Nik Muhammad Lokhman Hashim. 2018. Tanggapan Masyarakat Kota Baharu terhadap Aktiviti Riadah di Gua Ikan, Dabong. Universiti Malaysia Sarawak.

Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. 2006. Kepentingan Pemikiran dan Amalan Refleksi dalam Pengajaran Sains di Luar Bandar. Conference on Teacher Education. dimuat turun pada 15 Disember 2020 melalui (http://eprints.utm.my/id/eprint/2234/)

Siti Hawa Salleh. 1998. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Terbitan bersama Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya.

Umar Mukhtar Mohd Noor. Dimuat turun pada 1 Disember 2020. http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-alhadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke-109-kelebihanmenuntut-ilmu

Wan Muhammad Afiq Wan Muhammad Fauzan & Shariah Kartini Said Husain. 2017. Geometri Dalam Seni Tarian Tradisional Melayu. Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia