Pelestarian Permainan Muzik Kertuk dalam Kalangan Penduduk di Negeri Kelantan (Preservation of Kertuk as a Musical Ensemble Among the Locals in Kelantan)

- NUR HAZIRAH, ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA

Abstract


ABSTRAK: Muzik merupakan salah satu hiburan yang lahir daripada kearifan tempatan masyarakat setempat. Negeri Kelantan mempunyai beberapa permainan alat muzik yang sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Semenanjung. Satu daripadanya ialah kertuk. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan pelestarian muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan. Muzik kertuk merupakan satu warisan seni budaya tempatan yang jarang diketahui oleh generasi muda terutamanya di Kelantan. Justeru itu, bagi melihat pelestarian instrumen ini di Kelantan baik daripada segi pembuatan mahupun budaya permainan kertuk dalam kalangan masyarakat Kelantan, kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah gabungan yang melihat kepada kajian kepustakaan, temu bual dan survei umum menggunakan media sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa muzik kertuk masih diketahui oleh masyarakat di Kelantan tetapi ramai yang tidak pernah melihatnya dalam hidup mereka. Maklumat muzik kertuk yang mereka ketahui adalah daripada sumber buku atau daripada generasi terdahulu dan hanya segelintir sahaja yang pernah mendengar secara langsung. Dapatan kajian ini menguatkan langkah pelestarian yang diperlukan untuk melestarikan warisan muzik kertuk Kelantan dan golongan masyarakat perlulah lebih cakna dan prihatin dalam menyokong usaha penggiatpenggiat seni yang ada di negeri berkenaan.

Kata kunci: Pelestarian; kertuk; Kelantan

 

ABSTRACT: Music is one of the forms of entertainment originates from the wisdom of the local community. The state of Kelantan has several musical ensembles that are synonymous with the community of the East Coast. One of them is known as ‘kertuk’. This study is conducted to determine for the preservation of kertuk music as more and more young people no longer recognize it as a source of entertainment. The extinction of this heritage is seen as detrimental to the East Coast community. This research employed mixed method approach where literature research and interviews worked as the main data collection supported by general online survey through the social media. The research findings showed that kertuk music is still known by the younger generation, but most have never watched the performance before. Most respondents reveal that they found out about kertuk through readings besides heard the stories of this musical performances from their grandparents or the elderly. The findings of this research are hoped could increase the awareness and strengthening the effort to preserve Kertuk as part of the Kelantan cultural heritage.

Keywords: Preservation; kertuk; Kelantan


Full Text:

PDF

References


Ab Aziz Shuaib & Olalere Folasayo Enoch. 2013. Tha Kelantan’s traditional arts as indicators of suatainability: An introduction to its genius loci. Jurnal Sains Sosial 2(2): 87-100.

Ab Aziz Shuaib & Olalere Folasayo. 2011. The Weeping Cradle Kelantan’s Diminishing Arts. Retrieved from http://umkeprints.umk.edu.my/584/1/SKMBT_50112070923130.pdf.

Abdul Razak Mahmud. 2002. Ikhtisar Sejarah Kelantan (Tanah Serendah Sekebun Bunga). Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Aimi Huwaina dan Farhan Abdullah. 2017. Tradisi Kertuk kelapa terus dipertahan. Malaysia Aktif, 18 Ogos. http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=36287

Lee Elaine. 2007. Ethnic Musical Instrumen of Malaysia. Subang Jaya: Win Publication Sdn. Bhd.

Mohd. Asri Bin Yasud. 2018. Seni persembahan Kertuk di Kelantan. Kota Bharu. Temu bual 15 Oktober.

Mohd. Noor Bin Zakaria. 2018. Seni persembahan Kertuk di Kelantan. Kota Bharu. Temu bual 20 Oktober.

Nor Azlinda Alimin. 2012. Beduk tradisi tiada pengganti. http://polopoly.karangkraf.com:8080/preview/www/2.657/2.668/1.104961

Nurul Anuar Kari. 2017. Mengapa terikut budaya asing? Utusan Online, 21 Ogos. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mengapa-terikut-budaya-asing-1.517148

Nik Mustapha Nik Mohd. Salleh. 2009. Alat Muzik Tradisional Masyarakat Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Nik Mohamed Bin Nik Mohd Saleh. 2001. Warisan Kelantan. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Omar Farouk Bajunid. 1989. Esei-esei Budaya dan Sejarah Kelantan. Kuala Lumpur: Asrama Za’ba Universiti Malaya.

Patricia Matusky & Tan Sooi Beng. 2004. The Muzic of Malaysia The Classical, Folk and Syncretic Traditions. Burlington: Ashgate.

Patricia Matusky & Tan Sooi Beng. 2012. Muzik Malaysia Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rosalwani Che Soh. 2019 KRT Padang Lalang suburkan permainan Kertuk. Sinar Harian, 1 Februari. https://www. sinarharian.com.my/article/10805/EDISI/Kelantan/KRTPadang-Lalang-suburkan-permainan-Kertuk

Zawiyah Baba. 2010. Malay traditional woodcarving artefacts in Nik Rashiddin’s. International Jurnal of The Malay World and Civilization 28(2): 109-129.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia