Pengenalan kepada Sistem Vokal Bahasa Kedayan Varian Sibuti (Introduction to The Vocal System of Sibuti Kedayan Language)

NABILAH SYAZWANI NORASMAN, REMMY GEDAT

Abstract


ABSTRAK: Kaum Kedayan boleh ditemui di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Brunei. Di Sarawak, kaum ini merupakan kaum minoriti dan menetap di Limbang, Lawas, bahagian Sibuti di Miri dan sedikit di bahagian Bintulu. Bahasa Kedayan 80% berkognat dengan bahasa Melayu manakala 94% berkognat dengan bahasa Melayu Brunei. Namun demikian, bahasa ini mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu tiadanya penggunaan huruf ‘r’ dan hanya memiliki tiga vokal iaitu ‘i’, ‘a’, dan ‘u’ dalam kosa katanya. Makalah ini bertujuan untuk memperkenalkan sistem vokal bahasa Kedayan varian Sibuti (BKVS). Kaedah temu bual, pemerhatian dan catatan di lapangan digunakan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan senarai kata Swadesh dan ditambah dengan penggunaan beberapa domain perkataan seperti nombor, kata ganti nama diri, haiwan, tumbuhan, dan benda. Kajian ini dijalankan di Sibuti dengan melibatkan 4 orang penutur asli dan penduduk tetap di kawasan tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat tiga fonem vokal, iaitu /i, a, u/; enam alofon, [i, i͂, a, a͂, u, u͂]; dua diftong, /aw, aj/; dan enam rangkap vokal, /ia, iu, ai, au, ui, ua/ dalam bahasa Kedayan Varian Sibuti. Perbezaan hasil kajian pengkaji dengan pengkaji yang lain disebabkan oleh faktor geografi dan pengaruh daripada bahasa lain. Terdapat penyisipan bunyi hentian glotis dalam fonem vokal. Pengkaji juga mendapati pengguguran fonem /r/ dalam BKVS menyebabkan berlakunya rangkap vokal dan kepanjangan vokal dalam BKVS.

Kata kunci: Kedayan; fonologi; vokal; varian Sibuti; Sarawak

 

ABSTRACT: The Kedayan can be found in Sabah, Sarawak, Labuan and Brunei. In Sarawak, Kedayans are the minority who live in Limbang, Lawas, Sibuti in Miri, and Bintulu. Kedayan language is 80% cognate with the Malay language and 94% cognate with the Brunei Malay language. The language is uniqueas it does not have ‘r’ and they only have three vowels, ‘i’, ‘a’ and ‘u’ in their vocabulary. This article is written to give an introductory to Sibuti Kedayan vocal system. Interview, observation and field notes were used in this research. A list of Swadesh and a few domain words like number, pronoun, animal, plant, and things were used. This research involved four native speakers who live in the area. The results show that there are three phoneme vowels, /i, a, u/; six allophones, [i, i͂, a, a͂, u, u͂]; two diphthongs, /aw, aj/; and six vocal duplications, /ia, iu, ai, au, ui, ua/ exist in the language. The difference in the result between the researcher and other researcher is because of the geographical factor and the influence of other languages. The absence of /r/ in the language caused vocal duplication and the lengthening of vocal in the language.

Keywords: Kedayan; phonology; vocal; Sibuti varian; Sarawak


Full Text:

PDF

References


Amde Sidik. 2008. The Mystic of Borneo: Kadayan. Kuala Lumpur: Borneo Publisher.

Asmah Haji Omar. 2008. Susur Galur Bahasa Melayu (2nd ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar & Roseline Sandai. 2012. Fonologi Bahasa Iban. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awang Muhammad Jambol. 1995. Fonologi: Bahasa Kedayan. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Benedict Sandin. 1980. The Living Legends: Borneans Telling Their Tales. Sarawak: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Buku Tahunan Perangkaan Sarawak. 2008. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2000). Sarawak: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Bibi Aminah Abdul Ghani, Nazaruddin Haji Hamit, Mawi Taip, & Nong Nurnie Mohd Nistah. 2011. Makan Tahun: The Kedayan’s Annual Feast. Kuching: Pustaka Negeri Sarawak.

Brunei. 2016. In Ethnologue: language of the world. Retrieved from https://www.ethnologue.com/language/kxd (Tarikh Akses: 15 Februari 2019)

Clynes, A. 2001. Brunei Malay: An overview. Occasional Papers in Language Studies. Department of English Language and Applied Linguistics, University of Brunei Darussalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. 2006. Kamus KedayanMelayu, Melayu Kedayan (Cet. 1). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Harrison, T. 1972. The Advent of Islam to West and North Borneo. Malaysia Branch of the Royal Asiatic Society 45(1): 11-19.

https://goo.gl/images/MbtwvU (Tarikh akses:30 Januari 2019) Jones, D. 1956. Outline of English Phonetics. Cambridge: W. Heffer & Sons Ltd.

Lutfi Abas. 1985. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Normala Othman. 2016. Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Kedayan. Al-Hikmah 8(2) 2: 3-18.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia