Tipologi Pengurusan Pembangunan Etnik dalam Novel Terpilih (Typology Management of Ethnic Development in Selected Novels)

MAZNIDA MAHADI, TENGKU INTAN MARLINA TENGKU MOHD ALI, MARDIAN SHAH OMAR

Abstract


ABSTRAK: Pengurusan pembangunan mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk hubungan etnik. Kajian ini menganalisis tipologi pengurusan pembangunan etnik yang terdapat dalam novel kajian terpilih. Tipologi pembangunan dilihat melalui enam ruang, iaitu alam, manusia, sosial, dunia, kebudayaan dan waktu berpandukan Teori Pembangunan yang diperkenalkan oleh Johan Galtung tentang aliran ilmu ekonomi, faktor luaran dan pendekatan rentas ruang. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis enam ruang tipologi berdasarkan pengurusan pembangunan kendiri watak pelbagai etnik yang ditampilkan novel-novel kajian. Kajian ini dilakukan secara deskriptif, penelitian teks secara kritis terhadap struktur karya. Dapatan memperlihatkan pengurusan pembangunan sangat penting untuk merealisasikan kod atau kosmologi sesebuah budaya, hubungan etnik, melalui ruang alam, manusia, sosial, dunia, kebudayaan dan waktu. Kesimpulannya, tipologi pengurusan pembangunan etnik dalam novel terpilih hanya mewakili sebahagian kecil realiti yang berlaku dalam masyarakat dan dalam ruang manusia. Kematangan sistem merupakan kondisi kesihatan fizikal, mental, spiritual yang akhirnya dikenali sebagai pengurusan “pembangunan manusia” atau “realisasi diri”.

Kata kunci: Tipologi ruang; pengurusan pembangunan; hubungan etnik; pembangunan manusia; Johan Galtung

 

ABSTRACT: Development management encompasses all aspects of life, including ethnic relations. The purpose of this study is to examine the typology of ethnic development management found in the selected novel. The development typology is viewed through six spaces, namely, natural, human, social, world, cultural and time, and is based on Johan Galtung’s Development Theory on the flow of economic science, externalities and the approach across spaces. The study’s main goal was to examine the six types of typologies based on the multi-ethnic self-management development of characters in selected novels. This research is a descriptive, critical textual analysis of the work’s structure. The findings indicate that development management is critical to the code or cosmology of an ethnic relations culture in managing and developing themselves as well as the economy through natural, human, social, world, cultural and time. Finally, the typology of ethnic development management in selected novels represents only a small portion of the reality that occurs in society and human space. The system’s maturity as a state of physical, mental and spiritual health is eventually referred to as “human development” or “self-realisation.”

Keywords: Space typology; development management; ethnic relations; human development; Johan Galtung


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hussain. 1980. Konserto Terakhir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

Balamuralithara Balakrishnan. 2017. A novel module for cultivate unity and harmony in multicultural society through arts education. Journal for Multicultural Education 11(4): 306-322.

Chew Fong Peng. 2003. Peranan sastera kebangsaan dan persepsi dalam pembentukan perpaduan nasional: Satu kajian di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya.

Chew Fong Peng. 2008. Persepsi khalayak terhadap pendidikan sastera perpaduan. Jurnal Alam dan Tamadun Melayu (SARI) 3-25.

Johan Galtung. 2003. Studi Perdamaian: Perdamaian, Konflik, Pembangunan, dan Peradaban. Terj. Asnawi & Safruddin. Indonesia: Pustaka Eureka.

Johan Galtung. 1996. Peace by Peaceful Means. Oslo: International Peace Research Institute.

Lim Swee Tin. 2015. Pemajmukan sastera: Menjanakan perpaduan bangsa. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.). Sastera Teras Negara Bangsa. Edisi Kemas kini, hlm. 353-366. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Mana Sikana. 2013. Berdiri di Akar Diri, Kritikan Sastera Melayu Pascamoden. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Misran Rokimin. 2006. Isu Pendidikan dan Pembangunan Insan menerusi Novel. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur’Ainy Ali. 2007. Kesusasteraan dan anda, generasi muda dan penerusan tradisi. Dlm. Jelani Harun (Eds.), Ilmu kesusasteraan abad ke-21 (pp.29-35). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Osman Ayob. 2018. Meniti Impian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Phat a/l Awang Deng. 2015. Perbezaan dan kepelbagaian; pemahaman dan penyatuan: makna tersurat dan tersirat dalam karya penulis pelbagai kaum. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.). Sastera Teras Negara Bangsa. Edisi Kemas kini, hlm. 353-366. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Rosli Ibrahim. 2016. Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya.

Shahnon Ahmad. 1967. Menteri. Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah.

Sohaimi Abdul Aziz. 2014. Dahsyatnya Kesusasteraan Memerihalkan Kehidupan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Zanyar Kareem Abdul & Jul. 2016. The race dynamics and the question of nationalism in Lloyd Fernando`s Green is the Colour (1993). International Journal of Scientific & Engineering Research 7(6).

Zurinah Hassan. 2015. Pemajmukan sastera demi perpaduan. Dlm. Mohamad Saleeh Rahamad & Rozlan Mohamed Noor (pngr.). Sastera Teras Negara Bangsa. Edisi Kemas kini, hlm. 367-376. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia