Nilai Patriotisme dalam Pantun Pak Nazel (Values of Patriotism in Pantun Pak Nazel)

AZIM NORMIZA AHMAD, SHAIFUL BAHRI MD. RADZI

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini membicarakan nilai murni dalam Pantun Pak Nazel dengan memberi tumpuan khusus ke atas nilai patriotisme. Data kajian berfokuskan kepada buku Pantun Pak Nazel yang mengandungi 1229 rangkap pantun yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2010. Kajian yang berorientasikan kajian kepustakaan ini mengaplikasikan teknik bacaan rapi. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Pantun Pak Nazel memang sesuai untuk dijadikan bahan tambahan pelajaran bahasa Melayu (Komsas) dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima. Koleksi pantun ini dilihat berpadanan dari segi 21 nilai-nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia. Pantun-pantun koleksi Hashim Mohamad (Pak Nazel) dapat mendidik khalayak pembaca terutama kalangan remaja dalam aspek nilai kehidupan supaya mempunyai jati diri dan warganegara yang bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara dengan mempunyai nilai patriotik yang utuh dalam diri. Didikan secara tidak langsung ini menggunakan pantun sebagai medium pengantara memberikan satu peluang suntikan secara halus menyampaikan hasrat Pak Nazel mengetengahkan nilai-nilai murni dalam pantun. Bahasa yang disampaikan amat sesuai dan bicara nurani dalam maksud-maksud pantun ciptaan Pak Nazel sampai kepada khalayak pembaca. Genre puisi tradisional ini telah memberi ruang dalam dunia pendidikan dalam penerapan nilai-nilai murni sesuai dengan perubahan masa dan tuntutan zaman.

Kata kunci: Pak Nazel; puisi tradisional; pantun; nilai murni; patriotisme

 

ABSTRACT: The moral principles in Pantun Pak Nazel are discussed in this essay, with a focus on patriotism values. Pantun Pak Nazel, a set of 1229 pantun verses published by Dewan Bahasa dan Pustaka in 2010, provided the basis for this study. The principles of patriotism were studied using a library analysis methodology. According to the results, Pantun Pak Nazel may be used as an additional guide in the topic Bahasa Melayu (Komsas) from lower secondary to upper secondary school. The pantun set is appropriate for teaching the Ministry of Education’s list of 21 moral values. The selection of pantun by Hashim Mohamad (Pak Nazel) would be able to educate the reader, especially the youth, on the importance of life and identity in being a responsible citizen. According to Pak Nazel, the study concludes that schooling by pantun offers a chance to tailor moral principles. The vocabulary is sufficient, and Pak Nazel’s purpose in the sense of the pantun he produced is conveyed effectively. Through instilling positive morals, this type of classical poetry has provided an evergreen forum in the academic world.

Keywords: Pak Nazel; traditional poetry; pantun; moral values; patriotism


Full Text:

PDF

References


Abd Rahim Abd Rashid. 2001. Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdul Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdul Rahman Abdul Aziz. 2009. Patriotisme Kemandirian Kita. Kuala Lumpur: Institut Pemikiran Dr. Mahathir Mohamad.

Berelson, B. 1952. Content Analysis in Communication Research. New York: New York Hafner Press.

Braginsky, V.I. 1998. Yang Indah Berfaedah dan Kamal: Sejarah Sastera Melayu dalam Abad 7-19. Jakarta: INIS.

Daillie, Francois-Rene. 1987. Alam Pantun Melayu, Studies on the Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2006. Membina Peribadi Muslim: Muhasabah Diri ke Arah Kehidupan yang Diredhai. Shah Alam: Karya Bestari.

Harun Mat Piah. 2003. Sastera Rakyat Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam: Satu Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hayati binti Osman. 2001. Johor dalam pantun Melayu. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu. 1989. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ishak Ramly. 2003. Teknik Mengajar Sastera: Buku Pegangan untuk Guru-Guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Batu Caves: PTS Publications & Distributors.

Mohd Nasir bin Salleh. 2008. Kumpulan pantun setia kasih untukmu Malaysia: analisis pengkaedahan Melayu. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ramli Raman. 1996. Pantun dalam seni persembahan Melayu. Dlm. Pantun Manifestasi Minda Masyarakat. Disunting oleh Wan Ab. Kadir Wan Yusoff. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

Mohd. Taib Osman. 1975. Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Thani Ahmad (pnys.). 1990. Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Hj. Salleh. 2010. Prakata Pantun Pak Nazel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nazel Hashim Mohamad. 2010. Pantun Pak Nazel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norwani Mohd. Nawawi. 2002. Songket Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Raslianaziazie Rasid. 2008. Motif Seri Rama dalam pantun dan mantera Melayu. Latihan ilmiah. Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosnah Julis. 1985. Unsur-unsur alam dalam puisi Melayu lama. Latihan ilmiah. Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sahlan Mohd Saman. 2005. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selobom a/p Doraisamy. 2001. Kemahiran berfikir dalam pantun-pantun Melayu. Latihan ilmiah. Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaiful Bahri Md. Radzi. 2002. ‘Pantun dua belas rangkap Mah Meri.’ Jurnal Pengajian Melayu 13: 40-54.

Wan Hashim Wan Teh. 2005. Transformasi budaya, peribadi dan minda Melayu. Dlm. Anwar Ridhwan (pngr.). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wilkinson, R.J. & Winstedt, R.O. 1957. Pantun Melayu. Singapura: Malaya Publishing House Limited.

Zainal Abidin Ahmad. 1952. Ilmu Mengarang Melayu. Singapura: Malaya Publishing House Limited.

Zainal Abidin Bakar (pnyt.). 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia