Padi dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif (Paddy in Malay Proverb: An Inquisitive Semantic Analysis)

JUNAIDI KASDAN, JULAINA NOPIAH

Abstract


ABSTRAK: Peribahasa dihasilkan melalui ilham yang tercetus akibat pengamatan dan tafsiran masyarakat silam terhadap alam persekitaran yang memperlihatkan ciri-ciri yang bertepatan dengan sifat manusia. Alam persekitaran dan keadaan sekeliling merupakan sumber inspirasi dan dijadikan simbol dalam sesuatu peribahasa. Penggunaan peribahasa berkaitan resam padi yang lazimnya menjadi ikutan masyarakat Melayu melalui sifatnya yang menunduk, memberikan ilham kepada pengkaji untuk meneroka akal budi yang tersembunyi di sebalik penciptaan peribahasa ini. Sehubungan itu, tulisan ini bukan sahaja ingin melihat hubungan antara bahasa dan pemikiran, tetapi sebaliknya cuba mencungkil akal budi Melayu menerusi resam padi yang ditonjolkan dalam peribahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif. Justeru itu, data peribahasa yang berkaitan diambil daripada pangkalan data www.malaycivilization. com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1989). Analisis rangka rujuk silang dilakukan terhadap deria rasa yang terdapat dalam kiasan Melayu berdasarkan data korpus yang wujud. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati resam padi yang menunduk telah dikonsepsikan sebagai sifat rendah diri. Tingkah laku positif dan negatif ditonjolkan menerusi perbandingan padi dan lalang dalam peribahasa. Kesimpulannya, peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu bukanlah sekadar ungkapan kosong yang menarik, tetapi sebaliknya tersembunyi pelbagai ilmu dan falsafah yang tinggi seandainya kita amatinya dengan teliti.

Kata kunci: Padi; peribahasa Melayu; akal budi Melayu; semantik inkuisitif (SI)

 

ABSTRACT: A proverb is created through the eruption of inspiration due to perception and past understanding of society towards the natural environment that shows characteristics that coincide with human nature. In some proverb, natural world and surroundings are a source of inspiration and rendered several symbol. The use of the paddy temperament proverb provides researchers with inspiring ideas to study the sensibility that is concealed behind this proverb. This paper therefore seeks to expose not only the relationship between language and thought, but also to try to use an inquisitive semantic approach to bring out the Malay way of thinking through the paddy temperament, as highlighted in the popular Malay proverb. Therefore, the proverb-related data collected from the www.malaycivilization.com database and from Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1989) were analysed. As such, the study of Malay proverbs relating to senses based on corpus data is extended to Bridging Cross Reference (RRS). A combination of the application of the RRS and broad cultural knowledge will allow the various interpretations of Malay proverbs to be generated to the extent of their ingenuity. The research discovered that the paddy temperament was conceptualised by the physical character of the paddy as modest characteristics of positive and negative behaviour. The study concludes that the Malay community’s proverb is not only a hollow phrase intended to attract native speakers, but it also upholds a lot of secret philosophical knowledge.

Keyword: Paddy; Malay proverb; Malay mind; inquisitive semantic (IS)


Full Text:

PDF

References


Al-Quran, Al-Furqan 25:63.

Al-Quran, Al-Luqman 31:18.

Abdullah Hassan. 1993. Bahasa kiasan. Jurnal Dewan Bahasa 37(10): 907-913.

Abdullah Hussain.1989. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 2005. Budaya dan bahasa kiasan. Jurnal Peradaban Melayu, Vol. April 2011 dalam penerbit. upsi.edu.my/website_ejurnal/jurnal%20site/./bab1.htm [15 April 2015].

Azam Rauzan. 2003. `Perang Mulut’ Bukan Cara Bijak Selesaikan Masalah. Rencana.

Bahren Umar Siregar. 2010. Emosi dan kebudayaan dalam bahasa kiasan. 1 April 2011 dalam http://sastra.um.ac.id/wp-content/uploads/2010/01/104-Bahren-Umar-SiregarLTBI-UAJ-Emosi-dan-Kebudayaan dalam-Bahasa kiasan.pdf

Charteris-Black, J. 2003. A Contrastive Cognitive Perspective on Malay and English Figurative Language. Dlm. K. M. Jaszczolt & K. Turner (eds.). Meaning Through Language Contrast. Pragmatics and Beyond New Series 99. Amsterdam & Philaephia: John Benjamin.

Dahlia Janan & Sri Lanang Jaya. 2013. Sang Budiman. Batu Caves: PTS Akedemia.

Djamaris Edward. 1985. Memahami dan Menghargai Peribahasa. Jurnal Dewan Bahasa 29(5):338-344.

Fransiska Yanti, Kacung Hariyono & Irwan Sadiman. 2014. Aplikasi Konsorsium Bakteri Terhadap Pertumbuhan dan Hasil pada Beberapa Varietas Padi http://repository.unej.ac.id/bitstream/handle/123456789/69210/FRANSISKA%20YANTI.pdf?sequence=1 [29 April 2016].

Goddard, C. 2009. Like a Crab Teaching Its Young to Walk Straight. Dlm. Senft, G & Basso, E.B. (penyt.). Ritual Communication, hlm: 103-119. London: Bloomsbury Publishers.

Goodwin, Paul D. & Joseph W. Wenzel. 1981. Proverbs and practical reasoning: A study in sociologic. In The wisdom of many: Essays on the proverb, eds. Wolfgang Mieder and Alan Dundes: 140- 160. New York & London: Garland Publishing, Inc. First published in Quarterly Journal of Speech 65 (1979): 289-302.

Hassan Ahmad. 2003. Metafora Melayu: Bagaimana pemikir Melayu mencipta makna dan membentuk epistemologinya. Siri Monograf Akademi Kajian Ketemadunan. Bangi. Akademi Kajian Ketemadunan.

Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar. 2008. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laurance, W.F. & Bierregaard, R.O. 1997. Tropical Forest Remnants Ecology, Management and Conversation of Fragmented Communities. Chicago: The University of Chicago Press.

Lim, Kim Hui. 2003. Budi as the Malay mind: a philosophical study of Malay ways of reasoning and emotion in peribahasa. Disertasi PhD. Department Of Austronesian Studies, Faculty Of Oriental Studies, University Of Hamburg, Germany. http://www.sabrizain.org/malaya/library/budi.pdf [2 Februari 2016].

Malayan Banking - DBP. MENARA 3. Sastera, 1990.

Mana Sikana. 1988. Khazanah Islam: Falsafah dan Kesusasteraan. Bangi: Karyawan

Mashhor Mansor & Mohd Kipli. 2014. Merekayasa Kearifan Tempatan: Alam dan Manusia. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Mohamad Radzi Salleh. 1999. Peribahasa dalam Masyarakat Melayu Satu Analisis Pemikiran dan Cerminan Falsafah. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Shaffie Abu Bakar. 1991. Metodologi Penyelidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Rizal Azman Rifin. 2011. Empat Penyakit Bakal Hapus Sifat Mukmin Umat Akhir Zaman. http://sanielirfan.blogspot.my [29 April 2016].

Nathesan, S. 1998. Simpulan bahasa: satu tinjauan dari sudut makna. Dewan Bahasa November: 985-994.

Nik Safiah Karim. 1992. Beberapa persoalan sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaludin. 2003. Bahasa dalam perniagaan, satu analisis semantik dan pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Nor Hashimah & Junaini Kasdan. 2010. Remaja Malaysia dan Peribahasa Melayu. Jurnal Linguistik 10(Edisi Khas): 158-172.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2014. Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rozali Rajab. 2012. Konsep Budi dalam Budaya Melayu dan Kaitannya dengan Negara Bangsa. http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012 [29 April 2015].

Sapinah Haji Said. 2013. Kamus Peribahasa Melayu. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Sperber, D. & Wilson, D. 1995. Postface to the second edition of Relevance: Communication and Cognition. Oxford: Blackwell.

Tenas Effendy. 2004. Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu.

Tenas Affendy. 2012. Ungkapan Melayu: Pemahaman Dan Masalahnya. Singapura: Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura.

Tenas Affendy. 2013. Kearifan Pemikiran Orang Melayu. Riau: Tenas Effendy Foundation.

www.malaycivilization.ukm.com

Zaharah Nawawi. 2013. Dil Froz Jan. Sehelai Daun Yang Gugur. Sastera, 2013.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia