Reaksi Orang Melayu terhadap Pentadbiran Thailand di Kedah, 1942-1945 (Reaction of The Malays to Thailand Administration in Kedah, 1942-1945)

NUR AZRIN MOHAMMED MOHAYADDIN, ADNAN JUSOH

Abstract


ABSTRAK: Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang pentadbiran kerajaan Thailand di Kedah. Di samping itu objektif juga untuk melihat reaksi masyarakat orang Melayu terhadap pentadbiran Thailand bermula pada tahun 1942 sehingga 1945. Skop artikel ini merangkumi tempoh masa selama dua tahun pemerintahan Thailand di Kedah bermula pada Ogos 1943 sehingga tamatnya Perang Pasifik yang membabitkan kekalahan Jepun pada tahun 1945. Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Pasifik, kerajaan Thailand telah menyerahkan semula tampuk pemerintahan kembali kepada British. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menghasilkan artikel ini dilakukan dengan menganalisis sumber primer dan sumber sekunder seperti surat khabar, peta, dokumen dan lain-lain. Hasil kajian menunjukkan bahawa pentadbiran kerajaan Thailand di Kedah telah menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat terutamanya orang Melayu. Dapatan kajian juga mendapati Thailand tidak mengotakan janjinya untuk tidak mencampuri urusan agama dan adat resam orang Melayu apabila perdana Menterinya ketika itu, Plaek Phibunsongkhram ingin menerapkan semangat nasionalisme dengan menekankan polisi “Thainess dan Buddhism” dalam kalangan rakyat seluruh negerinya. Perkara ini telah menyukarkan dan menimbulkan reaksi yang kurang senang dalam kalangan orang Melayu yang sememangnya bertentangan dengan agama yang dianuti oleh mereka iaitu agama Islam. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa pemerintah dan rakyat tidak patut terikat dengan mana-mana kuasa luar dalam menjalankan pentadbiran atau pemerintahan jika ingin benar-benar bebas dan merdeka. Sultan juga seharusnya berjuang untuk melindungi nasib rakyat dari membiarkan nasib rakyat itu diperkotak-katikkan oleh penjajah asing.

Kata kunci: Orang Melayu; Kedah; pentadbiran Thailand; Jepun; reaksi

 

ABSTRACT: This article aims to discuss the administration of the Thai government in Kedah and see the reaction of Malay society to the Thai administration from 1942 to 1945. The scope of this article covers the two years of Thai rule in Kedah beginning in August 1943 until the end of the Pacific War in 1945. After Japan’s defeat in the Pacific War, the Thai government handed over the reins of government back to the British. Qualitative methods have been used throughout the study conducted by analyzing primary and secondary sources such as newspapers, maps, government reports and others. The results of the study show that the Thai government administration in Kedah has provoked various reactions from the society, especially the Malays. The findings also show that Thailand did not keep its promise not to interfere in the religious affairs and customs of the Malays when the prime minister, Plaek Phibunsongkhram wanted to instil the spirit of nationalism by emphasizing the policy of “Thainess and Buddhism” among the people throughout the state. This matter has made it difficult and caused an uneasy reaction from the Malays which is indeed contrary to the religion they follow, Islam. In conclusion, this study shows that the government and the people should not be bound by any external power in running the administration or government if they want to be truly free and independent. The Sultan should also fight to protect the fate of the people from letting the fate of the people be boxed in by foreign colonialists.

Keywords: Malay people; Kedah; Thailand administration; Jepun; reaction


Full Text:

PDF

References


A. Ghapa Harun & Rupawan Ahmad. 1996. Imperialisme Jepun dan konsep lingkungan kesemakmuran asia timur raya. Jebat 24:3-20.

Abdullah Zakaria Ghazali. 1996. Negeri Melayu dan Thailand. 1781-1945: Hubungan dan Pentadbiran. Malaysia dari segi sejarah. Persatuan Sejarah Malaysia.

Abdullah Zakaria. 1996. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 1942-1945: Pentadbiran Jepun dan Thai. Jebat 24: 57-84.

Ahmat Adam. 2014. Melayu. Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Bruce. E. Reynolds. 1990. Aftermath of allice: The wartime legacy in Thai-Japanese relations. JSEAH. XXI(I):85 Mac.

Cheah Boon Kheng 1979. The Japanese occupation of Malaya, 1941-45: Ibrahim Yaacob and the struggle for Indonesia Raya. Indonesia 28: 85–120.

Emerson, R. 1974. Malaysia (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anderson, J. 1965. Political and commercial considerations relation to the Malayan Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca. Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 45.

Kobkua Suwannathat-Pian. 2018. Sejarah Thai Zaman Bangkok 1767-1957 (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kobkua Suwannathat-Pian. 1996. Hubungan Thai-Jepun semasa perang dunia kedua dan kesan-kesannya kepada negeri-negeri Melayu utara. Jebat 24: 41-56.

Kohkua Suwannathat-Pian. 1982. Kedah-Siamese Correspondence: 1890-IS9X. IMHRAS. Vol. 55.

Mohd Fadzil Hashim. 1975. Sejarah lisan administrasi Thai di Kedah. Chenderamata Minggu Sejarah Kedah 1975. Kedah: PSMCK.

Mohd Isa Othman. 2011. Golongan elit dan pentadbiran Kedah semasa pendudukan Jepun dan Siam 1942-1945. Kedah dari sejarah. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK). XIII (1) Disember.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Shariff Abu Samah. 2015. Modenisasi pentadbiran negeri Kedah 1895-1957. Kedah: UUM Press.

Nik Anuar Nik Mahmud. 1982. Kelantan di Bawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Thai. 1941-1945: Satu Kajian Sepintas Lalu. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan Negara, Persatuan Sejarah Malaysia.

Perjanjian Bangkok. Pekhabar. 10 Mac 2018. https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-britain-siam-1909/

Siti Hawa Salleh. 1991. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Shamsuddin Mohd Yusof. 2014. Kedah dalam warisan sejarah dan budaya. Kedah: PSMCK.

Malai Sinpo 17 September 1943. Malai Sinpo. 17 September 1943.

Malai Sinpo 19 October 1943. Malai Sinpo. 19 Oktober 1943.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia