Seni Pembuatan Kereta Lembu Melaka: Warisan Kearifan Tempatan (The Art of Making Bullock Carts in Melaka: Heritage of Local Wisdom)

NORAZLINA OTHMAN, ZANISAH MAN

Abstract


ABSTRAK: Kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan dunia semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membawa kepada pengenalan kereta lembu di negeri ini. Kenderaan ini pada awalnya digunakan dalam aktiviti pertanian tradisional dan urusan mengangkut hasil tanaman untuk diperdagangkan. Kini, keunikan dan nilai warisan yang terdapat pada kereta lembu ini menjadikannya lambang warisan budaya negeri Melaka disebabkan struktur dan ciri-ciri binaannya yang sarat dengan falsafah dan nilai tradisi masyarakat Melayu. Makalah ini mengenal pasti seni pembuatan kereta lembu sedia ada di Melaka dan menilai keunikannya untuk diketengahkan sebagai warisan kearifan tempatan. Makalah ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bersama responden kajian yang terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan kemahiran dalam membuat kereta lembu serta penelitian terhadap beberapa dokumen yang terpilih bagi melihat perbandingan. Lokasi kajian adalah di Kampung Balik Bukit dan Kampung Tambak Bugis di daerah Melaka Tengah yang menempatkan generasi pewaris seni pembuatan kereta lembu. Kajian mendapati bahawa kereta lembu pada masa sekarang mempunyai struktur binaan yang cantik dan menarik berbanding pada zaman dahulu kerana telah melalui pelbagai inovasi penciptaan. Pembaharuan yang dibuat antaranya penggunaan besi bagi struktur kerangka kajang berbanding dahulu menggunakan buluh. Pengubahsuaian struktur dalaman peti atau badan kereta lembu dengan menambah keluasan dan meletakkan ruangan tempat duduk penumpang di kiri dan kanan peti kerana bersesuaian dengan fungsi kereta lembu kini membawa penumpang berbanding dahulu hanya membawa muatan barangan. Antara kriteria penting dalam menghasilkan kereta lembu yang unik ialah gabungan falsafah, kemahiran dan kepakaran pengusaha tempatan yang menterjemahkan warisan budaya tersebut dalam seni pembuatan struktur rangka badan dan bahan binaan kenderaan ini. Keupayaan memilih dan melatih baka lembu terbaik daripada jenis baka lembu kampung, lembu baka Kedah-Kelantan atau baka kacukan Siam amat penting bagi menjamin ketahanan membawa dan menarik barang muatan. Kepandaian masyarakat tempatan dalam menghasilkan kereta lembu yang unik dan menarik inilah merupakan satu bentuk nilai intelektual yang tinggi yang harus dilestarikan sebagai warisan kearifan tempatan.

Kata kunci: Kereta lembu; keunikan; pembuatan; warisan; kearifan tempatan

 

ABSTRACT: Malacca’s fame as a world trade centre since the time of the Malacca Malay Sultanate has led to the introduction of bullock carts in this state. These vehicles were initially used in traditional agricultural activities and transporting crops for trade. Now, the uniqueness and heritage value found in this bullock cart makes it a symbol of the cultural heritage of the state of Melaka due to its structure and building characteristics that are loaded with the philosophy and traditional values of the Malay community. This paper identify the existing art of making bullock carts in Melaka and evaluate its uniqueness to be highlighted as a heritage of local wisdom. This study uses a qualitative approach by using the method of interviews with study respondents consisting of individuals with experience, expertise and skills in making cattle carts, as well as researching some selected documents to see comparisons. The location of the study is around Kampung Balik Bukit and Kampung Tambak Bugis in the Central Melaka district, which houses generations of heirs to the art of making bullock carts. The study found that bullock carts today have an attractive construction structure compared to the past because they have gone through various innovation creations. The process of innovation on the structure of the bullock cart includes using iron for the structure of the kajang frame instead of using bamboo before. Modifying the internal structure of the box or the body of the bullock cart is done by increasing the area and placing the passenger seating space on the left and right of the box. It is because compatible with the function of the bullock cart now carrying passengers instead of only carrying a load of goods. Among the essential criteria in producing a unique cattle cart is the combination of philosophy, skills and expertise of local entrepreneurs who translate the cultural heritage into the art of manufacturing this vehicle’s body structure and building materials. The ability to select and train the best breed of cattle from village cattle, Kedah-Kelantan cattle or Siamese crossbreeds is essential to guarantee the durability of carrying and pulling cargo. The ingenuity of the local community in producing unique and exciting bullock carts is a form of high intellectual value that should be preserved as a heritage of local wisdom.

Keywords: Bullock carts; uniqueness; manufacturing; heritage; local wisdom


Full Text:

PDF

References


Abd Aziz A’zmi dan Farrah Wahida Mustafar. 2020. Keruntuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun. Jurnal Tuah 1:1-23.

Abdul Khalid Md Dangit. 1979. Kereta lembu: Peranannya dalam masyarakat pertanian Melayu Melaka. Jurnal Persatuan Sejarah 8(4): 134-156.

Aflieza Arshad. 2020. Replika kereta lembu simbolik junjung warisan. Melaka Hari Ini. 7 September.

Borhan bin Md Yaman. 1989. Temasya Mandi Safar di Melaka. Jurnal Sejarah Melaka 11: 53-65

BWM. 2008. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.

Er Ah Choy. 2013. Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong. GEOGRAFIA 9(3): 12 – 23.

Mohd Kassim Ali. 1982. Teknik Binaan Kereta Lembu. Melaka: dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Mohd Samsudin & Sulong Mohamad. 2013. Pengaruh warisan sejarah dalam industri pelancongan Langkawi. International Journal of the Malay World and Civilisation 1(1): 99 – 109.

Mohd Zulfadli B Md Maarof, Nordin B Hussin & Ahmad Ali B Seman. 2017. Sejarah Perkembangan Jalan Darat di Pahang Awal Abad Ke 20: PROCEEDINGS: The 6th International Conference on Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Yusri Yusof & Mohd Anuar Ramli. 2020. Pentakrifan kearifan tempatan: Suatu sorotan. Jurnal Melayu 19(2): 175-185.

Nazneen Ismail, Nurhanisah Senin & Nurzatil Ismah Azizan. 2021. Kepercayaan masyarakat Hindu terhadap kesucian lembu: Satu kajian terhadap mahasiswa universiti. Jurnal

Pengajian Islam 14 (Special Edition): 231-242.

Nikmatul Adha Nordin & Rosilawati Zainol. 2013. Pelancongan, Persepsi Awam dan Standard: Isu dan Cabaran bagi Melaka sebagai Bandaraya Warisan Bersejarah: Seminar Warisan Kebangsaan. Anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya.

Noor Azimah Md Ali & Mohd Fairus Mamat. 2021. Siri Khazanah Warisan Kereta Lembu Dari Melaka. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Noor Syahidah Binti Mohamad Akhir, Siti Aisyah Binti Yusof & Azrul Shahimy Bin Mohd Yusof. 2018. Model Kapal Dalam Al-Quran Dan Naskhah-Naskhah Melayu: TESSHI 2018 e-Proceedings. Universiti Teknologi MARA.

Nurul Izzati Md. Mustafa, Adnan Jusoh, Khairi Arrifin, Nabir Abdullah & Mohd. Kamal Kamaruddin. 2015. Penggunaan tenaga haiwan sebagai medium pengangkutan dalam masyarakat Melayu tradisional. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(2): 53-61.

Pirasanah Sasidharan & Rahimah Wahid. 2021. Mengukur pembangunan pelancongan warisan berdasarkan petunjuk pelancongan lestari di Melaka Tengah. Journal of Social Science (EJOSS) 7(2): 66-81.

Ramli bin Ahmad. 1998. Siri Pencapaian Dalam Pengangkutan & Perhubungan. Kuala Lumpur: Jade Green Publications Sdn.Bhd.

Samsudin bin Abdul. 2022. Kereta Lembu Melaka. Temu bual, 27 Julai.

Solihan Haji Badri. 1981. Kereta Lembu Melaka makin laju sejam 4 batu. Berita Harian, 13 Mei.

Shukor bin Mat. 2007. Kepentingan dan peranan sebagai pusat perdagangan Perlis pada masa lampau. Jurnal Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Perlis, Warisan Indera Kayangan 19(2): 7-10.

Sulaiman bin Manan. 2022. Sejarah dan pembuatan Kereta Lembu Melaka. Temu bual, 30 September.

Zuliskandar Ramli, Mazlin Mokhtar, Muhammad Rizal Razman & Sharifah Zarina Syed Zakaria. 2015. Pelancongan Berasaskan Warisan Di Malaysia: Potensi Dan Cabaran: Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran. Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia