Peranan Kaum Muda dan Majalah Pengasuh dalam Memartabatkan Institusi Pendidikan di Kelantan 1918-1941 (The Role of Kaum Muda and Pengasuh Magazines in Uplifting Educational Institutions in Kelantan 1918-1941 )

MOHAMAD FIRDAUS MOHAMMAD, ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI, RUHAIZAN SULAIMAN @ ABDUL RAHIM

Abstract


ABSTRAK: Makalah ini membincangkan mengenai peranan Kaum Muda dan majalah Pengasuh dalam memartabatkan institusi pendidikan di Kelantan 1918-1941. Fokus utama adalah terhadap peranan Kaum Muda dan majalah Pengasuh kepada masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Kebijaksanaan dan intelektual yang dipamerkan oleh Kaum Muda juga menjadi asbab kepada pembangunan pendidikan di negeri Kelantan pada awal abad ke-20. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi pengumpulan dan analisis data daripada sumber primer yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) seperti majalah Pengasuh. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan kajian yang dilakukan. Pengkaji menggunakan kaedah pendekatan sejarah dengan menggunakan kaedah tema supaya kajian lebih tersusun dan berbentuk analitikal. Hasil kajian mendapati bahawa Kaum Muda dan majalah Pengasuh berjaya mengasimilasikan kelebihannya sebagai medium utama dalam menyampaikan propaganda mengenai pendidikan kepada masyarakat Melayu Kelantan dengan mengutamakan kepentingan terhadap menuntut ilmu agama dan pendidikan serta emansipasi wanita. Dalam masa yang sama, Kaum Muda juga berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu di Kelantan melalui majalah Pengasuh sebagai salah satu medium utama dalam memartabatkan institusi pendidikan.

Kata kunci: Kaum Muda; Majalah Pengasuh; Institusi Pendidikan; Kelantan

 

ABSTRACT: This article discusses the role of the Kaum Muda and Pengasuh magazine in uplifting educational institutions in Kelantan from 1918 to 1941. The main focus is on the role of Kaum Muda and Pengasuh magazine in the Malay community in the state of Kelantan. The wisdom and intellectualism displayed by Kaum Muda also became the reason for the development of education in the state of Kelantan at the beginning of the 20th century. This study uses a qualitative method that includes the collection and analysis of data from primary sources obtained from the Islamic Religious and Customs Council of the State of Kelantan (MAIK), such as the Pengasuh magazine. In addition, secondary sources are also used, such as journals and books, to further strengthen the research conducted. The data obtained will be analysed to obtain real information about the research conducted. The researcher will use the historical approach method by using the theme method so that the study is more structured and analytical. The results of the study found that Kaum Muda and the Pengasuh magazine succeeded in assimilating their advantages as the main medium for conveying propaganda about education to the Kelantan Malay community by prioritising the importance of seeking religious knowledge and education and the emancipation of women. At the same time, Kaum Muda also succeeded in bringing awareness to the Malay community in Kelantan through the Pengasuh magazine, one of the main mediums for promoting institutions of higher education.

Keywords: Kaum Muda; Pengasuh magazines; Educational Institutions; Kelantan


Full Text:

PDF

References


Al-Quran

Abdul Aziz Mat Ton. 2001. Politik al-Imam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Mansur. 1930. Bagi pemandangan guru. Pengasuh: 10-11.

Carr, E.H. 2014. Apa itu Sejarah. Indonesia: Komunitas Bambu.

Dato’ Seri Paduka Raja Kelantan. 1918. Pengasuh. Ucapan. Julai : 1-2.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2020. Memelihara kesucian agama Islam. Harian Metro, 20 Ogos.

Hamilton, J.D. 1987. Monetary factors in the Great Depression. Journal of Monetary Economics 19(2): 145-169.

Hanan, Asaad Haji Muda. 1930. Apakah Tujuan murid-murid sekolah. Pengasuh Ogos: 8-9.

Hassan Isa. 1930. Buku Kenyataan Sekolah Pertanaman Semenanjung. Pengasuh. September: 10-11.

Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid, Abdul Razak Mahmud & Nik Safiah Karim. 2012. Puri Kencana: Kecemerlangan Satu Abad: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kelantan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Mohd. Safar Hashim. 2012. Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia sejak 1806. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd. Yusuf Kenali. 1918. Kemajuan Bangsa Melayu. Pengasuh. Disember :1-2.

Muhamad bin Ismail, Naib Yang di-Pertua Majlis Yang Kehormat. 1918. Pembukaan tahun yang Pertama. Pengasuh : 1-2.

Muhamad Yusuf Kenali. 1918. Nasihat. Pengasuh. Ogos : 1-4.

Pa. 1930. Sekolah Perempuan di Kelantan. Pengasuh. September : 12-13.

Swettenham, F.A. 1895. Malay Sketches. John Lane: Silverfish Malaysian Classics.

Siti Rodziyah Nyan. 2009. Akhbar Saudara Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Talib Samat. 1992. Syed Syeikh al-Hadi: Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia