Pembangunan Sebuah Novel Sejarah: Satu Analisis Tekstual Terhadap Tun Perak Paduka Raja (Constructing A Historical Novel: A Textual Analysis of Tun Perak Paduka Raja)

MOHAMED NAZREEN SHAHUL HAMID, HAS ALIA HASNAN, ROHAYA MD. ALI

Abstract


ABSTRAK: Pasaran buku tempatan masa kini bukan sahaja menyaksikan penghasilan novel-novel bersifat romans atau popular sahaja, malah novel-novel sejarah turut mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pembaca. Di Malaysia, pengarang-pengarang novel sejarah mula mengambil manfaat pentas penulisan sastera sebagai wadah untuk menyampaikan buah fikiran mereka dalam bentuk cereka yang lebih kreatif dan menarik. Antara yang menonjol dalam penulisan novel sejarah di Malaysia ialah Affifudin Omar. Melalui penulisan novel sejarah Tun Perak Paduka Raja (2017), beliau mengangkat kehebatan tokoh sejarah Tun Perak untuk masyarakat kini dengan gaya naratif kontemporari. Namun, timbul persoalan sama ada beliau mengambil kira atau tidak konsep dan ciri-ciri novel sejarah dalam penulisannya agar tidak menyeleweng daripada sejarah sebenar. Bertitik tolak daripada pernyataan tersebut, kajian membincangkan persoalan tersebut berpandukan konsep novel sejarah oleh Georg Lukacs (1962) yang menekankan tiga ciri utama dalam penghasilan novel sejarah, iaitu latar masa dan tempat, peristiwa sejarah yang diungkapkan secara tepat dan bermakna dan akhir sekali tokoh sejarah. Kajian ini dilakukan dengan kaedah analisis tekstual berpandukan konsep dan ciri-ciri novel sejarah tersebut. Kajian mendapati sememangnya novel Tun Perak Paduka Raja oleh Affifudin memenuhi ketiga-tiga ciri tersebut, iaitu latar masa dan tempat, peristiwa sejarah yang diungkapkan secara tepat dan bermakna dan tokoh sejarah dan ini membuatkan ia sebagai karya yang baik dan bermutu. Kajian ini adalah penting dalam memperlihatkan dinamika pemikiran pengarang tempatan dalam usaha mengangkat tokoh sejarah dalam penulisan kesusasteraan demi kelangsungan tamadun bangsa. Kajian ini dapat memberikan implikasi terhadap penghasilan novel sejarah yang lebih berkualiti dalam pasaran buku tempatan pada masa hadapan.

Kata kunci: Novel; sejarah; Tun Perak Paduka Raja; Affifudin Omar; Lukacs

 

ABSTRACT: Today’s local book market not only sees the production of romance or popular novels, but historical novels are also well received by readers. In Malaysia, the authors of historical novels began to take advantage of the literary writing stage to convey their thoughts in the form of more creative and exciting stories. Among those who stand out in writing historical novels in Malaysia is Affifudin Omar. Through the report of the historical novel Tun Perak Paduka Raja (2017), he raised the greatness of the historical figure of Tun Perak for today’s society with a contemporary narrative style. However, the question arises whether he considers the concept and characteristics of historical novels in his writing so as not to deviate from actual history. Based on that statement, this study discusses the question on the concept of the historical novel by Georg Lukacs (1962), who emphasizes three main characteristics in the production of a historical novel, namely the setting of time and place, historical events that are expressed accurately and meaningfully as well as historical figures. This study was carried out using the textual analysis method based on the historical novel’s concept and characteristics. The study found that the novel Tun Perak Paduka Raja by Affifudin fulfils the three elements, namely the setting of time and place, historical events that are expressed accurately and meaningfully and historical figures, and this makes it a good and quality work. This study is essential in showing local authors’ thinking dynamics to elevate historical figures in writing literature to preserve the nation’s civilization. This study can provide implications to produce better-quality historical novels in the local book market in the future.

Keywords: Novel; history; Tun Perak Paduka Raja; Affifudin Omar; Lukacs


Full Text:

PDF

References


A. Samad Ahmad. (Penyelenggara). 1996. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman, Abdullah Zakaria Ghazali. & Zulkanaian

Abdul Rahman. 2012. Penemuan Tarikh Baru Pengasasan Empayar Kerajaan Melayu Melaka 1262. Batu Berendam: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Abdul Rahman. 2018. Kesultanan Melayu Melaka 1262-1528 Penelitian Semula. Batu Berendam: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Abdullah Karim. 2021. Building Nation with Art and Culture. Istanbul: Pine Publisher.

Affifudin Omar. 2017. Tun Perak Paduka Raja. Kuala Lumpur: Afif Books Sdn. Bhd.

Baharudin Ali Masron al-Haj. 2010. Ikon Dua Zaman: Tun Perak dan Tun Razak. Kuala Lumpur: Ilham Baru.

Bayuadhy, G. 2015. Kisah Cinta Gajah Mada: Kontroversi Kehidupan Sang Mahapatih. Yogjakarta: Narasi.

Bram, C. 2016. The Art of History: Unlocking the Past in Ficion and Nonfiction. Minnesota: Graywolf Press.

Cuddon, J.A. 1991. The Penguin Dictionary of Literary Terms and Literary Theory. London: Penguin Books.

Fleishman, A. 1971. The English Historical Novel. Bailtmore: John Hopkins Press.

Has Alia Hasnan Hasnan & Mohamed Nazreen Shahul Hamid. 2022. Creativity and Authorship in Historical Novels: A Comparative Analysis of Affifudin Omar’s Tun Perak Paduka Raja and Langit Kresna Hariadi’s Gajah Mada Makar Dharmaputra. Malay Literature 35(2): 173-198.

Hutcheon, L. 1992. A Poetics of Postmodernism: History, Theory, Fiction. London: Routledge.

Jelani Harun. 2022. Falsafah dalam Karya Sastera Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. 2017. Karya Agung dan Politik Kenegaraan Melayu. Pulau Pinang: Penerbit USM.

Kassim Ahmad. (Penyelenggara). 1966. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lukacs, G. 1962. The Historical Novel. London: Merlin Press.

Mohamad Saleeh Rahamad. 2005. Pencerakaan dalam Novel Sejarah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Rohaya Md Ali & Phat Awang Deng. 2020. Hipoteks Sebagai Idea Penggaluran Naratif dalam Novel Berunsur Sejarah Tun Perak. PENDETA, Journal of Malay Language, Education and Literature 11(2): 97-107.

Mohd Yusoff Hashim. 2008. Tun Perak: Dalam Sejarah dan Dinamisme Ketamadunan Bangsa. Batu Berendam: Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).

Muhamad Faiz Sazali, Mawar Safei & Che Abdullah Che Ya. 2021. Hipoteks Sejarah dalam Novel Kalbu Qalha. Jurnal Melayu 20(2): 346-360.

Prince, D. 2022. The Rise of The Novel. London: Chatton and Windus.

Shahnon Ahmad. 1989. Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Styles, H. 2021. Historical Novel: Beyond Fact. London: Golden Press.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia