Peranan Komunikatif Deiksis Sosial ‘Bah’ dalam Dialek Melayu Sabah (The Communicative Functions of Social Deixis “Bah” in Sabah Malay Dialect)
Abstract
ABSTRAK: Bahasa dan identiti tidak boleh dipisahkan sebab menerusi bahasa terdapat identiti penutur berkenaan. Bahasa berperanan penting dalam mewujudkan interaksi sesama peserta bahasa. Tidak banyak kajian mengenai penanda identiti dalam Dialek Melayu Sabah (DMS) yang mempertalikan bahasa daripada aspek pragmatik. Terdapat banyak penanda identiti dalam DMS antaranya adalah kata “bah”. Justeru, kertas ini menumpu kepada diskusi pragmatik dari sudut deiksis sosial “bah”. Analisis peranan komunikatif deiksis sosial “bah” yang juga merupakan partikel khas dalam DMS telah dilakukan terhadap guru-guru di SMK Simpangan, menerusi konteks mesyuarat yang dianggotai oleh 49 orang guru. Terdapat lima mesyuarat yang telah dilangsungkan dan direkod untuk tujuan kajian. Lima teks mesyuarat yang dikaji terdiri daripada 26,137 patah perkataan. Teori Deiksis Sosial Huang (2015) digunakan sebagai teori yang mendasari kajian ini. Data dianalisis menggunakan pendekatan korpus, yakni menggunakan perisian AntConc. Hasil analisis mendapati terdapat empat peranan komunikatif deiksis sosial “bah”, yakni berfungsi sebagai persetujuan, penekanan, penegas dan penguat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa DMS mempunyai keunikan tersendiri yang tidak ada dalam dialek-dialek Melayu yang lain bahkan dalam Bahasa Melayu Standard (BMS). Ini kerana, deiksis sosial “bah” adalah partikel khusus milik DMS dan hanya dapat ditafsir dengan baik oleh penutur DMS sahaja kerana penanda identiti berkenaan memiliki nilai dan konteks budaya masyakarat penutur setempat.
Kata kunci: ‘Bah’; deiksis sosial; Dialek Melayu Sabah; identiti penutur; partikel
ABSTRACT: Language and identity cannot be separated because language represent the speaker identity. Language also plays an important functions to constructing interaction among language speakers. ‘Bah’ is one of the identity markers in Sabah Malay Dialect (DMS) but not many studies on those from pragmatic perspectives. Therefore, this paper focuses on the social deixis of ‘Bah’ to analyze the communicative role of the social deixis which is also a special particle in the DMS. The data collected at SMK Simpangan, Beluran, Sabah through the online meeting context involved 49 teachers. There were five meetings held and recorded for the purpose of this study. All meeting texts consisted of 26,137 words and Huang’s (2015) Social Deixis Theory is used to explore the data. This is corpus analysis study in specifically using the AntConc software to process the data. The results found that there are four communicative functions of social deixis ‘Bah’ namely agreement, emphasis, affirmation and reinforcement. The findings also shows that DMS has its own uniqueness that does not exist in other Malay dialects even in Standard Malay language (BMS). This is because, the social deixis is precisely belong to DMS and can only well interpreted by DMS speakers. The deixis also implicitly concealed values and cultural context of the DMS speakers beside an important operation as the identity markers.
Keywords: ‘Bah’; Social deixis; Sabah Malay dialect; speaker identity; particle
Full Text:
PDFReferences
Asmah Hj. Omar. 1991. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Agustina. 1995. Pragmatik dalam Pengajaran Bahasa Indonesia. Padang: IKIP Padang.
Bambang Kaswanti Purwo. 1987. Pramatik wacana. Jurnal Widyaparwa 31(10): 45-60.
Chomsky, Noam, 1985. Aspects of the Theory of Syntax. Cetakan ke-14. Massachusstes: Massachussets Institute of Technology Press.
Fasold, R. 1984. The Sociolinguistics of Society. New York: Basil Blackwell
Gumperz, J. 1974. Linguistics and social interaction in two communities. Dlm. Language, Culture and Society, disunting oleh B. Blount, 250-266. Cambridge: Winthrop Publisher, Inc.
Hassan Ahmad. 2004. Bahasa Melayu dan minda Melayu: suatu tinjauan kritis. Jurnal Melayu Bil. 1:19-52.
Huang Yan. 2014. Pragmatics. 2nd edition. Oxford: Oxford University Press.
Huang Yan. 2016. Pragmatics: language use in context. Dlm. The Routledge Handbook of Linguistics, disunting oleh Keith Allan, 205-220. London: Routledge.
Ike Revita. 2009. Antara Aku, Saya, Nama Diri, dan Panggilan Diri: Kajian Lintas Sosiopragmatik. Padang: Universitas Andalas.
Jane Wong Kon Ling. 2000. The Sabah Malay Dialect: Phonological Structures and Social Functions. Kota Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu& Bahasa.
Kamus Dewan. 2015. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kartini Abd. Wahab. 2018. Ciri dan Fungsi Komunikatif Bahasa Melayu Sabah dalam Media Sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 34(4): 58-74.
Levinson, C. Stephen. 1983. Pragmatics. Cambridge University Press.
Norazila Alias. 1986. Dialek Kuala Pilah, Satu Tinjauan Fonologi dan Leksikal. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Noor Aina Dani & Syeril Patrisia Kining. 2016. Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(2): 45 - 55
Noor Fadilah Dawi, Zaitul Azma Zainon Hamzah & Norazlina Hj. Mohd. Kiram. 2019. “Aku” dalam norma interpretasi masyarakat di Lahad Datu, Sabah. MANU 30(12): 151-168.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2012. Pesona Dialek Melayu Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2020. Pengaruh dialek Melayu Brunei dalam dialek Melayu Sabah. Jurnal Melayu 19(1): 105-123.
Saidatul Nornis Hj. Mahali & Alice Alim. 2021. Kata-kata etnik sebagai identiti penutur dialek Melayu Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation 9(3): 65-75.
Sumarsono. 2007. Pragmatik. Singaraja: Undiksha.
Widdowson, H. G. 1979. Teaching Language as Communication. London: Oxford University Press.
Zulkifli Hamid. 2012. Keupayaan berbahasa Melayu dalam kerangka satu Malaysia. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities 7(1): 224-234
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia