Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini dan Selamanya

SITI HAJAR CHE MAN

Abstract


ABSTRAK: Pantun sebagai hasil kreatif manusia Melayu yang terawal. Dikatakan juga pantun sebagai khazanah silam yang amat bernilai, melambangkan genius manusia Melayu yang tinggi nilai sasteranya. Malahan pantun turut mempunyai nilai dokumentari yang tiada tandingannya. Pantun juga merupakan salah satu genre asli kesusasteraan menjadi wahana bagi pengucapan dalam berbagai jurusan aktiviti kehidupan masyarakat.. Tidak ketinggalan pantun juga dijadikan alat ekspresi bagi kehidupan yang lebih tinggi iaitu moral dan agama, aspek-aspek yang lebih kompleks yang membawa kepada pemikiran kosmologi dan kosmogoni yang lebih bersifat abstrak berbanding dengan kehidupan seharian. Istimewanya pantun dapat merakam cara hidup dan aktiviti kehidupan dibayangkan dengan mengeksploitasi unsur-unsur alam yang melatari dan melingkungi persekitaran setempat. Berdasarkan tanggapan dan pandangan tersebut, maka kertas kerja ini akan meninjau tentang kerelevanan dan kesignifikan pantun di era pembangunan negara dan pembangunan insan yang begitu kuat dihambat oleh teknologi maklumat. Justeru di manakah hala tuju pantun? Apakah pantun masih relevan? Adakah pantun perlu diubahsuai supaya selari dengan keadaan semasa? Perlulah pantun hanya dijadikan sebagai pelengkap dan penyedap majlis? Adakah wajar pantun hanya dijadikan bahan gurauan? Berdasarkan permasalahan itu, fokus kertas kerja ini cuba meninjau bagaimana pantun sebenarnya adalah adat dan adab segala rencah budaya leluhur yang halus, tinggi dan murni. Justeru pantun perlu hadir bersama pembangunan negara sebagai asas pembentukan tamadun dan budaya. Sesungguhnya fungsi pantun terlalu tinggi darjatnya.

Kata kunci: kosmologi, tamadun, budaya dan leluhur

 

ABSTRACT: The pantun is the earliest creative works of the Malays. It is also said that the pantun is a valuable past treasure, that signifies the Malay genius that has a high worth. The pantun also has an unquestionable documentary value. The pantun is an original literary genre that has become a mode of speech in all aspects of human activity. The pantun is also used as an instrument for a higher stage of life such as moral and religion, more complex aspects of life such as cosmology and cosmoginy that are more abstract compared to day to day life. Especially, pantun can capture the way of life and activity pictured by exploiting the universe’s elements that are around a certain place. Based on these ideas, this paper will look at the relevance and significance of the pantun in the era of nation building that is pursued actively by information technology. Is the pantun still relevant? Should the pantun be changed to adapt to recent times? Thus, where is the pantun headed to? Should the pantun be only used to grace social events? Is it right for the pantun to be used as such? Should the pantun be used in a jocular manner? Based on the questions posed above, this paper tries to discuss why the pantun is a custom and also a symbol of courtesy in all aspects of ancestral culture that is fine, high and pure. Thus the pantun has to be present hand in hand with the development of the country as the foundation of civilisation and culture. In fact the pantun is ranked highly in society.

Key words: cosmology, civilisation, culture and ancestors


Full Text:

PDF

References


Barker, C. 2004. Cultural Studies: Theory and Practice. London: SAGE Publications.

Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

I. Gusti Ngurah Bagus. 2002. Keberadaan Pantun Bali Masa Kini. Denpasar: Universitas Udayana.

Muhammad Hj. Salleh. 1999. Menyeberang Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim. 2007. Pantun dan Pembudayaan Bangsa. Dewan Sastera. Ogos: 81-84.

Rogayah A. Hamid. 2009. Ragam dan Pola Pembayang dalam Pantun Melayu. Dewan Sastera. Mei: 28-32.

Wawancara. 2011. Ku Seman Ku Hussain & Hafizahril Hamid bersama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. “Saya bangga sebagai Melayu”. Mingguan Malaysia. 19 Jun: 7.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia