Perkembangan Teori Kepemimpinan Islam-Melayu di Pascabima sejak Kedatangan Islam hingga Kini

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

Abstract


ABSTRAK: Ilmu kepemimpinan (dan ilmu akrabnya, kepengurusan) ditunjukkan sarat nilai, iaitu berbeza daripada yang dimiliki oleh suatu bangsa dengan suatu bangsa yang lain. Ini bukan sekadar mengikut teori amnya tentang tidak neutralnya barang ilmu seperti yang dibahaskan oleh sarjana Barat (yang biasnya diwakilkan kepada Kuhn) dan Timur (yang biasanya diwakilkan kepada Nasr) tetapi menerusi kajian etimologi istilah pimpin dan urus itu sendiri berbanding dengan istilah sepadannya dalam bahasa Inggeris, lead dan manage. Bukti juga ditunjukkan menerusi berbezanya andaian sifat manusia, yang menjadi sumber landasan pembinaan dan wadah penerapan sesebuah teori kepemimpinan itu, mengikut falsafah Barat dari zaman Yunani hinggalah pasca-modenisme berbanding dengan 23 sifat manusia yang diperoleh daripada al-Qur’an. Bukti lainnya menerusi catatan buku-buku kepengurusan yang dinyatakan asas falsafahnya termasuklah yang agak baru dan menjadi rujukan perbandingan utama di dalam makalah ini, iaitu teori kepengurusan Kirkeby kerana pendekatan beraksiomnya dan pengakuan asas falsafahnya, Katholikisme. Teori kepemimpinan Islam-Melayu yang dianggap tertua ialah yang dicungkil daripada Hikayat Raja Pasai oleh anu diikuti daripada Taj al-Salatdin oleh al-Jawhary, Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang, dan Bustan alSalatdin oleh al-Ranyry. Namun kemungkinannya juga yang tertuanya ialah yang dicungkil daripada peribahasa yang dibicarakan awal-awalnya lagi di dalam makalah ini. Kelemahan setiap teori ini diserlahkan. Perkembangan teori kepemimpinan Islam-Melayu kontemporer yang dibicarakan di sini ialah teori Alhabshi dan teori PAS dan UMNO menerusi Islam Hadhari-nya. Kelemahan ketiga-tiga teori ini juga ditonjolkan dan sebuah teori kepemimpinan Islam-Melayu mutakhir yang berasaskan pada gabungan teori PAS dan Islam Hadhari itu diutarakan menerusi 8 aksiom kepimpinan. Akhirnya dipaparkan sebuah ringkasan ulasan kepada teori kepemimpinan terbaru karya Ary yang didakwanya sebagai pengislaman teori Nisbah Emosi Goleman dan Nisbah Rohani Zohar-Marshall untuk menghasilkan teori ESQ beliau. Kesimpulannya banyak kelemahan dan pertentangan teori Ary itu dengan gagasan pengislaman ilmu dan malangnya dengan Islam sendiri.

Kata kunci: tabii ilmu kepemimpinan dan kepengurusan, kepemimpinan Islam-Melayu, aksiom kepemimpinan, sejarah teori kepemimpinan Melayu, pengislaman teori kepemimpinan, kritikan ilmu kepemimpinan, kajian perbandingan teori kepemimpinan

 

ABSTRACT: Science of leadership (and its close ally, managership) is shown to be value-laden, i.e knowledge varies with race and ethnicity. This is not just in accodance with a general theory of noneutrality of knowledge discussed by Western scholars (normally attributed to Kuhn) and the Eastern scholars (normally attributed to Nasr) but through etymological studies on the Malay words pimpin and urus compared with the corresponding English words, lead and manage. The proof is also shown through natural differences on the nature of man which becomes the source of a foundation and mould whereby a theory of leadership is constructed, according to the Western philosophy from the Greek antiquity to the present post-modernity in comparison with the 23 natural characteristics of human being which we obtained from al-Qur’an. Ther other proof is via notes in books on managership (management) which state its basic philosophy including in a relatively new book by Kirkeby which becomes our main comparative reference in this article because of his axiomatic approach and his acknowledgement of his work on catholicism. The Malay-Islamic theory of leadership which we obtained and regarded as the oldest is implicitly in Hikayat Raja Pasai by an anonimous author, followed by the famous Sejarah Melayu by Tun Sri Lanang, Taj al-Salatdin by al-Jawhary and Bustan al-Salatdin by al-Ranyry. However the leadership theory based on the Malay proverb which we discuss earlier in this article could may well be the oldest. The weaknesses of each leadership theory is highlighted. A development of the contemporary MalayIslamic theory of leadership is discussed here based on the work of Alhabshi, PAS on his concept of Islamic State and UMNO based on his Hadhari Islam. The weaknesses of the three theories are also discussed and a new theory is proposed based on a combination of UMNO and PAS theories to obtain our 8 axioms of leadership. Finally, we present a summary of our critique on the islamic leadership theory proposed by Ary which he claims as an islamisation of the EQ of Coleman and the SQ of Zohar-Marshall to produce his ESQ theory. Our critique has a conclusion that Ary’s work have many weaknesses and contradictions with the well accepted concept of islamisation and unfortunately to Islam itself

Key words: the nature of science of leadership and managership, Malay-Islamic leadership, axioms of leadership, history of Malay leadership theory, islamisation of theory of leadership, critique on science of leadership, comparative studies on theories of leadership

 


Full Text:

PDF

References


‘Abd Razzaq Nawfal. 1987. Al-‘jaz al-‘Adady al-Qur’an alKarim. Dar al Kitab al-‘Arabi. Ringkasan kandungannya ada di Internet, “Keseimbaagan jumlah kata dalam AlQuran, http://www.kaskus.co.id/showpost.phpp=600824718&postcount=6029 (2 September 2012).

Afarees al-Hafiz. 2009. Lihat al-Hafiz.

Aidit, G. 1997/98. The Sun Tzu management strategies from a Malaysian Malay Muslim perspective. Intan management Journal 3(1): 37-48.

al-Baqillany/al-Baqilani A.B.M. abad ke-11 M/1987.Tawhid alAwa’il wa Talkhis al-Dala’il. Birurt: Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyah.

al-Faraby A.N. 1998. On the Perfect State. Chicago: Great Books of Islamic World.

al-Ghazaly. Lihat Bagley di bawah.

al-Hafiz A. A.R. 2009. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain. K.Lumpur: PTS Millenia.

al-Jawhary/al-Jauhari B. 1603/1966. Taj al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). Dirumikan 1966 oleh Khalid Hussian dgn judul “Tajus Salatin” terbitan DBP dan diulang cetak beberapa kali sehingga yang terbarunya 1992; Yumsari Yusuf 1979 dgn judul “Tajussalatin” terbitan Departmen Pendidikan & Kebudayaan, Jakarta.

al-Juwayny al-I. al-H. A. al-M. Abad ke-11/1401H~1980-an.

al-Ghiayathi. Snt. Ke-2. Mesir: Matba‘ah al-Nahdah.

al-Mawardy. 2000. Hukum Tatanegara dan Kepimpinan dalam Takaran Islam. Jakarta: Gema Insani. Lihat juga Wafaa Wahba di bawah.

al-Mawardi ‘A.i.M. abad ke-9 M/1993. Hukum-Hukum Pemerintahan dan Kekuasaan Agama, terjemahan ‘Uthman bin Haji Khalid. Institut Pengajian Tradisional Islam, K.Lumpur 1993; ada terjemahan (Jawi) tanpa tarikh yang tersimpan di perpustakaan UM. Karya asalnya di dalam bahasa Arab, “al-Ahkam al-Sultaniyaht” abad ke-9 M.

al-Qurtdaby/al-Qurtabi A.A.M. abad ke-13M/1967. al-Jami’ li Ahkm al-Quran. Snt.ke-3. Mesir: Dar al-Kutub.

al-Ranyry/al-Raniri. 1638/2002. Bustan al-Salatin (Jawi, di Perpustakaan UM & Perpustakaan Negara). Bab 3 (berkenaan kepemimpinan dan kepengurusan), baru diRumikan oleh Jelani bin Harun (Jelani b.H.) 2002 tetapi hanya berjaya diterbitkan dalam tahun 2008 sahaja (oleh DBP). Bab 1 dan 2 baru diRumikan oleh Jelani b.H. juga yang diterbitkan oleh DBP 2004. Beberapa bab lain sudah agak lama diRumilkan dan diterbitkan oleh DBP 1966 (Bab 2, Fasal 13 oleh T.Iskandar), 1992 (Bab 2 sepenuhnya oleh Siti Hawa Haji Salleh); 2004 (Bab 1 & 2 oleh Jelani Harun). Buku asalnya ada 7 Bab yang ditransliterasi ke Rumi oleh Salmah (2006) dalam tesis Sarjananya tetapi belum diterbitkan. Terjemahan kpd Inggeris 1974 dilakukan terhadap bab 4 fasal 1 terbitan DBP.

Al-Attas, S.M.N. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Attas, S.M.N. 1995. The Nature of Man and the Psychology of the Human. K. Lumpur: ISTAC, UIA.

Al-Attas, S.M.N. 2011. Historical Facts and Fictions. K. Lumpur: UTM.

Al-Attas, S.M.N & Wan Mohd Nor b.W.D. 2007. The ICLIF Leadership Competency Model (LCM): An Islamic Perspective. K. Lumpur: International Center for Leadership in Finance (ICLIF).

Al-Hafiz, A.A.R. 2009. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain. K.Lumpur: PTS Pub. Millennia Sdn Bhd.

Al-Mo‘taz S.A.b.M. 1996/2003. The Man. A Strange Creature with Diverse Qualities. 2nd ed. N.York: Darussalam. Snt pertamanya 1996.

Alhabshi, S.O. 1994. Islamic values: its universal nature and applicability” dalam Aidit Haji Ghazali & Syed Othman Alhabshi (Pyt), Islamic Values and Management, K.Lumpur: IKIM.

Andek Masnah A.K. 1999/2001. Kepimpinan Wanita dalam Islam. Kedudukan dalam Syariah. Snt ke-2. Bangi: UKM. Snt. Pertmanya 1999.

Ary, G.A. 2002/2008. Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ Emotional Spiritual Quotient. The ESQ Way 165. 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Cetakan ke-43 Augustus 2008, terbitan Arga Publishing, Jakarta Indonesia. Cetakan pertamanya 2002. Buku beliau yang hampir sama judulnya sebenarnya pertama kali terbit dalam tahun 2001 lagi.

Bagley, F.R.C. 1964. Ghazali’s Book of Council for King (Nasihat al-Mulk). London: Oxford Univ. Press.

Bohm, D. 1980/2009. Wholeness and the Implicate Order. London & N.York: Routledge. Terbitan pertamanya 1980.

Boje, D., Gephart R.P. & Thatchenkery T.J. (Pyt.). 1995. Postmodern Management and Organisation Theory. Sage Pub.

Bose, P. 2003. Alexander The Great’s Art of Strategy. N.York: Gotham Books.

Budi F.H. 2003/2008. Heidegger dan Mistik Keseharian. Suatu Pengantar Menuju Sein und Zeit. Jakarta: KPG (Kepustakaan Populer Gramedia). Terbitan pertama 2003 dan snt. Keduanya 2008.

Bukhari al-Jauhari/Bukhary al-Jawhary. Lihat al-Jauhari/alJawhary.

Chew, F.P. 2010. Kepimpinan Tun Perak dan Zhuge Liang: Satu kajian bandingan sastera. Prosiding Dwibahasa Persidangan Kebangsaan Bandingan Pengajian MelayuPengajian Cina. 25 Sept. 2010. Institut Pengajian Cina UTAR-& Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia: 159-204.

Cooper, R. & Burell, G. 1988. Modernism, Postmodernism and Organizational Analysis. An Introduction. Organization Studies 9(1): 91-112.

Covey, S. 1989/1994. Tujuh Kebiasaan Manusia yang Sangat Efektif. Jakarta: Binarupa Aksara. Terj. 1994 kpd karya asal dalam bahasa Inggeris 1989. Kemudian ada pula terj. ke dlm. bahasa Melayu Malaysia 1996 berjudul “Tujuh Tabiat Orang yang Amat Berkesan Memulihkan Etika Akhlak” terbitan P.Jaya: Prentice Hall.

de Casparis, J. 1997. Sanskrit loan words in Indonesian/Malaysian language. Dlm internet: http:// crcl.th.net/indic/sktbyin.htm , atau minta “malay-indonesian sanskrit roots”. (Jun 2012).

Edwardes, M. 1959. (Pyt.). A life of the Buddha from a Burmese Manuscript. The Folio Society.

El Muhammady. 1993. Lihat Yusof Ali. Goleman, D. 1998. Working with Emotional Intelligence. N.York: Bantam Books.

Hikayat Amir Hamzah. Edisi kedua 2003. Cetakan pertamanya 1987. Kewujudannya pada zaman Kesultanan Melaka ada di sebut di dalam Sejarah Melayu. Hikayat ini dikaji oleh sarjana Barat Eropah sejak abad ke-19 dan Van Ronkel beroleh Ph.D di Leiden pada 1895 kerana kajiannya terhadap manuskrip ini.

Hikayat Hang Tuah. Abad ke-17M? (Jawi, di Perpustakaan UM dan dicetak di K.L & Singapura 1949, 1951, 1956, 1957, 1959, 1960) / 1924 (Rumi). Transliterasi ke Rumi yang pertama 1924 terbitan Balai Poestaka, Batavia/Jakarta dan diulang cetak sekurang-kurangnya 3 kali, umpamanya 1956, cet. ke-3. Trinsliterasi ke Rumi yang lainnya oleh Shellabear dan diterbitkan oleh Pustaka Antara, Singapura

-an, umpamanya cet. ke-3-nya 1963; Datuk Pamuntjak Nan Sati terbitan Jambatan dan Gunung Agung, Jakarta 1960; Kasim Ahmad 1964 terbitan DBP 1964,1966,1975 (cet. Ke-5), dan 1991 berpengenalan baru serta yang terbarunya 1997; Lembaga Pembinaan Kesatuan Bangsa, Djakarta 1965; Abu Hassan Sham 1975 terbitan Utusan Melayu; Bot Genoot Schap 1978 terbitan Dept. Pend. & Kebudayaan, Jakarta; Abu Hassan Sham terbitan UM 1975 dan Sarjana Interprise , K.Lumpur 1980; Rubaidin Siwar terbitan Longman, Malaysia 1980; dan terbarunya terbitan DBP dgn judul “Karya Agung Hikayat Hang Tuah” 2005. Terjemahan kepada bahasa Inggeris 1956.

Hikayat Iskandar Zu’l Karnain. Abad ke-17M (Jawi, di Perpustakaan Negara)/1967(Rumi) transliterasi Khalid Hassan terbitan DBP dan cet. keduanya 1986; Judul yg sama transkripsian Siti Chamamah Soeratno diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta; dan terbarunya terbitan Perpustakaan Nasional Indonsia 2002.

Hikayat Raja Pasai. 1999. K.Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu.

Hikayat Muhammad Hanafiyyah. DBP 1988. Terjemahan kajian Brakel L.F. terbitan Leiden 1975 yang mengandungi teks hikayat tersebut yang siap diRumikan (pertama kali?) oleh Braken pada tahun 1974, dan beberapa orang sarjana Barat Eropah lain telah mengkajinya sejak tahun 1940-an lagi. Kewujudan hikayat ini dinyatakan di dalam Sejarah Melayu.

Hyles, R. 1986. What do managers do? A critical review of the evidence. Jurn. of Management Studies 23(1): 88-115.

Ibn Khaldun. (abad ke-14)/1983. Muqaddimah. (terj. ke dalam bahasa Melayu Malaysia 1983 oleh Ismail Yakub terbitan Pustaka Nasional Singapura). Terjemahan Inggeris yang pertama ialah oleh Rosenthal (1958/1981).

Idris Z. 1986. Teori Kenegaraan al-Farabi. UKM.

Internet 2. Existentialisme and Martin Heidegger. di http: //www tameri.com/ csw/exist/ heideg.asp. (Jun 2010).

Internet 3: minta pada google, “tome pires on malacca”. (Julai 2010).

Internet 4: sumpahan raja pertama Melayu di Palembang, Sang Utama Sri Tri Buana dengan Demang Lebar Daun. (Julai 2010). Internet 5. Mohamad Yusof, Profesor Sejarah UM tentang kepemimpinan kesultanan Melaka. http: //khleo.tripod.com/admin.html (Julai 2010).

Internet 6. Penemuan Baru. Melaka Diasaskan Tahun 1262 dan Bukan 1400. http://resam-melayu.com/2010/06/penemuanbaru-melaka-diasaskan-tahun-1262-dan-bukan-1400.html. 28 Sept. 2010.

Jelani b.H. 2001. Kitab Kumpulan Ringkas Berbetulan Lekas: Karya ketatanegaraan Melayu terakhir. Sari 19: 133-158. Muncul juga di Internet, dgn meminta pada google “kitab kumpulan ringkas berbetulan lekas”.

Jelani b.H. 2008. Lihat al-Ranyry.

Kelly, J. & Kelly, L. 1998. An Existential-Systems Approach to Managing Organizations. Wesport, Conn: Quorum Books.

Khoo, K.H. 1990. War at Work: Applying Sun Tzu’s Art of War in Today’s Business World. P.Jaya: Pelanduk Pub.

Kirkeby, O.F. 2000. Management Philosophy. A RadicalNormative Perspective. New York: Springer Verlag.

Kurke, L.B. 2004. Wisdom of Alexander The Great: Enduring Leadership Lessons from The Man Who Created an Empire. N.York: American Management Assoc.

Machiavelli, N. 1532/1959. Kepala Negara. Djakarta: Lembaga KRISM 1959. terjemahan 1959 kpd buku asalnya dalam bahasa Italia, “Il Principe” 1513. Terjemahan lainnya terbitan DBP 1989 dgn judul “Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik”; terbitan Gramedia, Jakarta 1991 dgn judul, “Sang Penguasa: Surat Seorang Negarawan kepada Pemimpin Republik”; dan Gramedia lagi 2004 dgn judul “Politik Kekuasaan”. Terjemahan ke bahasa Inggeris pertama kali dilakukan pada 1680 dgn judul, “The Prince” dan diikuti puluhan terjemahan baru selepas itu hingga tahun 2000-an ini pun ada terjemahannya yang dapat disaksi dalam internet.

Mahmud Rabi’ M. 1967. The Political Theory of Ibnu Khaldun. Leiden: E.J. Brill.

Maruwiah A. 2006. Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia Tenggara: Satu Pengamatam Semula. Shah Alam: Karisma Publications.

Maslow, A. 1943. A theory of human motivation. Psychological Review 50(4): 370-396.

Muhammad Alexander. 2010. Alexander Adalah Zulkarnain. K.Lumpur: PTS Pub.

Muhammad Khair R.Y. 2000. Iskandar Zulkarnain: Panglima Perang, Penakluk dan Pemerintah yang Soleh. Kajian Terperinci menurut al-Quran, Sunnah dan Sejarah. K.Lumpur: Jasmin Enterprise. Terjemahan karya asalnya dalam bahasa Arab.

Mulyadi N. (t.t.). Melacak kitab Bustan as-Salatin. http://www.docstoc.com/docs/ 80964317/JEJAK-BUSTANUSSALATIN-NURUDDIN-AR-RANIRI (20 Ogos 2012).

Nasr, S.H. 1987/1998. Traditional Islam in the Modern World. Imprint. K.Lumpur: Foundation for Traditional Studies. Cetakan pertamanya terbitan Mathuen 1987.

Nur al-Din al-Raniri. Lihat al-Ranyry/al-Raniri.

Nuruddin al-Raniri. Lihat al-Ranyry/al-Raniri.

Ong, H.T. 2004. Hang Tuah’s Strategy Mind. Selangor: GUI Management Centre.

Panuti H.M.S. 1996. Adat Raja-Raja Melayu. Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia. Tesis Ph.D ANU, Australia 1979. Bab V tesis inilah ada transliterasi manuskrip tulisan Adat Raja-raja Melayu oleh Kapitan Sulaiman bertarikh 1193H (bersamaan 1779 M) atas permintaan Gebenur Melaka (di bawah Belanda) de Bruyn. Manuskrip ini ada Muzium Raffles, Singapura, di univ. of London, Leiden Univ., Muzium Pusat di Jakarta dan di Bibliotheque Nationale di Paris.

PAS. 2003. Negara Islam. PAS Pusat, Jalan Melawati,K.Lumpur.

Pires, T. 1512-1515/1996. The Summa Oriental of Tome Peres. Vol. 1 &2. N.Delhi: Asian Education Services. Terj. ke Inggeris yang pertama (drp tulisan asalnya 1512-1515 dlm bahasa Portugis/Feringi) ialah 1944 yg diterbitkan oleh The Hakluyt Soc., London.

Plutarch. 75M/2004. Life of Alexander The Great. N.York:Modern Library. Terj. Karya asal dalam bahasa Yunani 75M.

Prapanca. 1365. Nagarakritigma. Ditemui di Lombok 1894. Pertama kali dikaji oleh Brandes J.L.A. 1902. Terjemahan kepada Melayu Indonesia pertama dilakukan oleh Slamet Muljana 1958 dengan judul Negarakretagama dan diperbaikinya dan diulangcetak beberapa kali, terbaharunya 2006 terbitan Bhratara, jakarta. Kini banyak terjemahannya muncul di Internet. Versi Bali baharu dijumpai dan ditransliterasi dan diterjemah kepada bahasa Melayu Indonesia oleh Ketut I.R. berjudul Kekawin Desa Warnanan Uthawi Nasgara Krtagama. Masa Keemasan Majapahit terbitan Kompas Jakarta 2009. Kajian komprehensif dlm bahasa Inggeris ialah oleh Pigeaud T.G.Th 1960-63, Java in the 14th century : a study in cultural history - the Nagara-Kertagama by Rakawi, Prapanca of Majapahit, 1365 A.D, terbitan Nijhoff, The Hague. Rujukan kami ialah di Internet http://sastrajawa_arwan.blogspot.com/, atau minta saja “pustaka asta dasa paratameng prabu” (20 Nov. 2010).

Qamaruddin K. 1983. Almawardi’s Theory of the State. Lahore: Islamic Book Foundation.

Rashad Khalifa. 1973. Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious Alphabets. St. Louis, Missouri: Islamic Productions.

Reed, M. 1989. Sociology of Management. N.York: Harvester Wheatsheaf.

Rosenthal, F. (Terj.). 1958/1981. Muqaddimah. An Inroduction to History. Princeton Univ. Press. Snt pertama 1958 terbitan Pantheon Books, N.York.

Rosenthal, F. 1967. Lihat Ibn Khalduwn

Rosenthal, F. 1970/1992. Keagungan Ilmu. Kuala Lumpur: DBP. Terjemahan 1992 kpd buku asalnya dalam bahasa Inggeris terbitan 1970.

Salalaht al-Salatdin/Salalatussalatin/Sulalat al-Salatin/Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu 1612 (Tun Sri Lanang, Jawi)/1948

(Rumi, transliterasi Shellabear 1896). Singapura: Malaya Pub. House. Diulang cetak beberapa kali seperti cet. ke-4- nya 1950, dan terakhirnya 1961, dan kemudiannya diterbitkan pula oleh Fajar Bakti, P.Jaya 1970-an (cetakan ke-2-nya 1975) serta diulang cetak lagi mungkin lebih drp belasan kali kerana cet. ke-17-nya 1987. Transliterasi lainnya oleh Datuk Madjoindo Aman 1952 terbitan Jambatan dan Gunung Agung, Djakarta yg diulang cetak 1959; Situmorang, T.D, Teeuw, A. & Amal Hamzah 1958 terbitan Djambatan, Jakarta; Zainal ‘Abidin Wahid 1966 terbitan Quezon City, Philippina; Abdul Samad Ahmad 1979 terbitan DBP; Putri Minerva Mutiara 1993 terbitan Departmen Pendidikan & Kebudayaan, Jakarta; Muhammad Haji Salleh 1997 terbitan Yayasan Karyawan & DBP; Muhamad Yusoff Hashim 1998 terbitan Inst. Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia, Melaka; Cheah, B.K. 1998 terbitan MBRAS .Terjemahan kpd Inggeris 1960-an, snt. baru terbitan OUP 1967.

Salaman G. 1981. Class and the Corporation. London: Fontana Sejarah Melayu. Lihat Salalaht al-Salatdin.

Shaharir b.M.Z. 1998. Makna Ilmu dan Ilmuwan dalam budaya Melayu di Pascabima. Kesturi. 8(1): 65-106.

Shaharir b.M.Z.. 2003. Management Philosophy. A Radical Normative Perspective (ulasan buku). Jurnal Pendidikan Islam. ABIM 10(3): 69-79.

Shaharir b.M.Z. 2005/2009. Teori Kepemimpinan MelayuCampa. Kesturi 2009, 19 (1&2): 117-131. Asalnya makalah yang dibentang di Simposium Antarabangsa Kajian Campa II di UKM 2005.

Shaharir b.M.Z. 2006a. Hikayat Raja Pasai. Sebuah Sorotan tarikh karyanya dan kandungan ilmunya. Mimeograf. Terbit dalam jurnal Filologi Melayu (terbitan PNM) 2010, 17: 1-37.

Shaharir b.M.Z. 2006b. Hikayat Raja Pasai. Satu Ulasan Buku. Jawhar 1(1): 1-17.

Shaharir b.M.Z. 2008/2012. Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu. Snt kedua 2010, cetakan kedua 2012. Terengganu: UMT.

Shaharir b.M.Z. 2008. Ekonomi Pembangunan Lwn Ekonomi Kebahagiaan. Jawhar. Jurnal Kajian Ketamadunan Jun/Julai 2008, 5(1):1-45.

Shaharir b.M.Z. 2010. Keunggulan Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz mengikut pandangan sarjana kepimpinan besar sepanjang zaman. Qiadah (Majalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan).Jamadil Akhir 1431 H/Jun 2010: 1320.

Shaharir b.M.Z. 2010/2012. Ulasan Buku Ary Ginanjar Augustian: ESQ 2008. Blog Komshaha. Sept. Akan terbit dlm jurnal Peradaban (UM) keluaran 2012.

Stevenson, L.F. 1974/1988. Tujuh Teori tentang Sifat Manusia. P.Jaya: Pustaka Cipta. Terj. 1988 kpd karya asal dalam bahasa Ingeris 1974.

Sun Tzu. 500SM/1986. Seni Ketenteraan Sun-Zi. Yayasan Penerbitan Sastera, Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokien Malaysia. Terj. karya asal dalam bahasa China yang dianggarkan bertarikh 500SM. Terjemahan lainnya, terbitan DBP 1993 dgn judul “Seni Peperangan” oleh Sunzi. Dalam bahasa Inggeris diterjemah sebagai “The Art of War” pertama kalinya dalam 1905 atas nama Sonshi dan diterbitkan di Jepun (maklumat drpd internet).

Hokien Malaysia. Terj. karya asal dalam bahasa China yang dianggarkan bertarikh 500SM. Terjemahan lainnya, terbitan DBP 1993 dgn judul “Seni Peperangan” oleh Sunzi. Dalam bahasa Inggeris diterjemah sebagai “The Art of War” pertama kalinya dalam 1905 atas nama Sonshi dan diterbitkan di Jepun (maklumat drpd internet).

Tarjan, H. (Pnyt.). 1964. Kitab Adat Raja-Raja Melayu. Tiada catatan penerbitnya.

Tee, B.C. 2010. Benarkah ‘Melayu’ itu suatu bangsa Toisme? Prosiding Dwibahasa Persidangan Kebangsaan Bandingan Pengajian Melayu - Pengajian Cina. UTAR dan Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia. pp: 345-359.

Tun Sri Lanang. 1612. Lihat Salalaht al-Salatdin. UMNO. 2004. Internet. Minta “Islam Hadhari”.

Wafaa, W. 2000. Ordinance of Government. Al-Ahkam asSultaniyyah. Reading: Garnet Pub.

Walzer, R. 1985. Al-Farabi on the Perfect State: Abu Nasr alFarabi’s Mabadi’ Ara Ahl al-Madina al-Fadila. Oxford: Clarendon Press.

Warta Kerajaan. 2010. Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda Jil 54 No. 12, 17 hb Jun 2010 Tambahan No. 46 Perundangan (B). Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training dan Fahaman Yang Seumpama dengannya. Dapat diperoleh di lama Mufti Wilayah Persekutuan.

Winstedt, R.O. 1972. An Unabridged English-Malay Dictionary. 4th & enlarged ed. K.Lumpur: Marican & Sons.

Yusuf Ali M.A. 1934/1993.Al-Qur’an ‘L-Karim. Terjemahan dan Huraian Maksud. Terj. kepada karya asalnya dalam bahasa Inggeris 1934, The Holy Qur-an. Text, Translation and Commentary oleh ‘Uthman El Muhammady A.S.M . DBP 1993. Versi asal Inggeris itu ada suntingan ke-3-nya 1938. Ada beberapa suntingan baru lagi yang kami jumpai seperti terbitan Amana Publication, USA 1989 (dianggapnya suntingan pertama) dengan judulnya, The Meaning of The Holy Qur’an. New Edition with Revised Translation, Commentary and Newly Compiled Comprehensive Index; dan terbitan IFTA (tanpa tahun) dengan judul The Holy Qur’an - English Translation of the Meanings and Commentary . Revised and Edited by The Presidency of Islamic Researches, IFTA, Call and Guidance King Fahd Holy Qur’an Printing Complex.

Zainal Abidin, A. 1964. Negara Utama. Djambatan.

Zohar, D. & Marshall, I. 2001. SQ: Spiritual Intelligence. The Ultimate Intelligence. N.York: Bloomsbury


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia