Perubahan Makna Pragmatik bagi Kata Pinjaman dalam Bahasa Melayu: Satu Pedoman Etimologi (Pragmatic Meaning Shifts of Loanwords in Malay: An Etymological Guide)

Mohamad Hakimi Mohamad, Chong Shin, James T. Collins

Abstract


ABSTRAK


Sebagai sebuah bahasa yang hidup dan dinamik, perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu terus berkembang melalui penyerapan kosa kata asing. Penggunaan kata seperti astanaganaga dan gohek gostan dalam kalangan komuniti bahasa Melayu menjadi bukti yang nyata bahawa wujudnya fenomena penyerapan kosa kata asing dalam bahasa Melayu sekali gus menandakan kekreatifan mereka dalam berdwibahasa. Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk mengenal pasti penyerapan kosa kata asing daripada bahasa Arab dan Inggeris dalam bahasa Melayu serta merangka maklumat etimologi bagi kosa kata serapan daripada kedua-dua bahasa tersebut. Makalah berteraskan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan ini telah memanfaatkan sorotan kosa ilmu kajian lepas, melayari korpus data kebahasaan yang boleh diakses secara dalam talian dan meneliti sumber kamus bahasa Melayu bagi meraih rekod data kebahasaan yang diperlukan. Enam pedoman etimologi yang digagaskan oleh Collins (2003) telah dijadikan sebagai teras dalam penganalisisan maklumat etimologi bagi 10 daftar kata bahasa Melayu terpilih, iaitu lima kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti (astaga/astaganaga, alamak, alasan, amin dan bedaah) dan lima kata pinjaman daripada bahasa Inggeris seperti (bekwah, basteng, gohek, gostan dan romen). Pemilihan sepuluh kata sebagai sampel kajian ini adalah berorientasikan kaedah persampelan bertujuan. Berdasarkan hasil analisis, kesemua kata pinjaman tersebut memperlihatkan peluasan dan penyimpangan makna daripada bahasa sumbernya melalui pemberian makna baharu. Kajian ini memberikan implikasi pada aspek teoritikal, iaitu pedoman etimologi Collins (2003) perlu dikembangkan dengan merangkumi sisi makna pragmatik sebagaimana yang difahami oleh pengguna bahasanya, iaitu pengabsahan kata pinjaman tidak seharusnya dilihat pada persamaan makna dan pandangan alam dalam bahasa sumber/asal semata-mata, bahkan perlu mengambil kira peluasan makna pragmatiknya.


Kata kunci: Leksikografi; Etimologi; Penyerapan Kata Asing; Perkembangan Bahasa Melayu


ABSTRACT


As a living and dynamic language, the Malay lexicon continues to expand through the adaptation of foreign vocabulary. The usage of terms such as astaganaga and gohek-gostan within the Malay-speaking community serves as clear evidence of foreign lexical assimilation, while simultaneously highlighting the bilingual creativity of its speakers. This study aims to identify the absorption of foreign vocabulary from Arabic and English into the Malay language and to formulate etymological data for these loanwords. Adopting a qualitative approach through a library-based research method, this paper utilizes a comprehensive literature review, navigates accessible online linguistic corpora, and examines Malay dictionaries to retrieve the required linguistic data. Six etymological principles proposed by Collins (2003) serve as the core framework for analyzing 10 selected Malay headwords: five Arabic loanwords (astaga/astaganaga, alamak, alasan, amin, and bedaah) and five English loanwords (bekwah, basteng, gohek, gostan, and romen). The selection of the ten words as the research sample is based on a purposive sampling method. The findings indicate that all selected loanwords have undergone exhibit semantic extension and semantic shift from their source languages through the assignment of new meanings. This study offers theoretical implications, suggesting that Collins’ (2003) etymological framework should be expanded to incorporate pragmatic dimensions as understood by the speech community. Specifically, the validation of loanwords should not rely solely on semantic equivalence or the worldview of the source language, but must also account for the expansion of pragmatic meaning.

Keywords: Lexicography; Etymology; Absorption of Foreign Words; Development of the Malay Language


Keywords


Kata kunci: Leksikografi; Etimologi; Penyerapan Kata Asing; Perkembangan Bahasa Melayu

Full Text:

PDF

References


Ahmad Mubarok, Faisal Rahman & Fajrianor. 2020. Latah: a

clinical linguistical review. LET: Linguistics, Literature and

English Teaching Journal. 10(1): 66-85.

Amat Johari Moain & Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor.

Kata-kata Pinjaman Bahasa Arab dalam Bahasa

Melayu: Perubahan Bunyi dan Makna. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloomfield, L. 1933. Language. New York: Holt.

Collins, J.T. 2003. Mukadimah Ilmu Etimologi. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. 2005. Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah

Singkat. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

James T. Collins. 2018. Mukadimah Ilmu Etimologi. - Siri

Monograf Sejarah Bahasa Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. Kamus Linguistik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2020. Kamus Dewan Perdana.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1975. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Etymonline. t.th. Etymology. Online Etymology Dictionary.

https://www.etymonline.com/word/etymology [13

November 2025].

Kamus Besar Bahasa Indonesia VI Daring. https://kbbi.

kemendikdasmen.go.id/

Noor Azlina Zaidan, Muhammad Azhar Zailaini & Wail

Muin Ismail. 2015. Absorption of Arabic words in Malay

language. OIDA International Journal of Sustainable

Development 08:03.

Nurhaliza Kusuma Badsa. 2025. The truth behind rojak

language in Malaysian English and Singlish of Singaporean

English: code mixing and code switching phenomenon

in Commonwealth countries. JELLS: Journal of English

Literature, Linguistics and Social Sciences 1(1): 56-63.

https://jurnalunpi.org/index.php/JELLS

Oxford English Dictionary Online. https://www.oed.

com/?tl=true

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor. 2023. Bid’ah: Apa

Yang Rasulullah SAW Tidak Buat. https://main.mais.gov.

my/bid_ah-apa-yang-rasulullah-saw-tidak-buat/ [3 Ogos

.

Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K.

S. T., Ramli, A. J., Mokhdzar, Z. A., Jamaluddin, J., Bajuri,

M., & Ali, M. E. M. 2019. Pengaruh bahasa rojak di media

baharu terhadap bahasa kebangsaan. International Journal

of Law, Government, and Communication 4(15):141-153.

Shamsul Jamili Yeob & Lubna Abd Rahman. 2023. Perubahan

dan kehilangan bunyi Arab dalam beberapa bahasa pilihan:

satu kajian etimologi bunyi Arab. Malaysian Journal of

Social Sciences and Humanities (MJSSH) 8(12): 1-13.

Stefanie Pillai. 2006. Introduction to Malaysian English.

https://www.oed.com/discover/introduction-to-malaysianenglish/?

tl=true

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed

Mohamed Sultan, Harishon Radzi & Mohd Shabri Yusof.

Pemerkasaan jati diri bahasa Melayu: isu penyerapan

kata asing. Jurnal Melayu 6: 13-27.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2014. Irsyad hukum ke-6: maksud

‘amin’ selepas membaca surah Al-Fatihah. Pejabat Mufti

Wilayah Persekutuan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


        

 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia