An Islamic Jurisprudential Evaluation of the Offence of Physical Sexual Assault in Act 792
Abstract
The increasing prevalence of physical sexual assault against children in Malaysia necessitates a comprehensive legal framework for more effective protection. The enactment of the Sexual Offences Against Children Act 2017 (Act 792) underscores Malaysia’s commitment to addressing this issue. However, there is an urgent need to examine Islamic legal provisions to establish a more holistic approach. Despite its significance, fiqh discourse on this crime is relatively limited and requires deeper analysis. This study seeks to examine the provisions of Act 792 in relation to the fiqh perspective on the crime of physical sexual abuse against children. The study utilises content analysis centred on pertinent subjects related to physical interactions with children. The sources include classical fiqh texts from the four major Schools, Hanafi, Maliki, Shafi‘i, and Hanbali, along with contemporary fiqh references. The research shows that Act 792 and fiqh both rely on physical contact and sexual intent as basic criteria for identifying offences. However, Act 792 provides a more thorough categorisation of these offences. In contrast, fiqh adopts a broader, more generalised approach. This study proposes the harmonisation of fiqh principles within Act 792 to enhance child protection through a more comprehensive legal framework. Such an integration would ensure a more robust and culturally relevant legal response to child sexual offences in Malaysia.
Keywords: Child sexual assault; Islamic jurisprudence; Sexual Offences Against Children Act 2017 (Act 792); comparative legal analysis; child protection
ABSTRAK
Peningkatan kes serangan seksual fizikal terhadap kanak-kanak di Malaysia menuntut satu kerangka perundangan yang menyeluruh bagi perlindungan yang lebih berkesan. Penggubalan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) menzahirkan komitmen Malaysia dalam menangani isu ini. Namun begitu, masih terdapat keperluan untuk meneliti peruntukan undang-undang Islam bagi membentuk pendekatan yang lebih holistik. Walaupun penting, wacana fiqh mengenai jenayah ini masih agak terhad dan memerlukan analisis yang lebih mendalam. Kajian ini bertujuan meneliti peruntukan Akta 792 berhubung perspektif fiqh terhadap jenayah penderaan seksual fizikal terhadap kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan yang memfokuskan kepada topik-topik berkaitan interaksi fizikal dengan kanak-kanak. Sumber kajian merangkumi teks-teks fiqh klasik daripada empat mazhab utama Hanafi, Maliki, Syafi‘i, dan Hanbali serta rujukan fiqh kontemporari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun Akta 792 dan fiqh berkongsi prinsip asas dalam mengenal pasti kesalahan melalui sentuhan fizikal dan niat seksual, Akta 792 menyediakan pengkelasan kesalahan yang lebih terperinci. Sebaliknya, fiqh mengambil pendekatan yang lebih luas dan umum. Kajian ini mencadangkan penyelarasan prinsip-prinsip fiqh dalam Akta 792 bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak melalui kerangka perundangan yang lebih komprehensif. Integrasi sedemikian akan memastikan respons perundangan terhadap kesalahan seksual kanak-kanak di Malaysia menjadi lebih kukuh dan selaras dengan nilai budaya.
Kata kunci: Serangan seksual terhadap kanak-kanak; fiqh Islam; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792); analisis perundangan perbandingan; perlindungan kanak-kanak
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia